Khamis, 13 Disember 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Think It!: Misteri Kemalangan <b>Di Kampar</b>

Posted: 09 Dec 2012 04:22 PM PST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ok aku tahu aku dah lama tak tulis entry baru.Korang pun dah bosan,asal bila datang blog aku jer,mesti entry yang sama.*perasan*Ok hari ni aku nak cakap pasal  kemalangan yang kerap berlaku di Kampar sejak akhir-akhir ni.Hah!Before that,korang tahu tak Kampar tu kat mana?Tahu tak?Kampar tu dekat Peraklah. ==''
Kita selalu dengar dan lihat berita-berita kemalangan yang sering berlaku di Malaysia tetapi tak semestinya kemalangan itu harus bersamaan tempat.But,kemalangan kali ini berlaku di tempat yang sama atau berhampiran.Kalau korang ada beli akhbar Utusan pada hari Rabu 5/12/2012,korang mungkin faham.
22 maut di KM293-310 Lebuhraya Utara Selatan sejak Januari 2012.Sebanyak 19 kes kemalangan maut dengan 22 kematian dicatatkan.
 Berita Kes Kemalangan Di KM293-310 Lebuhraya Utara Selatan Pada 2012.
  •  1 Mac : Seorang lelaki maut setelah lori dipandunya terbabas dan terbalik ketika menuruni bukit di KM 301.5
  • 5 Julai : Seorang pemandu bas ekspres Sri Maju maut dirempuh sebuah lori kontena semasa mengarahkan penumpangnya turun dari bas yang rosak di KM303.6.
  • 11 November : Seorang wanita maut manakala 9 lagi cedera termasuk 3 parah apabila kenderaan MPV yang mereka naiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di KM299.9.
  • 21 November : Empat pekerja PROPEL terbunuh selepas dirempuh sebuah treler yang sarat membawa muatan makanan ringan di KM294.1.
  • 1 Disember : Seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman maut apabila kereta dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres di KM293.8.Kemalangan tersebut turut menyebabkan tiga lagi penumpang kereta itu dan lima penumpang bas ekspres cedera.
  • 4 Disember : Seorang pemandu bas ekspres Sri Maju maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah treler di KM304.6.
Kemalangan itu dalam keadaan yang sangat mengerikan.Yang peliknya,jarak antara kemalangan yang berlaku adalah berhampiran dan setiap kemalangan berlaku pada waktu pagi!Apakah yang membuat mereka hilang tumpuan ketika memandu?Adakah 'benda' itu yang mengganggu perjalanan mereka atau ianya hanya satu kebetulan?
Sekarang ni dah tak ada kes kemalangan macam ni,mungkin orang ramai dah mula cuak kot.Tapi kadang-kadang kita tak boleh percaya sangat 'benda-benda' macam tu.Ermm mungkin kemalangan ni hanya satu kebetulan.Wallahualam,hanya Tuhan yang tahu.
Tapi aku ingatkan,kalau kampung korang belah-belah utara...seeloknya jangan balik malam atau pagi..Bukan apa,cuma nak berhati-hati.Mungkin sebelum ni korang okey je balik pagi,takde apapun,kan?Sebab kampung aku pun belah utara jugak.Kalau nak balik pagi pun takpe.Semoga Allah melindungi kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan