Isnin, 6 Jun 2011

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Dunia Sekarang: kemalangan <b>di Gerik</b>-Kelantan

Posted: 07 Apr 2009 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Perkembangan Bayi - 2 Bulan - Semenjak dua menjak bila aku tahu yg aku dah berjaya mengandung nie, setiap hari mesti nak mencari info mengandung baik di internet mahupun di majalah..sem... 1 hari yang lalu ...

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Lok-chiak "落甲": Taiping (Maxwell Hill) Trip, <b>Kuala Sepetang</b> Seafood

Posted: 05 Jun 2011 11:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Taiping (Maxwell Hill) Trip, Kuala Sepetang Seafood. Posted by Ah Kai at 11:56 PM · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. Reactions: 0 comments: Post a Comment · Older Post Home ...

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Daerah <b>Hulu</b> Perak « Belum Outdoor Adventure (BOA)

Posted: 21 May 2011 09:05 AM PDT

Daerah Hulu Perak

Mungkin tidak ramai yang mengenali kawasan Hulu Perak secara dekat kerana kedudukan nya yang agak jauh dari Kuala Lumpur kecuali kepada pengunjung-pengunjung Taman Negeri Diraja Belum ataupun yang memandu dari Kelantan ke Baling atau Pulau Pinang. Hulu Perak secara am nya mempunyai 3 daerah, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu dan terbahagi kepada beberapa mukim. Pendapatan utama penduduk di sini ialah pertanian, peladangan, perikanan dan juga menjual hasil-hasil hutan.

Lenggong

Lenggong terkenal dengan ikan pekasam, tasik Raban, teh Lenggong, tapak-tapak arkeologi (Perak Man) dan juga gua-gua yang unik. Dengan keluasan 113,725 hektar dan anggaran bilangan penduduk sebanyak 22,161 orang, daerah Lenggong terbahagi kepada 3 mukim, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit. Pendapatan utama penduduk kawasan ini adalah pertanian dan perikanan. Lenggong terkenal dengan Pusat Ikan Pekasam negara yang terletak di Tasik Raban.

Tasek Raban ini sesuai bagi yang menggemari sukan air. Kawasan dipersekitaran tasik ini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet , taman kanak-kanak, restoran terapung dan pusat khidmat pelancong. Di tasik ini juga sering diadakan sukan air peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan. Di antara acara yang sering diadakan ialah Perlumbaan Perahu Panjang dan Kayak.

Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar – Grik. Keluasan keseluruhan kawasan muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Lembah Lenggong mempunyai sejumlah 16 gua, termasuk beberapa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong. Sumber berpotensi ini akan menerima sambutan baik terutamanya daripada pelancong yang berminat kepada aktiviti meneroka gua dan sejarah zaman purba. Di antara gua-gua yang berpontensi termasuklah Gua Kajang (dimana terdapat tulisan zaman purba) dan Gua Gunung Runtuh (tempat dijumpai tulang-tulang "Perak Man"). Kota Tampan merupakan satu kawasan tarikan arkeologi di mana tinggalan zaman "Paleolitic" telah dijumpai. Di bahagian utara daerah ini juga terdapat gua batu kapur di Bukit Damar.

Antara tempat-tempat menarik di Lenggong ialah:

1. Tasik Raban
2. Muzium Arkeologi Kota Tampan
3. Lata Kekabu
4. Gua-gua bersejarah
5. Ladang Dragon Fruit
6. Ladang Rusa Chuas & Luat
7. Ladang Teh dan Rossele
8. Pusat Lumba Motorcross
9. Homestay Kampung Beng

Gerik

Gerik terkenal dengan Taman Negeri Diraja Belum yang menjadi ikon eko-pelancongan negeri Perak. Dengan keluasan 219,127 hektar dan anggaran penduduk seramai 69,800 orang, daerah Gerik terbahagi kepada 5 mukim, Gerik, Kerunai, Kenering, Belum dan Temenggor. Pendapatan utama penduduk di kawasan ini ialah pertanian, perladangan, perniagaan, perikanan dan pendidikan.

Keunikan Taman Negeri Diraja Belum dengan pelbagai habitat flora dan fauna yang menakjubkan berhubung kait dengan lagenda asal Belum. Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi enam perkampungan kecil.

Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak telah diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak pada bulan 31 Julai 2003. Ia berkeluasan 117,500 hektar, terletak di Daerah Hulu Perak bersempadan dengan Taman Negara Halabala, Thailand di bahagian utaranya. Kawasan ini hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan air dari Pulau Banding yang mengambil masa sekitar satu jam setengah.

Tasik Temenggor merupakan tasik buatan manusia terbesar di Perak yang terletak lebih kurang 35km ke utara timur Gerik dan meliputi kawasan seluas 15 200 hektar. Pengunjung yang terutamanya pencinta alam akan terpegun dengan keindahan dan kecantikan flora dan faunanya. Disini juga terdapat sebuah perkampungan kecil orang asli. Tasik ini juga amat sesuai kepada mereka yang meminati aktiviti memancing.

Antara tempat-tempat menarik di Gerik ialah:

1. Lata Ulu Lawin
2. Pualau Banding
3. Taman Negeri Diraja Belum
4. Tasik & Empangan Temenggor
5. Kampung-kampung Orang Asli
6. Dataran Kuala Rui
7. Air Beruk
8. Lata Pinang
9. Empangan Pong
10. Batu Hampar
11. Taman Rafflesia Kampung Bongor
12. Dataran Pengkalan Buaya
13. Hutan Simpan Pulau Tali Kail
14. Gunung Kenderong, Kerunai, Chamah, Basah dan Sepat

Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu atau nama lamanya Kroh terkenal dengan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Keindahan flora dan faunanya sememangnya memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan di sini.

Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.

Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.

Kini, tinggalan tasik kecil tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Antara tempat-tempat menarik di Pengkalan Hulu ialah:

1. Bukit Sejuk
2. Dataran Gading
3. Kem Motivasi & Rekreasi Gua Gendang
4. Lata Kasut
5.. Kolam Air Panas
6. Lapangan Golf Pengkalan Hulu
7. Lata Sungai Hitam
8. Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic
9. Kelian Intan
10. Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Hulu / Betong

Artikel oleh Belum Outdoor Adventure

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


SUARA PERAK: Perlu Dewan Serbaguna <b>Di</b> Siputeh, <b>Batu Gajah</b>

Posted: 01 Jun 2011 08:54 AM PDT

Kenyataan Media YB V.Sivakumar , ADUN Kawasan Tronoh pada 1 Jun 2011 di Siputeh, Batu Gajah.

Perlu Dewan Serbaguna  di Siputeh

Dewan Serbaguna adalah merupakan satu keperluan terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk. Dewan itu boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai program kemasyarakatan, majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan , sambutan perayaan  dan sebagainya. Jika tidak, penduduk kawasan itu terpaksa mengadakan majlis-majlis itu di tempat-tempat yang  lebih jauh. Ini akan menyusahkan penduduk setempat. 

Dewan Serbaguna juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi yang lain. Ini akan mengeratkan hubungan masayrakat setempat . Dalam pada itu, dewan itu juga boleh digunakan oleh belia-belia untuk tujuan yang lebih berfaedah dan mengelak daripada aktiviti-aktiviti yang membinasa.

Penduduk Siputeh Mas  dan Siputeh Permai, Batu Gajah pernah memohon untuk sebuah Dewan Serbaguna  untuk kegunaan bersama di kawasan itu pada tahun 2009 melalui Pejabat Pembangunan Luar Bandar, Batu Gajah.  Permohonan ini dibuat memandangkan ia menjadi satu keperluan kepada penduduk kawasan ini.

 Dianggarkan terdapat lebih kurang  700 unit rumah di kedua-dua taman itu.  Kawasan ini juga padat dengan penduduk iaitu lebih daripada 2500 orang. Oleh yang demikian adalah wajar untuk penduduk kawasan itu untuk memiliki satu dewan serbaguna. 

Permohonan mereka tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri. Wakil-wakil penduduk daripada kedua-dua taman ini pernah berjumpa dengan saya berhubung dengan masalah ini. Kami pernah bermesyuarat sebanyak dua kali sebelum ini. Mereka merayu supaya kerajaan negeri prihatin terhadap niat mereka untuk memiliki satu dewan serbaguna di kawasan itu. 

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri kawasan Selinsing, Tuan Haji Husin Bin Haji Din secara soalan bertulis pada  Persidangan Dewan Negeri 3hb Ogos 2010.  Jawapan yang diberikan oleh Dewan adalah seperti berikut :

'Dewan Orang Ramai untuk kawasan Siputeh Mas dan Siputeh Permai, Batu Gajah akan dipertimbangkan pembinaannya melalui peruntukan RMK-10 yang dipohon daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM75.2 juta bagi seluruh negeri'.

Kerajaan Negeri sudah tentu telah  menerima peruntukan yang dipohon daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian adalah wajar untuk meluluskan projek pembinaan dewan serbaguna di kawasan Siputeh seperti yang dijanjikan. Saya difahamkan bahawa tidak ada apa-apa maklum balas berhubung dengan pembinaan dewan  sehingga hari ini. Oleh yang demikian, saya memohon supaya kerajaan negeri mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini untuk kepentingan penduduk Siputeh dan sekitarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


YB. YUNUS JAMHARI ADUN <b>KUALA KURAU</b>: PENDAFTARAN PENGUNDI BARU <b>...</b>

Posted: 19 May 2011 03:37 AM PDT

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk ke luar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menyepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahad, 5 Jun 2011

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Blogger Perak <b>di Teluk Batik</b> | Dunia Pisyek

Posted: 04 Jun 2011 11:19 PM PDT

Semalam (4 Jun 2011), seramai 100++ orang Blogger Perak dengan  dengan diketuai oleh si Pepenyu telah pun selamat mengadakan majis perjumpaan dan BBQ di Teluk Batik. Memang best. Sape tak pergi memang rugi. Hahahaha.


Antara yang datang sebagai wakil dari UTP adalah:

>> Pisyek Kumar yang comel
>> Adired
>> Jeckie
>> AdmiralHafiz
>> Faiz
>> MirulAbu
>> Farid
>> Fieza9

Yang bukan dari UTP

>> Pepenyu
>> Abang Luv
>> Syakir
>> Bro Azqar
>> Nisa
>> Faiz Zaini
>> Black Panther
>> Fahmi Mahat
>> Muna ke-muna-an
>> Syuk Chen
>> Diyana Khairudin
>> Aziemah
>> Ruzz

(Sape yang gile glamer lagi boleh bagitau aku, nanti aku tambah)

Macam ramai kan? Mesti la ramai. Kalau tak ramai, tak meriah la. Hahahaha. Kami bergerak ke Teluk Batik pada pukul 9.15 pagi dengan 2 buah kereta. Farid je yang datang lambat. Petang baru dia sampai. Orang tengah mandi manda masa tu. Hahaha. Fieza9 tu pulak dia memang tengah intern dekat lumut, jadi senang la dia nak datang. Keh keh keh.


Aku rasa event ni sangat kewl sebab banyak kenangan-kenangan menarik yang berjaya aku rakamkan. Antaranya bola plastik yang dihanyutkan oleh ombak ke tengah laut, dapat love bite dari obor-obor comel, makan-makan ayam yang disediakan oleh Fieza9, usha awek seksi, hot lagi mantop!!! dan yang paling superb adalah sesi photoshoot bersama Abang Luv. Kah kah kah.

Siapa tak tahu love bite dari obor-obor tu macam mana, boleh pergi test sendiri dekat Teluk Batik. =P

Sedang kami bosan menunggu ayam untuk siap dimasak oleh MirulAbu (kononnya), kami ada berbincang sedikit mengenai perkara semasa yang sedang panas berlaku di sekeliling kita ni seperti Gambit Saifullah hina blogger lah, Adinda Evans hilang dara lah, next Gathering Blogger Perak nak buat kat Taiping lah, dan macam-macam lagi yang panas-panas.


Untuk meningkatkan lagi level ke-jeles-san korang yang tak pergi, marilah kita sama-sama usha beberapa gambar yang di-snap khas untuk tontonan korang semua. Sape suruh korang tak datang. Muahahahahahaha.










Ok! Aku rasa itu sahaja kot. Gambar memang ada banyak lagi, tapi malas nak show off la. hahaha. Nak lebih gambar, boleh usha blog adired atau retis admiralhafiz. Kah kah kah.

Tak sabar rasanya nak pergi next punya gathering dekat Taiping. Aku harap dekat Taiping lebih best dari pada yang ni. Baru la lagi semangat nak pergi gathering. Hahaha. Pesanan untuk siapa-siapa yang nak buat gathering dekat Teluk Batik, hati-hati dengan obor-obor. Huhuhu.

Tak sia-sia Blogger Perak ber-gathering di Teluk Batik kan? =D

P/s: Aku sangat hensem bila berkaca-mata, bukan?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


60 Bangunan Usang <b>Di Ipoh</b> Dijadikan Aset Tarikan Pelancong <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 07:00 PM PDT

Sebanyak 60 buah bangunan usang di bandar raya Ipoh akan dipulihara menjadi aset pelancongan ikon "Jejak Warisan Ipoh", kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata bangunan-bangunan yang telah dikenal pasti itu tidak boleh dirobohkan tetapi ia akan dipulihara bagi tujuan pelancongan.

"Kerja-kerja merobohkan sebuah kedai lama oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang bangunan warisan," katanya ketika dminta mengulas tindakan MBI merobohkan sebuah bangunan usang di sini baru-baru ini.

"Bangunan itu pernah terbakar sebelum ini dan pada masa yang sama MBI telah memaklumkan (kepada pemilik) berkali-kali mengenainya berikutan lokasinya yang membahayakan pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Mengenai ikon "Jejak Warisan Ipoh", Menteri Besar berkata program yang diperkenalkan itu akan membawa pelancong menjejaki sejarah industri bijih timah di Ipoh dan kehidupan penduduknya di zaman kegemilangan Perak sebagai pengeluar bijih timah utama dunia.

Beliau berkata di kawasan Pekan Lama Ipoh sahaja terdapat 24 bangunan atau kawasan yang mempunyai sejarah atau warisannya tersendiri.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Therapy Aide (Taman Jurong/ <b>Bukit Merah</b>) vacancy 2011 @ NTUC <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 12:03 AM PDT

We are a non-profit entity that currently operate social day care centres and provide a range of auxiliary services for the elderly.

As a member of National Council of Social Service (NCSS) since November 2001, we strive to provide both quality and affordable services to assist you in caring for your beloved elderly dependents

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


RUMAH SEWA <b>CHEMOR</b> IPH | Rumah Sewa

Posted: 29 May 2011 08:56 AM PDT


Publish date: May 29, 2011 4:03 pm
Contact Name: zul
Region: Perak
Location: chemor, ipoh
Phone: 0196912070
Tags: ,

RUMAH UNTUK DISEWA DI TAMAN CHEMOR MESRA. MEMPUNYAI 3 BILIK DAN 1 BILIK AIR. LOT CORNER. BULANAN RM250.
5 MINIT KE PEKAN CHEMOR
15 MINIT KE BANDAR IPOH
5 MINIT KE SEKOLAH BERHAMPIRAN
TURUT BERDEKATAN DENGAN KEDAI2 RUNCIT

BAYARAN: 2BULAN DEPOSIT+(API+AIR)
= 250+250+100=600
BOLEH MASUK SEGERA!!!
call zul 0196912070

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam


Contact Ad Owner

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Gambar Hantu: Penampakan Gambar Hantu Pocong <b>di Taiping</b>?

Posted: 18 May 2011 07:46 AM PDT


Waktu petang ataupun senja memang tak elok kalau duduk di luar rumah. Kata orang tua, time tu lah hantu berkeliaran. Pemandangan matahari terbenam memang cantik

Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Cik Nadia. Berikut adalah teks yang disertakan sekali bersama gambar ini:
disini saya nak share satu gmbar yang saya peroleh dari rakan sekerja saya. dia telah pergi ke taiping dalam hujung tahun 2010. gambar di ditangkap sewaktu maghrib. time tu boyfriend dia yang drive and dia yang tengah duduk kat passenger seat saje2 nak snap gmbar. katanya pemandangan petang tu cantik sangat. tapi selepas snap gambar tu, dia perasan sesuatu yang agak pelik. saya dah highlight kan dengan bulatan merah. boleh korang tolong tafsirkan tak. coz saya pun tak pasti objek apa. atau itu hanya ilusi optik sebab keadaan jalan pun macam beralun. kalau korang rajin, analisis sekali gmbar ni sebab kata boyfriend dia kat bawah objek hitam yang terbang tu macam ada pocong. tapi saya tak nampak pulak. ape2 pun terima kasih korang.

Ok mengikut penelitian saya, gambar ini diambil menggunakan kamera telefon (Sony Ericsson K770i) dengan lensa CMOS pada bukaan 1/8 saat. Bukaan yang agak lama ini tambah dengan keadaan kereta yang bergoyang menyebabkan gambar jadi blur. Kalau kita tengok dengan teliti 'penampakkan' dalam bulatan itu adalah selari dengan lengkok pada garisan jalanraya.

Objek hitam tersebut adalak pokok yang kabur. Dan kat bawah sikit tu.. wallahualam.

Terima kasih kepada Cik Nadia.

Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


House PK: JOM KE LOST WORLD <b>DI TAMBUN</b>!

Posted: 05 Jun 2011 05:19 AM PDT

Pergghhh! Wa cakap lu semua, Lost World kat Tambun memang terbaik beb! Musim-musim cuti sekolah bagus jugak bawa keluarga pi mandi manda kat sini!

Selain dari taman tema air, Lost World juga ada tempat mandian air panas natural atau semulajadi punya tau! Memang best siot!

Aku cukup puas hati dapat bawak family ke sini dan korang pun patut bawak family korang!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Lagenda Aku&#39;s Leeya: SEHARI <b>DI KUALA SEPETANG</b>...

Posted: 31 May 2011 02:01 AM PDT

Sehari di Kuala Sepetang adalah pengalaman yang amat menarikkk! (=

motifnya kami datang sini adalah untuk membuat kajian  Geografi..... 

di jadikan sebab..hanya 1 kelas je yang tak ambik geografi...

kami juga terpaksa ikut ....walaupun kelas kami ambik ekonomi....

tetapi..pengalaman disana berguna juga untuk kami terutama untuk subjek pengajian AM.....

So...kata orang ' sambil berenang minum air..." hehhe...

Hari yang sangatttttt menyeronokkan.....

Time nie otak gila-gila..dan taktau kenapa boleh jadi macam tuh....hhehe...

tangkap gambar banyak-banyak...

dah macam model tak berbayar....huhuhu...ape-ponnn kami BESTTTT! Jom layan separuh daripada gambar-gambar yang telah diambil.....huhuhu..... (=




































ingat kat luar negara je ke ada dolphin....

jangan terkejut ..kat kuala sepetang pon ada dolphin...

comel giler....tapi 3 kali je dolphin tu timbul..pastu dah takde...

x caye....tengok la...

time nih..dolphin tu tngah dok ngikut bot pelajar perempuan....

mybe dolphin tu tertarik kat pompuan je kot...hahaha....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Otai <b>Manjung</b>: TERTUNDA: DS ANWAR IBRAHIM <b>DI</b> SURAU MADAH <b>MANJUNG</b>.

Posted: 19 May 2011 01:39 PM PDT

23.04.2011, Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung, Perak.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.


Jamaah menyambut ketibaan DSAI

Sebelum itu, DSAI ke Pulau Pangkor yang mana gerombolan DSAI pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.

Lencong ke Jeti Sg Pinang kecil Pangkor, Link 1: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1357272427841Link
Sambutan Penduduk Pangkor, Link 2 : http://www.facebook.com/video/video.php?v=1358331574319

Ceramah Penuh di Pangkor, Link 3 : http://www.youtube.com/watch?v=5KGSxaWVt0k

Pautan Misi OM :

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.