Ahad, 9 Disember 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Rojak Pasembor: N59 DUN <b>Behrang</b> milik siapa?

Posted: 13 Nov 2012 12:01 AM PST

DUN Behrang nampak gayanya akan kekal diwakili oleh YB Jamaluddin Mohd Radzi  walau pun beliau bertanding di atas tiket bebas. Yb Jamaluddin sebelum ini dicemuh oleh rakyat kerana meninggalkan Pakatan Rakyat, namun YB Jamal tidak pernah meninggalkan pengundinya. Saban minggu beliau pasti akan berada di kawasannya untuk bertemu pengundi. Kalau mengikut elaun YB yang diterima pada setiap bulan, pastinya beliau tidak sanggup pulang ke kawasan setiap minggu melayan rakyat.  
Secara peribadi gua puji YB Jamaluddin ini. Beliau rajin melayan pengundi DUN Behrang. Tidak pernah lari atau menyorok dari ditemui orang ramai. Peramah, mesra dan mudah tersenyum. Sesiapa yang bertemu beliau kerana sesuatu hajat akan diberikan harapan walau pun ada kemungkinan tidak dapat dilaksanakan. Sikap dan cara YB Jamal bertemu pengundi patut menjadi contoh kepada Yb-yb dari BN dan Pakatan Rakyat.
Minggu ini sahaja dua program telah diadakan oleh Yb Jamal di pusat perkhidmatannya di tingkat atas, bersebelahan Restorent Aluha, Balun Slim River. Antaranya pemberian sumbangan Depavalli dan juga sumbangan kepada ketua-ketua kampung dan JKK Dun Behrang. Dan kotak sumbangan beliau tertera cop 1Malaysia. Agaknya BN kasi semua tu. Maklumlah, YB Jamaluddin merupakan YB bebas menyokong BN.
Calun dari BN untuk DUN Behrang khabarnya dari MIC. Kaum India dan Cina tidak suka kepadanya atas sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga jika calun PKR, mereka masih marah YB Jamaludin melompat tempohari. Jika dirisik pandangan kaum bukan melayu, mereka lebih suka jika PAS yang meletakkan calun.
Khabarnya Pakatan Rakyat pula akan meletakkan calun dari parti PKR. Di Behrang/Tg. Malim PKR sentiasa bergolak. Di luar nampak tenang, tapi di bawah, arusnya begitu bergelora. Masaalahnya berebut untuk menjadi calun. Kerja habuk pun tarak. Di peringkat ranting dan akar umbi PKR pula majoriti tidak suka kepada calun bayangan yang sedia ada. Mereka kata jawatankuasa PKR dalam DUN ini hanya lebih cakap dan syok sendiri sambil berangan-angan.
Pada pemerhatian gua, kalau Pakatan Rakyat  mahu menang di Dun Behrang, sebaiknya diletakkan calun dari Parti PAS. Pimpinan PKR dan PAS kawasan rajin2lah turun kedai kopi. Dengar-dengarlahlah sembang orang kampung. Itu pun sakit bhai, kalau nak menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan