Rabu, 31 Oktober 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Pusat rel <b>Batu Gajah</b> tawar peluang pekerjaan, pemindahan <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 12:47 AM PDT

najib-razak-

KUALA LUMPUR,24 September 2012: Pembukaan Pusat Rel milik syarikat China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive (Zelc) pertama di luar negara itu iaitu di Batu Gajah, Perak bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang boleh dimanfaat menerusi pemindahan teknologi dalam industri tren.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penubuhan pusat itu di negara ini dijangka mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai penggerak utama industri rel, selain mengembangkan peluang perniagaan ke luar negara bagi pasaran yang belum diterokai.

Beliau berkata, permintaan pengangkutan rel dan lokomotif di negara ini dijangka mencecah 250 unit dalam tempoh 10 tahun iaitu sejajar dengan keperluan baru bagi industri pembuatan tren yang turut membabitkan ASEAN dan Asia barat.

Katanya, ia adalah pasaran yang besar dengan 2,900 unit tren baru diperlukan di negara ASEAN dan Asia Barat untuk tempoh 10 tahun.

"Pembukaan Pusat Rel CSR adalah tepat pada masanya untuk Malaysia di samping mampu mengembangkan industri rel tempatan.

"Minggu lalu, peserta utama persidangan industri rel terbesar dunia, Innotrans yang diadakan di Berlin, Jerman menyifatkan Malaysia sebagai lokasi tumpuan baru bagi industri rel di Asia Tenggara," katanya ketika berucap di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebelum menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Perjanjian antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dan CSR Group daripada China.
Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Duta China ke Malaysia, Chai Xi dan Pengarah Eksekutif merangkap Presiden CSR, Xu Zongziang.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PusatrelBatuGajahtawarpeluangpekerjaan_pemindahanteknologi_Najib/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan