Selasa, 17 Julai 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


<b>Tronoh</b> ... Homestay Sutera: Keselesaan menginap <b>di</b> Homestay <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 02:24 AM PDT


Banglo setingkat di No.7, Solok Tronoh 2, Desa Tronoh, 31750 Tronoh, Perak

Berehat sambil menonton televisyen
Bilik utama dan bilik air 
Bilik 2 ada katil bujang, katil tambahan (tilam kekabu) dan 'aircond'
Bilik 3 ada katil bujang dan katil tambahan (tilam kekabu)
Ruang makan dan 'microwave'
Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan peti ais

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


MAZHA 2010: Kes pelajar hilang <b>di Sungai Siput</b>, Perak

Posted: 10 Jun 2012 11:56 PM PDT

 

3 sahabat cilik terus hilang
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
     


HILANG...(dari kiri) Muhamad Nazir, Muganasundram dan Vijay hilang sejak awal pagi kelmarin.

SUNGAI SIPUT: Helah tiga rakan baik menipu ibu bapa masing-masing kononnya ingin menghadiri kelas tuisyen di sekolah mereka pagi kelmarin mengundang kebimbangan keluarga apabila ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam.

Kehilangan murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Muhibbah di sini, itu disedari keluarga masing-masing sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Siput.

Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen, keluar dari rumah mereka di sini pada jam 7 pagi kelmarin dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil.

Ibu Vijay, R Anaugam, 36, ketika ditemui semalam berkata, anaknya memaklumkan ingin ke sekolah pagi berkenaan bagi menghadiri kelas tuisyen.

Dia yang juga pekerja kilang berkata, dia membenarkan anaknya menghadiri kelas tuisyen itu sebelum keluar bekerja pada jam 4.30 pagi.

"Bagaimanapun, anak sulung saya menelefon pada jam 2.30 petang pada hari kejadian dan memaklumkan Vijay belum pulang sedangkan dia sepatutnya habis pulang kelas berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Saya bergegas pulang sebelum menuju ke sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen," katanya.

Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.

Menurutnya, sehingga semalam, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada anaknya itu.

"Saya mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi rakan baiknya, namun gagal menjejakinya. Saya berharap dia pulang segera.

"Malah, saya juga berharap individu yang menyembunyikan anak saya serta dua rakan rakannya itu memulangkan mereka dengan selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes kehilangan tiga kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasatnya mengikut kes orang hilang.

"Kami berharap sesiapa yang menemui mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di talian 05-598 2222 untuk membantu siasatan," katanya.

MAZHA 2010: Pelajar yang dikatakan hilang <b>di Sungai Siput</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 09:10 AM PDT

Gambar tiga pelajar yang dikatakan hilang di Sungai Siput. (Gambar dari myMetro)
Tiga Budak Lelaki Yang 'Hilang' Sebenarnya Pergi Berbasikal Ke Bandar Lain
Oleh MANJIT KAUR

SUNGAI SIPUT: Ketika ibu bapa yang begitu bimbang tentang 'kehilangan' anak-anak mereka dan meminta kerjasama orang ramai untuk menggerakkan usaha mencari kesemuanya, ketiga-tiga murid sekolah rendah berkenaan sebenarnya sedang bergembira berbasikal ke bandar lain sejauh 30 kilometer.

Ketiga-tiga budak lelaki yang berusia 12 tahun dijumpai selamat pada Ahad malam.

Mereka memberitahu ibu bapa mereka pada Sabtu bahawa mereka mahu menghadiri kelas tambahan di sekolah mereka, tetapi bagaimanapun tidak pulang ke rumah.

Ketiga-tiga mereka merupakan rakan baik iaitu P. Muganasundram dari Kampung Muhibbah Fasa 1, Nur Muhamad Nazir Hussein dan S. Vijay, masing-masing dari Taman Lintang, dijumpai sedang berbasikal di persimpangan lampu trafik di Rimba Panjang, kira-kira 4 kilometer dari sini pada pukul 8 malam Ahad oleh pasukan pertahanan awam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, ketiga-tiga mereka mengaku tidak menghadiri ke kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah mereka untuk murid-murid Tahun Enam pada cuti sekolah.

Menurut Azman, kira-kira pukul 7 pagi Sabtu, selepas menipu ibu bapa mereka untuk pergi ke sekolah, ketiga-tiga murid tersebut berbasikal ke beberapa bandar seperti Chemor.

Mereka tidak pulang ke rumah pada malam itu, sehingga membuatkan ibu bapa masing-masing berasa bimbang.

Dalam satu temuramah dengan ketiga-tiga murid itu di rumah Vijay, mereka berkata, mereka telah berbasikal ke Ulu Chepor dan bermandi-manda di sebuah kawasan air terjun sebelum menuju ke sebuah pasar raya yang baru dibuka di Meru Raya untuk membeli-belah.

"Kami kemudiannya duduk di luar kiosk stesen minyak di Chepor dan berbual sehingga mengantuk. Kami kemudiannya ke bangunan kedai yang masih dalam pembinaan dan tidur di sana," kata Vijay.

Nur Muhamad berkata, mereka kehabisan wang dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah di mana mereka kemudiannya dijumpai oleh pasukan pertahanan awam.

"Ini merupakan kali pertama kami berbasikal begitu jauh dari rumah, dan kami berjanji tidak akan berbuat seperti ini lagi," tambahnya.

Ibu kepada Muganasundram, R. Mariamman, 34, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha untuk mencari ketiga-tiga murid itu.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Ajijoi: Siaran Langsung Ceramah Merdeka Rakyat <b>di Bukit Gantang</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 11:53 PM PDT


23 Jun 2012

SEMUA HARUS FOKUS KEMERDEKAAN RAKYAT!

Pidato Perdana Merdeka Rakyat akan diteruskan dalam siri seterusnya pada malam ini (23 Jun 2012) dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Taman Ria, Simpang Perak, di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Taman Ria terletak lebih kurang 1 km di belakang Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taman Damai.

Siri Merdeka Rakyat kali ini juga bersiaran secara langsung di saluran Ustream Merdeka-Rakyat. Setelah kejayaan membawakan siaran langsung Merdeka Rakyat di beberapa siri, termasuklah ketika menghadapi masalah kehilangan sebuah kamera video (rosak) akibat 'semangat merempuh' tatkala kehadiran Anwar Ibrahim di Setiawangsa, SAMM hadir dengan lebih bersedia untuk membawa siaran langsung di Bukit Gantang dengan kelengkapan yang lebih ideal.

Semoga malam ini satu dunia boleh menghayati amanat Anwar Ibrahim dan pimpinan dalam menghadapi PRU-13. Mereka ada TV123 Awani Astro, kita juga punya siaran langsung yang berkualiti cukup untuk memastikan tumbangnya kezaliman. Pautan siaran langsung di sini -http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat . Sebarang usaha untuk menayangkan siaran langsung ini melalui projektor ke layar besar amatlah digalakkan.

Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk menjayakan siri Merdeka Rakyat kali ini sebagaimana komitednya DS Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara tanpa mengira penat lelah, walaupun gegak-gempita melanda Parti Keadilan Rakyat. Namun demi menyelamatkan negara ini, segala persengketaan dalaman bukan sahaja seharusnya diselesai secara bijak tetapi harus fokus menumbangkan musuh sebenar iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Apa yang berlaku di Selangor sememangnya agak mengecewakan namun ia tidak mungkin menjadi halangan untuk program raksasa Merdeka Rakyat dijayakan dengan meriah. Merdeka Rakyat adalah suatu pesta untuk diraikan oleh marhein dan ia harus dihormati dengan masing-masing sedia untuk menamatkan perbalahan.

Kepada ahli politik yang terlibat secara langsung dalam persengketaan ini (jika ada persengketaan) uruskanlah perbedaan pendapat dengan bijaksana, lihatlah harapan rakyat untuk sebuah kelompok pemerintah yang boleh diharapkan, apatah lagi persediaan untuk menjadi parti pemerintah harus dipraktikkan demi menjamin keyakinan rakyat yang menaruh harapan.

Janganlah hanya kerana kepentingan peribadi menjadikan kita lupa dan alpa sehingga tergamak membenarkan diri ditunggang musuh yang akhirnya merugikan parti dan perjuangan. Ingatlah segala usaha dan pengorbanan, segala kuderat yang telah dihulur, segala ranjau berduri yang telah dilalui.

Hormatlah pengorbanan ini demi rakyat. Berlaku adillah di atas nama KeADILan, adil jugalah kepada semua penggerak dan organisasi massa (ormas) yang bertungkus-lumus merealisasikan sebuah negara rakyat dan akhir sekali, berlaku adil jugalah terhadap DS Anwar Ibrahim yang saban hari mengorbankan segalanya demi sebuah kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Warnet <b>di Tambun</b> Utara Dibobol Maling - PUSKOMINFO BID <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 11:30 PM PDT

Selasa, 10 Juli 2012 13:30 WIB
PUSKOMINFO - Warung Internet (Warnet) Alfaria di komplek Ruko Villa Gading 2 blok D3 no 23 Tambun Utara, Kabupaten Bekasi, dibobol maling, Selasa (10/7/2012).

Peristiwa pembobolan warnet ini baru diketahui sekira pukul 09:30 WIB tadi. Saat itu salah satu karyawan bernama Ferry akan membuka warnet. Namun saat akan membuka dirinya terkejut gembok sudah hilang dan pintu kaca sudah terbuka.

Menurut ferry, kerugian berupa 16 unit CPU,16 unit monitor dan uang sekira Rp700 ribu.

Petugas identifikasi yang datang ke lokasi langsung melakukan olah tempat kejadian perkara dengan mencari sidik jari yang diduga pelaku lebih dari 3 orang. Kini kasusnya dalam penyelidikan Polsek Metro Tambun Kabupaten Bekasi.

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


NOTHING IS IMPOSSIBLE: Suatu Hari <b>Di Tanjung Malim</b>, Perak

Posted: 16 Jul 2012 11:06 PM PDT

Setelah banyak makan buah langsat, maka jumpalah pak supir lokasi yang dituju. Sebelum sampai petir dan guruh di udara berdentum ditambah lagi dengan hujan lebat. Disebabkan pak supir lama tak pernah pergi ke lokasi yang dituju, buah langsatlah menjadi hidangan rasmi. 
Sampai ke lokasi pun makan buah langsat lagi. Sampai kekenyangan makan. Jam di tangan dah hampir jam 2 petang, barulah putera puteri sampai.
Carilah port yang menarik untuk badak-badak spesis darat berendam.






Misi menjelajah dunia akan ke destinasi yang lain pula.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAPAH: PAS Kena Serang <b>Di Kamunting</b>

Posted: 20 Jun 2012 01:36 AM PDT

Versi baru dengan isu-isu terkini.

Memang malanglah kalau masih ada anak cucu Aruah Ibrahim Libya masih menyokong PAS. Bukan sahaja orang PAS Memali menjadi mangsa penipuan politik PAS yang memperkudakan islam, tetapi juga pegawai polis yang terkorban di Memali.

PAS juga bertanggung jawab membiarkan malahan mendorong ayat Al Quran dan masjid dijaja serta dicemar oleh kafir harbi DAP. Ruang solat orang islam bebas dipijak oleh puak-puak yang tidak suci dari hadas besar. Daging korban turut sama dicemari dengan tangan-tangan DAP.

Lebai-lebai gila PAS cukup mudah kena tipu dengan lagak DAP yang dalam diam sudah bersedia menendang PAS dengan calon melayu dari parti mereka sendiri.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Super Colorful Life: Durian Batu <b>Kurau</b> Sambutan 1 Malaysia ?

Posted: 10 Jul 2012 04:35 AM PDT

Entri kali ini ingin menceritakan tentang kampung Amir sendiri . Kampung Anak Kurau , Batu Kurau , Perak . Batu Kurau ini seringkali disebut-sebut kerana keenakan buah durian yang terdapat di sini . Seluruh penduduk semenanjung ini memang tidak akan lepaskan peluang akan ke Batu Kurau untuk menikmati raja buah yang dikatakan TERBAIK diantara yang lain-lain .

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :

Ayun pak pek pak pong,
Gulai asam pedas,
Pakai baju tampung,
Lenggang bagai duras,
Duras buaya kampung,
Hilir-hilir mudik,
Mana kampung kita,
Balik sana bukit!

Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato' Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

Nama-nama Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut :

  1. Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)
  2. Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)
  3. Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)
  4. Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889)* Satu-satunya Penghulu kaum wanita
  5. Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)
  6. Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1896-1897)
  7. Hj. Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)
  8. Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj.Yahaya;Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)
  9. Raja Hj.Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)
  10. Raja Shahbuddin B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna (1908-1910)
  11. Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)
  12. Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)
  13. Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)
  14. Pandak Abd. Karim B. Doya; Tok Rakna Bongsu (1931-1936)
  15. Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)
  16. Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)
  17. Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)
  18. Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)
  19. Raja Ismail B. Raja Ahmad Tajuddin (1963-1969)
  20. Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)
  21. Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)
  22. Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)
  23. Zolkapli B. Adnan (1980-1987)
  24. Hj.Tun Yaacob B. Hj.Tun Abd. Raffar (1988-1993)
  25. Zolkapli B. Adnan (1994-2006)
  26. Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)

Batu Kurau mempunyai 21 buah kampung dengan Ketua Kampung masing-masing:

  1. Kampung Batu 14
  2. Kampung Batu 15
  3. Kampung Batu 16
  4. Kampung Batu 20
  5. Kampung Pantai Besar
  6. Kampung Sungai Ara
  7. Kampung Gudang
  8. Kampung Relang
  9. Kampung Jelai
  10. Kampung Air Hitam
  11. Kampung Pondok Quin
  12. Kampung Bukit Bertam
  13. Kampung Changkat Perah
  14. Kampung Titi Kasai
  15. Kampung Jabi
  16. Kampung Repoh
  17. Kampung Sempeneh
  18. Kampung Anak Kurau
  19. Kampung Perak
  20. Kampung Ulu Sepetang
  21. Kampung Pondok Tanjung Selain itu, ia juga mempunyai beberapa buah kampung kecil yang lain di bawah seliaan Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung masing-masing.


Mukim Batu Kurau yang diambil dari Google Maps
Selesai dengan serba sedikit sejarah Batu Kurau . Kita sambung pula dengan teaser raja buah , iaitu buah durian . Untuk makluman semua . Ada juga seorang dua artis yang datang ke Batu Kurau shooting filem sambil-sambil kalau kene musim buah durian ini . Diorang diap pulun bawa balik ke Kuala Lumpur . Ada seketika memang terserempak sebelah-sebelah je . Bile pandang diorang dengan muka hairan kita . Diorang senyum je la .
Terdapat juga segmen yang telah di tayangkan di Majalah 3 di TV3 tetang keunikan cara mengutip durian di sekitar kampung-kampung yang ada di mukim Batu Kurau . Haaa , tau tidak keunikan nya apa ? Disebabkan kebanyakan dusun-dusun durian si Batu Kurau terletaknya di kaki kaki bukit . Disebabkan itu , perlunya motorsikal yang di gelar 'scrambler' untuk diguna pakai bagi memanjat ke dusun-dusun ini . Haaa . Panjat kaki bukit cari durian . Unik bukan ?

Itu sahaja entri kali ini , dan untuk makluman . Sekarang ini memang tengah musim durian . Amir tengok sepanjang jalan ada peraih-peraih durian . Ape tunggu lagi . Serang lah Batu Kurau sekarang ini .



YEAHH!! :)

P/S : Kali ini dusun pusaka arwah moyang Amir tidak membuahkan hasil durian . Tak boleh lah nak ajak makan free :P

Isnin, 16 Julai 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: <b>PARIT BUNTAR</b>!!! Ceramah PAS <b>di</b> Pekan Batu Lima terus <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 01:19 AM PDT


PARIT BUNTAR, 9 Julai : Ceramah PAS dan Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat oleh orang ramai yang hadir pada 25 Jun lalu.
Setiausaha PAS Parit Buntar berkata, ribuan penduduk hadir memenuhi dataran Batu Lima untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nasron Aswad.

" Ini adalah kali kedua ceramah yang diadakan di Batu lima ini mendapat sambutan yang hebat terutamanya dari golongan anak muda" katanya

Ustaz Nasron dalam ucapannya mengatakan bahawa anak-anak muda dinegara kita ini begitu banyak terlibat dengan masalah gejala sosial adalah kerana salah ibu bapa.

" Ibu bapa yang ada sekarang ini telah tersalah memilih UMNO/BN untuk memerintah negara, Akibatnya negara dan rakyat tidak dibawa kepada ketundukan kepada Allah.

" Dengan ini timbul berbagai masalah sosial yang semakin mengancam kehidupan masyarakat" tegas Ustaz Nasron 

Tambahnya, sekiranya pemerintah itu adil dan membawa kepada tunduk dan patuh kepada perintah Allah serta menjalankan segala hukum-hukumnya, nescaya keadaan masalah sosial dapat dihindari. 
" Apa yang berlaku sekarang ini adalah pemerintah tidak mahu kepada kebaikan.Tidak hairanlah dalam himpunan sejuta belia di Putrajaya iyu, mereka dengan tidak takut dan segan silu mengundang kemurkaan Allah dengan membawa masuk hiburan yang melampau seperti K-Pop dan sebagainya.
" Akhirnya remaja dan anak muda hilang pedoman setelah disogok dengan hiburan yang jelas dilarang oleh Allah" katanya

Turut berucap dalam ceramah itu ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, Tuan Haji Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar.

Diakhir ceramah itu, persembahan dari Pak Long yang didatang khas menyamapaikan lagu-lagu berunsur kerohanian kepada orang ramai. MKA


07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


bumiperak: Ribuan manusia di wacana Ostad Kazim <b>di Seri Manjung</b>.

Posted: 16 Jul 2012 02:26 AM PDT


Dalam Dewan Merdeka Manjung... banyak kerusi dari orang
Terima Kasih buat Media Perak tolong ambik gambar....

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


House PK: BANJIR TERBURUK <b>DI KAMPAR</b> MENDAPAT <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 07:00 PM PDT

"Ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan ini dan saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menyelamatkan ibu bapa serta abang yang lumpuh apabila paras air semakin naik," demikian kata Alias Mohamad, 49, ketika menceritakan cetik cemas menghadapi banjir yang menenggelamkan rumahnya sehingga ke paras bumbung.

Katanya, khuatir dengan keselamatan kedua-dua orang tuanya, Mohamad Abdul Rauf, 80, dan Yun Megat Din, 76, beliau terpaksa akur untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar bersama abangnya, Nazri Mohamad, 55.

Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Dipang yang terletak tidak jauh dari Sungai Kampar.

"Kira-kira jam 5 pagi, paras air mula naik dan kami sekeluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.

Alias adalah salah seorang daripada hampir 1,200 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung.

Tinjauan Peraktoday.com di tempat kejadian mendapati, kebanyakan rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kampar ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Read more...

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Streets of London, <b>Bukit Merah</b> Central « Levin

Posted: 13 Jul 2012 05:45 AM PDT

Never one to shirk my responsibilities, I passed up on the viewing of Louis Vuitton's pop-up store for Yayoi Kusama, and skipped the Havaianas event subsequently.

This however, placed me into a situation that saw me, on the rather rare occasion nowadays, grab lunch alone. I'd usually feel alone, but as I was down with a bout of a cold, I was rather pleased at the arrangement. I'd hate to think what people'd think if they saw me like this – a pissing pale fumbling sack of germs that looks nothing like the luxuries that he represents. No,  I refuse to bear witness to forced curtsies. But a solo lunch attempt in Bukit Merah Central is perhaps only a tad less difficult than giving birth – for that one or so hour, it's Darwinism put to practice; it's third world instincts in first world infrastructure; xenophobia loses all meaning when everybody acts the same. Fortunately, I had the luxury of time. I waited till two, and I had my heart set on this place that my colleagues had spotted a day or two ago.

Maybe it's because I watch BBC's Lifestyle and Knowledge channels frequently, or maybe it's because of all the spotlight we've been getting recently, you know, with Prince William and Kate Middleton's wedding, Pippa's butt, and of course, the Queen's Diamond Jubilee, and the cringing notion that we might have to live through a rather short, embarrassing yet necessary rein of King WilliamandQueen Camilla, to get to the rein of King William and Queen Catherine, but it certainly feels like this year belongs, not to Asia, not to America, not to Europe even, but London. It's London calling, and in a time where every nook and cranny is filled with so much doubt and despair, it's symbolic to find the symbol of the Old World is shining a new light into the future. Britain's cool again, and it's only a matter of time that people pay homage to that beam of hope, and that's where Streets of London comes in. Situated just off the periphery of the commercial activity is Streets of London, a simple-looking, lightly decorated English-themed cafe. Perhaps I'm feeling a little fatigued from all the indie cafe which comes inclusive with all the unnecessary hipster attitudes, but I like how empty, how clean and bare bones it all is. It's as if the cafe's telling me, "You want to chill, go away. This place is all about the food," and I love how functional it all is.

While the fish and chips has been noted as a great highlight, I wasn't quite in the mood for it, sick and all. So, I went for the set lunch. Contrary to what you might think, it wasn't about the price. The mains are about SGD 10 and above, with the cafe's signature sitting at the bottom of that price range while the set is SGD 10 exactly, and comes with a soup and a drink, so there wasn't much of a difference. There were four choices, and I decided to go for the fish. Let's get this out-of-the-way first: the dish, is by no means, complex. It is, however, very homely indeed, and it was enjoyable for what it was. I mean, the fish are the ready-packed frozen dory fillets you get at your local supermarkets while the flavors are a fusion of caramelized onions and butter wrapped in foil to give the meat a tinge of earthy aroma when you bake food. The sides of vegetables were surprisingly varied and cooked nicely while the mash was soft and easy on the palette.

I'd love to come back again for more.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


welcome to zaifasha Craft: booth zaifasha craft <b>di</b> SK <b>Jelapang</b>

Posted: 03 Jul 2012 12:12 AM PDT

actually da lama nak post entry ni tapi disebabkan kesibukkan masa jadi dapat nak publish entry ni..da berabuk da blog zaifsha craft. kerana kebelakangan ini zaifasha craft mengabil bahagian membuka booth dan owner zaifasha craft juga sibuk dengan urusan pengajian.so kena fokus study tuk exam. tapi dalam tempoh exam juga owner ambil juga peluang untuk buka booth. oleh itu tak sempat la nak update blog. ok mengenai pembukaan booth di SK Jelapang alhamdulillah sambutan menggalakkan dari semua pihak termasuk guru,pelajar dan ibu bapa. mari kita layan gambar dulu ye..
pembukaan booth pada hari sukan guru.thank nabila coz bayank menolong 

pembukaan booth pada hari sukan SK Jelapang pada 30 Jun 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Coretan Siti: Makan-makan <b>di Taiping</b>

Posted: 23 Jun 2012 08:17 PM PDT

Salam semua...
Hari Sabtu minggu lepas balik Taiping sekejap untuk tengok rumah yang dah lama tak jenguk.  Bila balik ambil kesempatan untuk makan-makan di beberapa tempat yang merupakan tempat makan favorite.
 Bila sampai je terus singgah di Ansari Cendol untuk minum cendol yang sedap tue dan makan jugak pasembor dia.  Pasembor nie biasa-biasa je.
Yang terbaik mesti la cendol, campur dengan kacang wow... memang walla... kalau suka bole tambah pulut jugak.
 Dua gambar atas bawah nie gambar bahagian depan Ansari cendol.  Kalau sapa ke Taiping elok la singgah dan cuba.  Ada satu lagi cendol yang famous jugak iaitu Bismillah Cendol.
 Petang tue pegi pulak Kueyteow Doli untuk makan kueyteow  la apa lagi.  Masa sampai dalam pukul 2.00 petang jadi orang tak ramai lagi, jadi sekejap je dah dapat order.
 Atas nie kueyteow goreng biasa, mula-mula nak order special tapi bila nak order yang lain jadi cukup la.
 Order tambahan adalah mee kari dan jugak nasi ayam.  Hehehe... makan dua orang je ngan adik, tapi macam makan 3, 4 orang.  Best jugak sebab dah lama tak makan di sini, jadi sesekali memang terasa best.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


PKR PENGKALAN HULU: Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus <b>Di Gerik</b>

Posted: 22 Jun 2012 03:06 AM PDT

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Perak</b> 1433H/2012 <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 05:00 PM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Perak untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.

WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN DI NEGERI PERAK

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Perak:

Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput dan Kuala Kangsar

Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong

Zon 4 – Temenggor dan Belum

Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kampung Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Zon 7 – Bukit Larut

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Perak melalui paparan Sribd di atas. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di Perak khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Sumber: Portal JAKIM