Rabu, 31 Oktober 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Melawat Ipoh, Perak : Kapal Korek Bijih Timah - Kaki Berangan

Posted: 26 Oct 2012 12:03 AM PDT

Assalamualaikum semua!!! 
Salam Aidil Adha kepada semua rakan-rakan muslimin dah muslimat yang menyambutnya di seluruh dunia! Semoga banyaklah nanti lembu, unta, kambing dikorbankan untuk disedekahkan kepada ummah yang memerlukan. 
Papepun, jom aku sambung siri terakhir melawat Ipoh, Perak. Destinasi kami yang terakhir ialah melawat warisan kapal korek bijih timah yang digunapakai di ear suatu ketika dahulu. Kapal korek yang paling besar pada ketika itu dinamakan Kapal 1. Kapal korek yang aku pegi ni terletak di Tanjung Tualang. Kapal korek ni lengkap dengan bilik rehat, dewan makan, surau, bilik kawalan mutu dan jugak bilik mesyuarat. Kapal korek ni dijaga supaya dapat dilihat oleh generasi kini dan masa akan datang. 
Time kami sampai ni dah dekat pukul 5 petang lebih dah. So, macam kawasan kapal korek ni ada masa 30 minit lagi sebelum tutup. Bayaran masuk adalah sebanyak RM6/pax. Agak mahal jugakla ko? Ye kot? Hahah tapi ketika ini dorang masih lagi membaikpulih struktur kapal korek ni agar tahan lebih lama. Yelakan, badan kapal korek ni semuanya dibuat daripada besi. Boleh nampak ada beberapa bahagian yang telah berkarat. Dulu tengok kapal korek ni dalam buku sejarah je. Now, betol-betol berada depan mata aku. Perghhh besar siot! Kalo jadik macam transformers confirm memang besar dowh! 
Time kami sampai ni, ada dalam lebih kurang less than 10 manusia datang melawat. Aku macam terpikir macam mana lah agaknya kapal korek ni beroperasi. Dia punye penyodok tasik tu pun boleh muat sorang macam aku dalam tu. Kalo masih beroperasi, mesti bunyi agak bingit dengan bunyi jentera bagai. Amek gambar kiri kanan... depan belakang. Kita boleh naik atas kapal tu untuk pusing kawasan dalam kapal. Tapi tak boleh naik atas katanya struktur tak brape nak kukuh. Kang runtuh, berkuburlah dikau sana.... 

















Time tengah duk layan amek gambar tu, ternampaklah pulak pakistanis ke bangla penjaga kapal korek tu duk menjala ikan dalam kawasan tasik tu. Aku suspek dorang bela la kot. Sekali tebar jalan tu, dalam 10 ekor ikan terlekat kat jala dia. Jenis ikan pulak ialah ikan tilapia hitam. Ikan air tawar katanya... hahaha Perghh besar-besar jugaklah sekor-sekor tu. Yang kecik-kecik kasik lepas balik dalam tasik tu. Dia amek 2 ekor jela. Aku macam nak try mintak je sekor nak bawak balik goreng kat umah. Berpakat dengan Byya dan Maszuber. Tapi time tu macam malu-malu lagi. Yela, orang tak offer, takkan terhegeh-hegehkan. Hahah. Bolayan jela....




Kat sebelah kolam kapal korek tu pulak, ada penternakan itik. Perghh! Bulu itik tu putih bersih sungguh! Seronok tengok beratus ekor itik duk kuek here, kuek there, kuek kuek everywhere lah! Hahah. Jomlah balik... dah nak masuk maghrib dah. 
Bila lalu kawasan pondok dorang duk jaga tu, nampaklah bangla tu duk siang ikan yang dorang jala tadi. Mulut aku ni pi gatal duk kata boleh kasik kami sekor tak. Macam best je kan goreng garing then makan dengan nasik putih + kicap! Perghhhhhhhh!!! Panas-panas beb! Terangkat bulu roma. Pastu, tanpa pikir panjang bangla tu kata OK! aku pun dah macam terkejut jugaklah. Byya, Masmz dan Maszuber macam terkedu gak! Bukan sekor dia kasik... dia kasik 2 ekor ikan tilapia hitam tuh!!! Muahahaha aku dah happy abes dah nih! Rejeki Allah.. alhamdulillah. Aku mula-mula macam segan sebab nak amek 1 je. Pastu dia cakap... takpe. Boleh pegi jala lagi. Depan tu je. Hahah. Terima kasih wahai manusia yang baik. Semoga kehidupan anda di Malaysia aman sentosa tanpa gangguan imigresen. Amin... 
Balik tu, goreng ikan tu ratah macam tu je dengan mencicah kicap dengan bawang sume. Perghhhhhh!!!! Tersangat sedap beb! Ikan fresh ler katakan... 
Esoknya aku dan Byya balik ke Kuala Lumpur semula naik bas. Tiket ETS dah sold-out katanya. Alhamdulillah... percutian pendek yang best!~ 
Till then, jangan lupa cuti-cuti Malaysia. Di Malaysia pun ada banyakkk tempat menarik untuk dilawati! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan