Isnin, 18 Mac 2013

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


gelombang biru <b>di parit buntar</b> goyangkan <b>...</b> - sangkakalajari9

Posted: 01 Feb 2013 07:22 AM PST

Ini adalah bukti bahawa pemuda serta masyarakat Parti Buntar amat menyayangi pemimpin tertinggi Negeri Perak ini.

Mereka hadir beramai ramai dan dianggarkan hampir 2 ribu orang pemuda tidak termasuk para peserta lain yang dianggarkan hampir empat ribu orang di Dataran Kerian Permai.

Menteri Besar Perak yang menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan turut dihadiri oleh pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Ybhg Tuan Haji Mohd Salleh Mad Disa serta pemimpin pemimpin bahagian dan parti parti komponen.

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysian Ybhg Saudara mua'amar Ghadafi Jamal yang membawa rombongan belia untuk turut bersama pemimpin.

Dalam ucapan aluan pemangku ketua bahagian, beliau mengatakan bahawa himpunan malam ini di Dataran Kerian Permai dapat menenggelamkan dataran purnama kalau diikutkan dari kehadiran yang ada dan ianya adalah diluar jangkaan kerana pada asalnya kehadiran dijangka hanyalah seramai 2 ribu orang.

Beliau juga mengatakan bahawa gelombang biru ini merupakan perpaduan, keamanan dan kebangkitan rakyat di parit buntar dalam menghadapi PRU13 nanti.

Beliau menyatakan behawa beliau merasa terharu dengan sokongan para pemuda yang di luar jangkaan, dan beliau amat yakin bahawa gelombang biru ini mampu meranapkan kemaraan pembangkang di parit buntar.

Himpunan malam ini menurut beliau bukan untuk mendoakan sesiapa mendapat kecelakaan atau apa apa yang boleh merosakkan keamanan dan perhimpunan ini juga menunjukkan bahawa kesediaan Barisan Nasional yang akan mempertahankan Parit Buntar hingga ke titisan darah yang terakhir.

Datuk Seri Dr Zambri pula dalam ucapannya pula mengatakan bahawa semangat pada malam ini amat luar biasa bukan sahaja ahli ahli parti Barisan Nasional malah rakyat atas pagar juga sudah mula menyokong Barisan Nasional.

Beliau berkata sokongan ini semua adalah berpunca dari slogan Janji di Tepati yang mejadi slogan Barisan Nasional.

Beliau juga berkata bahawa pembangkang mampu untuk menjanjikan segala galanya termasuklah bulan dan purnama dan segala galanya.

Menteri Besar juga berkata bahawa pembangkang menaburkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan dengan tujuan untuk mecetuskan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Pembangkang juga menurut beliau mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri ke Gaza juga dipolitikkan.

Tapi semangat gelombang biru pada malam ini akan dibawa hingga ke PRU13 nanti.

Beliau juga menyeru kepada semua warga Parit Buntar supaya memilih dan memenangkan calon calon Barisan Nasional pada kali ini kerana kemenangan ini adalah hak milik para pengundi parit buntar dan beliau mengatakan bahawa calon calon ini akan berbakti kepada rakyat Parit Buntar.

Akhir sekali beliau juga menyeru supaya Barisan Nasional akan kembali berkhidmat di Parit Buntar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan