Khamis, 13 Disember 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Cayalah….Billboard PR yang cantik <b>di Bagan Datoh</b>! : Media Perak

Posted: 12 Dec 2012 06:08 AM PST

×

Cantik! Tengahari tadi tertegaknya satu billboard yang pastinya menyentap hati orang-orang UMNO terutamanya penyokong tegar Zahid Hamidi! Mana taknya, billboard ni berada x jauh dari rumah orangtua dia di Sungai Nipah. Kalau Zahid Hamidi balik kampung dia mesti lalu depan billboard ni lah!

Tanah tempat billboard ni tertegak ialah tanah persendirian. Dipunyai oleh sorang pengusaha kedai runcit yang tersohor di Sungai Nipah, Tuan Haji Syukur . Beliau merupakan penyokong tegar Pas. Ada berani ke orang-orang BN mau runtuhkan billboard ni? Sebelum ni, bila aku ternampak gambar billboard DSAI dipasang di tepi highway dekat dengan R&R Behrang tu dalam FB dan blog-blog ,aku dah rasa lain macam. Rasa  tak lama billboard tu akan tegak kat situ. Mesti kena tumbang! Rupanya telahan aku betul.

×

Apa yang diaorang (BN) gerun sangat dengan billboard ni? Takkan dengan 1 billboard je kat tepi highway tu boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional? Apakah dengan 1 papan iklan macam tu boleh menggugat kestabilan negara?

"KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

"Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun," Demikian yang dinyatakan oleh Saudara Madhi Hasan ,Naib Pengerusi KEADILAN Negeri berkenaan isu billboard DSAI  yang telah dirobohkan itu.

Sekarang, aku nak tengok berapa lama pulak billboard yang menayangkan gambar Madhi Hassan ini bertahan? Seminggu? Sebulan? Atau sampai parlimen dibubarkan? Aku berharap tak jadi apa-apalah pada billboard tu. Kalau ianya tumbang jugak, aku rasa tak ada orang lain yang punya angkara kalau bukan depa, penyokong-penyokong BN umumnya, penyokong-penyokong Zahid Hamidi khasnya yang dah kian tertekan. Depa ni trauma ke .. fobia ke …apa sebenarnya? Dengan papan iklan pun takut???

Masa PAU baru-baru ni, kita nak dengar jugak apa jawapan Zahid Hamidi pasal isu "Deepak" tapi nampaknya dia langsung tak usik pasal tu.

Dengan macam-macam isu yang semakin timbul ,aku nampak orang-orang dalam kerajaan dah macam cacing kepanasan! Buku Biografi Rosmah Mansor  membuat rakyat semakin "getik" dan meluat dengannya sekaligus memburukkan lagi imej dia sebagai isteri PM yang haloba. Apa pun bagi pembangkang ianya merupakan satu bonus! Terima kasih Rosmah Mansor!

Related posts:

Filed Under: Dari MediaPerakHanabira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan