Khamis, 13 Disember 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


BLOGUNGUKECHENTAAN...: JJCM <b>DI LUMUT</b>

Posted: 21 Nov 2012 07:00 PM PST

Kakak nak belanja makan busat. Owh... memang dialu2kan sangat! He3...
Nak makan ikan bakar katanya... Kakak tanya, nak makan kat mana. Laju2 aku jawab makan kat Lumut. Sebab kalau nak makan ikan bakar kat Teluk Intan ni, asik2 makan kat Mutiara Seafood / Wana Cafe. Boring la pulak! 
Sesambil makan, sesambil berjalan2, tengok2 pantai, sunset bagai... Owh... heaven! Bertambah heaven sebab semua setuju tanpa kompromi. Yabedabeduuu...!!! Heh3...





Tang nelayan tangkap ikan tu aku tak setuju. Tapi, tang nelayan handsome tu memang ah kak setuju..! Ha3...






Tak jadik makan kat Marina Cove tuh sebab diorang tak terima booking. Kami pulak plan nak book tempat & suruh diorang masak siap2 sebab kami nak semayang Maghrib dulu. Kang lepas semayang boleh terus makan, tak payah nak tunggu lama2. 
Aku agak tak puas hati di situ sebab kat board diorang mention menerima tempahan siap kasik nombor telefon lagik. Tapi, bila kami nak booking kata tak boleh pulak. Kalau takut kitorang larik, kitorang boleh bayar deposit / bayar semua terus apa!!! Coi betul!
1 more sebab Kak Aneem bawak Kak Ngah ke toilet diorang. Kak Aneem kata sungguh meloyakan tekak bahagian dapur dia. So, memang cancel terus makan kat situ. Cancel sampai bila2 kot! Sebab tang kebersihan tak boleh berkompromi. Kalau dah sahih nampak kotor, baik tak payah makan kat situ. 
Sila guna kuasa pengguna anda, ye! Eh, tetiba..! ;P




Bila disoal-siasat, rupanya diorang tak letak nombor meja kat bakul udang ngan sotong tuh. So, memang missing in actionlah! Alasan diorang: Sepatutnya restoran still tutup sebab ramai staff bercuti. Tapi, owner merangkap boss diorang beli bahan mentah jugak. Nak tak nak kena ikut arahan boss, bukak restoran.
Kelam-kabutlah! Staff sikit, mana nak amik order, mana nak clearkan meja, mana nak masak lagik... 
Hey! Tu bukan masalah kami, hokay! Tu masalah kamu & boss kamu! Hampeh je!


Lepas makan, tak larat nak jalan2 dah. Plus, anak2 Abang dah flat. Kak Yong masuk2 kereta, tak sampai 5 minit Kak Yong dah 'hanyut'. 
Walaupun banyak cabaran nak makan ikan bakar kat Lumut tapi, tetap syiok sebab dapat spend time dengan family. ;)
Terima kasih daun keladi Kakak sebab belanja kami makan busat. Jasamu dikenang... ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan