Isnin, 18 Mac 2013

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


It&#39;s my Life!: Kisah <b>Kuala Sepetang</b>

Posted: 17 Feb 2013 06:56 PM PST


Alhamdulillah, here we meet again! Dah lama tak kembali ke sini.  Saya bab2 menulis ni memang lemah + malas sikit. Haish…
Just nak share pengalaman saya ke Kuala Sepetang pd 7 dan 8 Februari yang lalu. Bukan pergi untuk bersuka ria ok, tapi utk sampling nyamuk dan ikan. Ni bukan kali pertama saya pergi sampling, tapi sampling kali ni ada satu pengalaman yang 'menarik'. 
Saya, my labmate, Lia dan pensyarah kami -Dr. Darlina dan Dr. Mardiana bertolak seawal jam 10.30 pagi dari USM dengan menaiki van pusat pengajian yang dipandu oleh En. Muthu. Tapi bukan kami je, seorang lagi sampling mate, Nan (Chinese guy, final year student) dah tunggu di Kuala Sepetang.
Kami tiba di Kuala Sepetang dalam pukul 12 tengah hari, check in di Sepetang Inn (nice place), then keluar makan kat restoran Mee Udang Mak Jah yang memang famous dlm kalangan pelancong (boleh lihat di internet). Harganya pun boleh tahan (RM 7 and above). Tapi duit geran kan, so, ….. hehe. Ops, sebelum tu kami ke Jabatan Perhutanan Paya Laut (kat situ memang kawasan mangrove) untuk tempahan bot bagi digunakan untuk tujuan sampling. Sehari RM 300 kot sewa. But again, duit geran, selamat bukan duit saya.
Lepas makan, kami ke Jabatan Perikanan di Taiping untuk bertanyakan kawasan hotspot ikan lutjanus argentimaculatus untuk sampling keesokan harinya. Bermula dari situ, kami hanya bertiga kerana our lecturers akan pulang semula ke USM atas beberapa urusan dengan menaiki van school! So, pandai-pandai la kami berdikari selepas itu. Huhu. Cool kan? Macam traveller plak saya rasa.
Di sini bermula pengalaman yang tak dapat dilupakan di negeri asing …

<b>Kuala Sepetang</b>, Perak

Posted: 03 Feb 2013 05:53 AM PST

Tada  !! Hai semua.. Kali ni saya nak ceritakan serba sikit berkenaan Kuala Sepetang yang berada kira-kira 14 km dari bandar Taiping. Saya kongsikan sedikit kisah Kuala Sepetang ini kerana mungkin ramai yang tak tahu bahawa Kuala Sepetang merupakan sebuah pekan yang maju pada zaman dahulu. Di sinilah terbinanya landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu. Tapi kini sy agak sedih melihat keadaan di situ kerana, tanah yang menjadi laluan sejarah itu dipenuhi dengan perumahan dan agak sesak untuk aktiviti ekonomi.

Saya sempat juga singgah ke kilang arang yang terletak di Kuala Sepetang juga. Kilang arang ini sebenarnya popular kerana byk media, photographer, majalah dan sebagainya telah datang ke sini dan membuat liputan mengenai produksi kilang arang di sini..

Ok lah tak nak tulis panjang-panjang, jom tgk gambar...

ROZEKRUZAINI
012 9180401

IMG_0580

IMG_0559
Peniaga ikan di Pasar Matang.

IMG_0600
Makcik ini masih bekerja di kilang arang. Katanya, duduk di rumah pun tak ada apa nk buat, lebih baik dia dtg kerja sementara badan masih sihat.

IMG_0734
Kayu bakau masih diangkat secara manual sebelum dibuang kulitnya.

IMG_0903
Saya amat kagum dengan wanita-wanita yang sgt gagah menjalakan pekerjaan kasar seperti ini.

IMG_1139
Kayu arang yang telah dibakar selama sebulan dan telah disejukkan  hampir 2 minggu sedia diangkat utk proses membungkus dan mengeksport.

IMG_1254
Sisa dan cebisan kayu arang yang pecah akan dikumpul semula.

IMG_1354
Wap daripada dapur arang digunakan untuk tujuan kosmetik. Jangan tak tahu, arang ni byk keistimewaannya..

IMG_1509
Api di dapur arang perlu sentiasa dikawal bagi memastikan kayu arang dibakar dengan sempurna.

IMG_1620
Lepas penat tgk kilang arang, jom singgah makan mee udang yang sangat popular di Kuala Sepetang. Slurp ! harga bermula RM 8 semangkuk..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan