Rabu, 31 Oktober 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


sounds of heart beating: Alhamdulillah, Aku Dah Disini ~ <b>Lenggong</b> <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 09:17 PM PDT

Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat menaip keyboard ni untuk catatan perjalanan hidupku setelah menyepi mengambil angin di sini.. hanya mengambil masa untuk tenangkan diri sendiri.
Alhamdulillah, aku kini telah berada di Lenggong untuk memulakan kehidupan baru bergelar Town Planner di sini. Alhamdulillah, semuanya OK disini.
Jauh dari hiruk-pikuk kota, jauh dari kesibukan kota dan yang paling penting, aku bebas dari "kata2 dari lidah bertulangkan dusta" itu. Aku bahagia disini sebab aku tak dengar lagi "suara-suara yang kecoh" tu.. Dah tak ada kerja ataupun memang tabiat suka menjaga kain orang sampai sanggup buat fitnah.. Well, bila aku disini, semuanya sibuk menyiapkan kerja masing2 yang berlambak2. So, memang tak ada masa nak mencari kerja part-time untuk menjaga tepi kain orang..
Alhamdulillah, suasana kat sini sangat mendamaikan. Sangat mengasyikkan. Pagi2 aku drive ke tempat kerja, diselubungi oleh kabus-kabus yang memutih. Sejuknya.. Kiri kanan hanya nampak pokok-pokok yang menghijau. Di Lenggong ni, dikelilingi oleh gunung-ganang yang hijau.. Tenang nya, dan diri aku yang berjiwa outdoor ni memang sangat suka akan suasana seperti ni..  Alhamdulillah, aku bersyukur pada Tuhan :-)
Suasana kerja disini Sangat berbeza dengan cara kerja di JPBDHQ. Disini, aku betul2 didedahkan untuk menjadi TOWN PLANNER yang sebenar-benarnya. Aku betul2 berdepan dengan tugas perancangan di peringkat local. Banyak benda yang aku kena belajar dan semua itu aku jadikan sebagai pengalaman yang berharga..
Suasana di tempat kerja pun berbeza. Kat sini, tak de lagi kaki-kaki penyibuk. Semuanya busy siapkan kerja masing2. Even, staf kumpulan sokongan sangat efisien. Lebih efisien dari pekerja-pekerja kumpulan sokongan di HQ. Malah, bagi aku, dieorang ni semua lebih hebat dari pegawai. Well, of course aku kena hebatkan diri aku lagi. So, a lot of homework i have to do untuk mantapkan diri aku..  Takpe, pas ni bila aku keluar dari sini, aku akan ade banyak pengalaman & pengetahuan. hehe....
Buat masa ni, aku tinggal di Kuala Kangsar memandangkan rumah sewa kat Lenggong ni sangat lah susah nak dapat. Kat Kuala Kangsar tu OK lah, dah dekat nak pergi ke Ipoh, so senang nak balik KL :-)
Even, di Lenggong sendiri pun banyak aktiviti yang menyeronokkan. Pembangunan eco-tourism nya sangat bagus kat sini. Dah la dekat nak ke Royal Belum, Grik. Kat Lenggong, banyak tasik, banyak waterfall, banyak gua. So, aku dapat bayangkan, banyak lah aktiviti outdoor yang akan aku explore disini.
WEll, Welcome to Lenggong and i happy being here  :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan