Khamis, 23 Jun 2011

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Petronas Cub Prix 2011 <b>Di Teluk Intan</b>

Posted: 23 Jun 2011 03:13 AM PDT

Assalammualaikum



Pernah tengok Petronas Cub Prix? mesti penah an...ha sape yang duduk sekitar teluk intan boleh mai datang tengok dengan mata sendiri..hehehe...petronas cub prix ni akan gegar tempat aku ni pada 25 Jun 2011 dan 26 Jun 2011...aku pun tak penah tengok lagi, tapi di sebabkan petronas buat kat tempat aku ni, so aku jadi excited nak tahu sebab litarnya betul-betul depan tempat kerja aku..hahaha..boleh la aku tengok dari dalam sekolah aku jer...kuang-kuang.. :D kawan aku cakap yang pernah pergi sebelum nie kata memang sangat seronok sampai taknak balik..haha..mase tu nanti korang leh tengok motor-motor besar dan ade gerai-gerai leh dapat gift macam-macam..nak tahu betul ke tak mari datang tengok sendiri yekk..so pagi tadi aku g breakfast aku dapat ler tengok realiti yang tak pernah aku tengok..haha..dorang tengah basuh jalan..huhu...banyak la bil air pekan teluk intan bulan ni..kuiukui...nak tangkap pic sebarang dua tapi kang ade orang pelik lak tengok aku sibuk ambil gambar..kikikiki...

note : kalau takde pape ujung minggu ni leh ajak hubby pergi :D



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

afasz.com: Aksi Pengantin Baru <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 20 Jun 2011 04:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Aksi Pengantin Baru di Teluk Intan. ehem ehem. . . uhuk uhuk. . . Untuk paparan lebih besar sila ke. "Kurang kan gula dlm minuman, lebihkan gula dalam senyuman". Posted by Cik FaRiZaM at 7:14 PM · Email This BlogThis! ...

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


General Lab Assistant - <b>Bercham</b>, Ipoh • Jobs in Perak • Jawatan <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 04:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Update Latest Jobs Careers Vacancies Working Jawatan Kosong Di Perak. Saturday, June 18, 2011. General Lab Assistant - Bercham, Ipoh. Job Location: Bercham, Ipoh. General Laboratory and Office Assistant Wanted Requirement: ...

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


rathiqahazmirarosli: Kenangan <b>di teluk batik</b>:)

Posted: 13 Jun 2011 03:45 AM PDT


Dengan penuh semangat aku nak mengupdate tentang percutian aku bersama geng geng ditempat praktikal aku.Dah lama rasanya aku tak keluar beramai ramai yang terdiri daripada perempuan je semua.Dah la baik baik semuanya.hehe Aku sorang je tak bape nak baik.sobsobsob

Ok plannya nak bertolak pukul 8 pagi.Tapi macam biasa orang melayu kacukan korea mestila lewat dalam beberapa jam.hehe Bertolak dalam 8 lebih la.

Tibe tibe dalam perjalan kereta buat hal kot.Dan kereta itu adalah kereta aku.Ehem ehem aku drive okeh.

Rupanya kompresor pe jadah tah.Hari langsailah duit apak aku sebanyak lima latut linggit wooo.Aku mase tu cuak kot tapi tak nanges ar.Apa barang nanges.Haruslah gelak kan.hahaha

Tapi alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga,cewah sampai jugak kiteorang didestinasi dalam pukul 10 lebih.Fes time kot aku drive jauh.hehehe Tepuk tangan sambil hentak kaki sikit untuk aku.heh

Port baik punya.Angin sepoi sepoi.Perghhh mantoppp

Lepas dah tak nak mandi,aku dengan nabilah pergi shoping baju jap.Dengan basah basah camtu kiteorang redah je.

Ok lepas tu kiteorang jalan jalan jap,amik amik gambo dan berangakat pulang.Sebelum tu singgah UTP ingatkan ada expo rupanya nan ado.huhu Tapi okla gak,merasa la gak aku masuk UTP tu kan.hehe

Alhamdulillah kiteorang sampai umah nabilah dan faiezah pukul 7 lebih.Duk golek golek sambil tunggu nabilah hidang makan malam.Dalam 9 lebih aku beransur pulang.

Bestt gileeeeeeeeeeerrr okeh.Tak tahu nak cakap camne.SAYANG gila kat korang.hehehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Cendol Kamunting terus jadi pilihan <b>di Taiping</b> » Perak News - Your <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 12:27 AM PDT

Rahsia cendol sedap terletak pada air gula dan santan dia. Yg paling sedap ialah yg menggunakan air gula kundur? dan santan yg pekat. Ini lah rahsia penjual cendol India yg asli. Sayangnya dah tak ada yg buat cendol ori ini. Malang sekali bila resipi yg baik dipinda pinda sehingga hilang terus keasliannya.

Di ipoh ada seorang penjaja India (bekas askar) yg jual cendol yg asli ini di depan Maybank Ipoh Garden tapi malang sekali dia pun sudah berhenti berniaga…mungkin kerana sudah tua. Alangkah baiknya kalau ada sesiapa yg boleh dapatkan resipi cendol beliau dan kembangkan perniagaan cendol lazat ini ke seluruh Malaysia.

Most things in life are still best consumed in their original form ! ;)

Like or Dislike: Thumb up0 Thumb down0

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Krew Kelana Agung <b>Kerian</b>: XPDC Gunung Berembun, Cameron Highland

Posted: 14 Jun 2011 03:58 AM PDT

XPDC Gunung Berembun, Cameron Highland
10-12 Jun 2011
12 Peserta XPDC

Tepat jam 0900 semua peserta berkumpul di Bagan Serai, Perak sebelum bertolak bersama-sama pada jam 0930. Perjalanan sejauh lebih kurang 200KM ke Cameron Highland mengambil masa tiga setengah jam dan semua peserta selamat tiba di destinasi pada jam 1230 tengahari. Berhenti rehat di Pekan Berinchang untuk makan tengahari sebelum bertolak ke apartment. Pada waktu malam, kesemua peserta program XPDC keluar berkumpul pada jam 2100 untuk membeli belah barang keperluan untuk memasak dan menikmati suasana malam di pasar malam Pekan Berinchang. Kesemua peserta berkumpul untuk minum malam sebelum pulang berehat di apartment masing-masing pada jam 2300.Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba dihiasi dengan pemandangan matahari naik dan ladang strawberi. Kesemua peserta dengan kelengkapan mendaki masing-masing berkumpul pada jam 0800 dan diberi bekalan makanan dan minuman daripada unit QM Makanan. Dengan menaiki kereta, peserta bergerak ke kaki Gunung Berembun. Sebelum mendaki, peserta melakukan sedikit senaman regangan otot. Setelah itu, peserta mula mendaki Gunung Berembun dengan diketuai oleh ADC Krew Kelana Kerian, Encik Vijayganesh. Pendakian selama lebih kurang tiga setengah jam kurang memenatkan kerana laluan mendaki dihiasi dengan panorama yang indah dan cuaca yang agak dingin. Peserta tiba di puncak Gunung Berembun pada jam 1230. Berhenti rehat untuk menikmati suasana panorama di puncak gunung dan makan tengahari bersama-sama. Semasa menikmati bekalan makanan, satu kumpulan pendaki daripada pelatih MARDI tiba di puncak. Kami berbual seketika sebelum turun semula setengah jam selepas berehat. Perjalanan turun gunung mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Peserta berhenti rehat apabila telah sampai di kaki Gunung Berembun sebelum bergerak pulang ke apartment masing-masing. Program pada malam kedua dipenuhi dengan melawat sekitar pasar malam Pekan Berinchang. Kesemua peserta pulang ke apartment masing-masing pada jam 2330.Hari terakhir di Cameron Highland. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kesemua peserta membeli cenderahati dan sayur-sayuran di bazaar. Peserta XPDC selamat tiba di rumah masing-masing pada jam 1500.

Go! Go! Go! Krew Kelana Kerian! Sedia Berkhidmat!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DPPK <b>Padang Rengas</b>: PELANCARAN PENUBUHAN DAP <b>DI</b> SAUK

Posted: 12 Jun 2011 11:08 AM PDT

Pakatan Rakyat Parlimen Padang Rengas mempergiatkan usaha dalam meningkatkan kekuatan jentera pilihan raya umum ke- 13 dengan penubuhan Cawangan DAP Sauk semalam (Ahad 12. 6. 2011). Ini merupakan cawangan DAP yang ke- 2 ditubuhkan di Parlimen Padang Rengas pada tahun 2011 selepas penubuhan DAP Cawangan Pekan Padang Rengas beberapa minggu yang lalu.

Bertempat di kediaman blogger "Mat Saman Kati", di Kampung Sauk,  pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB V. Sivakumar (Timbalan Pengerusi DAP Perak) serta dihadiri oleh YB Khalil Idham Lim (Ketua Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak), Turut hadir meraikan detik- detik bersejarah tersebut ialah Ustaz Mohammad Yassin (Timbalan YDP Pas Kawasan Padang Rengas), pimpinan- pimpinan Pas Kawasan Padang Rengas dan Kuala Kangsar serta PKR.

Walaupun DAP tidak bertanding di Parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh serta Lubuk Merbau, kehadiran DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen dan DUN.

UMNO sambung Muktamar Pas Pusat

Majlis dimulakan dengan ucapan YB Khalil Idham Lim yang membidas UMNO yang menyambung Muktamar Pas hingga ke hari ini. Walaupun Muktamar Pas Pusat telah berakhir pada 5 Jun 2011 yang lalu namun UMNO telah menjadikan media tunggangan mereka untuk memanjangkan Muktamar Pas Pusat hingga kini.

Beliau juga mengambil peluang menjelaskan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pas yang berlandaskan kepada Al- Quran dan Sunnah untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat.

3 Perkara Negara Berkebajikan dalam Buku Jingga


Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YB Sivakumar yang mempersoal UMNO seolah- olah tidak tahu Negara Kebajikan itu terkandung dalam Agama Islam. Ini berikutan Umno yang menyerang Pas kononnya tidak lagi memperjuangkan Negara Islam setelah memperjuangkan Negara Kebajikan.Malah tambah beliau dalam Agama Islam sememangnya ada Kebajikan begitu juga dengan agama- agama yang lain.

Beliau juga menerangkan aspek Negara Berkebajikan yang terkandung di dalam Buku Jingga (100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat)yang perlu dihebahkan kepada rakyat antaranya ialah:
1. Pemberian kebajikan RM1000.00 setahun  untuk warga emas.
2. Kenaikan gaji guru- guru sebanyak RM 500.00 setiap orang
3. Penghapusan bayaran Tol di semua lebuh raya di seluruh negara.


Tahniah Pakatan Rakyat !!! Selamatkan Malaysia !!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Budak Sungkai: Makan Mee Udang <b>Kuala Sepetang</b>

Posted: 06 Jun 2011 10:55 AM PDT

Hari ini mak dan keluarga abang aku bertandang ke rumah aku...percutian mereka yang singkat, cuba aku penuhi dengan membawa mereka santap di Kuala Sepetang, kalau mengikut cakap2 orang luar ramai yang teringin nak makan mee udang disitu, bagi aku pula sebagai penghuni daerah Taiping ni perkara tersebut dianggap sebagai kebiasaan,,(sebab dah selalu makan)..hehehe


Banyak kedai2 yang menggunakan promosi mee udang disepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang ni..kawan2 cume perlu tau gerai yang mana menyajikan mee udang yang betul2 sedap dan menggunakan tema "selak udang baru nampak mee"...hehehe

Kalau mengikut kata orang2 yang pernah makan mee udang tersebut gerai yang bernama Gerai Mee Udang Mak Teh, Mak Jah, Pak Salleh adalah antara gerai mee udang yang tersohor di sini, ada juga yang lain cuma aku tak pernah lagi merasainyer....bagi aku selera masing2 ni susah nak di gambarkan, aku cuma boleh cadangkan kawan2 yang teringin nak makan mee udang yang sedap dan mengiurkan boleh la mencuba gerai mee udang yang aku nyatakan diatas...ini adalah antara gerai2 yang femes di kuala sepetang ni..

Aku bawa keluarga abang aku ke gerai mee udang mak teh, untuk mereka yang teringin nak pergi perjalanan dari Taiping ke gerai ini hanya memakan masa sekitar setengah jam sahaja dan pengenalan yang paling mudah selain dari melihat signboard yang ada adalah dengan melihat pencawang elektrik kuala sepetang ini kerana gerai mak teh ni betul2 berhampiran dengan pencawang elektrik tertinggi yang ada disitu....

Mee udang yang di pesan oleh keluarga abang aku adalah mee yang menggunakan udang laut yang segar dan harganyer pulak RM 10 semangkuk, rasanyer memang manis dan lembut...udang kolam/ternak sudah abes waktu kami kesini....komen pertama dari abang aku mee udang digerai nimemang sedaplah, jadi berbaloi lah percutian singkat mereka ke taiping kerana dapat makan mee udang yang femes itu...hehehe

* banyak lagi tempat yang boleh dilawati di daerah taiping ni...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Cendol <b>Kamunting</b> terus jadi pilihan <b>di</b> Taiping » Perak News - Your <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 12:27 AM PDT

Rahsia cendol sedap terletak pada air gula dan santan dia. Yg paling sedap ialah yg menggunakan air gula kundur? dan santan yg pekat. Ini lah rahsia penjual cendol India yg asli. Sayangnya dah tak ada yg buat cendol ori ini. Malang sekali bila resipi yg baik dipinda pinda sehingga hilang terus keasliannya.

Di ipoh ada seorang penjaja India (bekas askar) yg jual cendol yg asli ini di depan Maybank Ipoh Garden tapi malang sekali dia pun sudah berhenti berniaga…mungkin kerana sudah tua. Alangkah baiknya kalau ada sesiapa yg boleh dapatkan resipi cendol beliau dan kembangkan perniagaan cendol lazat ini ke seluruh Malaysia.

Most things in life are still best consumed in their original form ! ;)

Like or Dislike: Thumb up0 Thumb down0

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rabu, 22 Jun 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


PENTAS KAJIBUKU: Kedai kaset dan piring hitam lama <b>di Gopeng</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 08:27 AM PDT

Di sebelah Rumah Warisan Gopeng, saya terdengar bunyi lagu Cina lama berkumandang dari sebuah kedai menjual kaset dan piring hitam antik. Menarik! Saya dan isteri terus masuk ke dalam kedai.

Sebaik berjumpa Pak Cik berbangsa Cina yang kami panggil Uncle ini (belum berkenalan nama, akan datang kami nak interview beliau lagi), kami kagum dengan semangat beliau mempertahankan kedai kasetnya itu.

Beliau masih menjual kaset lama, piring hitam lama, catridge (kaset tebal) era 70an serta mempamerkan beberapa amplifier dan pemain kaset lama yang beliau masih ada. Tanpa banyak berkira, beliau menjual kaset-kaset lama dengan harga yang murah dan tanpa kedekut tenaga, beliau menceritakan sejarah kedainya itu kepada kami.

Ada benarnya kata Uncle tersebut pada kami."Sekarang bukan zaman recording." Maksudnya zaman sekarang zaman MP3, lagu dijual secara murah tanpa kawalan. Dahulu artis dapat duit hasil jualan kaset dan catridge, peniaga juga dapat hasilnya. Kini, artis hanya dapat wang hasil dari nyanyian konsert sahaja, sedangkan kaset tidak laku. Jika ada CD pun, lanun cetak rompak dah lama sapu untung.

Dahulu, lagu dan seni ada 'pride' tersendiri. Jika ingin dengar lagu bermutu dan berulang kali, kena beli piring hitam, kaset atau cayridge. Kini nada dering pun dah ada lagu. Lagu terlalu murah pada pandangan manusia sekarang. Si artis terpaksa mencipta kontroversi jika ingin popular dan menjual lagu.....

Uncle ini sebenarnya sudah ingin berhenti menjual di kedai tersebut kerana sewa kedai semakin naik tetapi cepat pula beliau menambah, rumahnya kini dah jadi muzium piring hitam, alat rekod dan kaset-kaset lama. Selain itu, ada beberapa buah 'catridge'nya dipamerkan di Muzium Gopeng secara percuma.

Sejak berusia 11 tahun, saya telah mula membeli kaset nyanyian dan ceramah untuk didengar dan sebagai koleksi peribadi. Hingga kini, saya masih mengumpul kaset walaupun ramai mengejek saya konservatif dan tidak 100% percaya pada MP3. Ceramah Ustaz Shamsuri dari tahun 1998 hingga kini pun saya kumpul dalam bentuk kaset dan bukannya CD. Bezanya dulu saya mendengar kaset-kaset tersebut seorang diri. Kini, selepas solat Maghrib, saya akan mainkan semula kaset ceramah Ustaz Shamsuri untuk didengar bersama isteri. Kaset nyanyian lagu gambus, nasyid dan penyanyi biasa juga saya mainkan untuk sama-sama kami dengar di waktu lapang.

Selepas berjumpa dengan Uncle ini, saya belajar menghargai pemain kaset saya (walkman).

Saya ingin membeli pemain radio transistor lama, pemain catridge dan pemain piring hitam suatu hari nanti selepas mempunyai bajet sedikit. Anak dan cucu saya perlu tahu benda ini semua. Peralatan seremeh pemain catridge dan pemain kaset pun cukup mencerminkan suasana sosial sejarah dan budaya masyarakat kita suatu ketika dahulu. Teknologi memaparkan budaya sesuatu komuniti. Jadi dengan mengenali semua ini, anak cucu kita akan kenal bagaimana masyarakat kita dahulu mengoperasikan kehidupan mereka.....

Uncle..kita jumpa lagi di minggu-minggu akan datang....

Muhammad Nuruddin dan Isteri








Ini catridge lama, bentuk macam kaset tapi saiznya lebih besar.
Uncle kata suatu ketika dahulu anak muda dan pelajar sekolah sukakan butang berpin/lencana macam ini. Dahulu minat artis kena ada lencana lekat pada beg. Siapa paling banyak kira hebat lah. Suatu pendedahan sosial anak muda beberapa dekad dahulu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MB arah masalah teksi sapu <b>di Pangkor</b> ditanggani segera » Perak <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 03:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MB arah masalah teksi sapu di Pangkor ditanggani segera. June 18, 2011 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr ...

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: 551 murid terima e-Book <b>di Langkap</b>

Posted: 02 Feb 2011 07:19 PM PST

Seramai 551 murid Tahun Lima daripada 24 sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima e-Book yang disumbangkan Kerajaan Negeri untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha'ari Idris berkata, pengagihan e-Book telah memasuki tahun ketiga kepada murid sekolah rendah yang layak menerima, walaupun sebelum ini pelbagai kata-kata tidak puas hati dilontarkan kepada Kerajaan Negeri.

"Namun, hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan dalam bidang pendidikan terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negeri ini, usaha itu berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.

"Apa yang penting, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan e-Book digunakan secara berhati-hati dan dijaga sebaik mungkin agar tidak mudah rosak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembahagian e-Book sekolah daerah Setiu DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.

Menurutnya, penggunaan e-Book secara berperingkat kepada murid sekolah rendah diharap dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di luar bandar apabila menerima kemudahan itu.

"Ini sebab, daerah Setiu antara yang terbaik di peringkat negeri sejak belakangan ini, terutama dalam keputusan peperiksaan awam.

"Kita berhasrat biarlah kecemerlangan ini sentiasa berterusan demi menyahut saranan Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam kalangan anak jati Terengganu pada peringkat tertinggi," katanya.

Asha'ari berkata, demi memantapkan sistem pendidikan di Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan memberi peruntukan besar terhadap pembangunan pelajar terutama di peringkat sekolah setiap tahun.

"Oleh itu, saya menyarankan setiap rakyat dapat menilai sendiri kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak mudah mendengar cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing," katanya.

Antara murid sekolah yang terlibat dalam pembahagian e-Book peringkat DUN Langkap termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Teras, Fikri (Sungai Tong), Batu 29, Sungai Tong, Bari, Kampung Rahmat, Chalok, LKTP Chalok Barat dan Bukit Putera.

Selain itu, SK Langkap, Seri Langkap, Sungai Lerek, Merbau Menyusut, Sungai Las, Kampung Tayor, Kampung Bukit, Jelapang, Alur Lek Kasar, Pak Ba, Pelong, Bukit Mundok, Payong Baru dan Kampung Jaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


ZIARAH <b>DI TROLAK</b> PEKAN : Blog Umno Tanjung Malim :: Umno Perak

Posted: 22 Jun 2011 07:18 PM PDT

Menziarah warga uzur dan daif pelbagai kaum di Trolak Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan makanan dari Yayasan Bina Upaya (YBU) Kerajaan Negeri Perak. 1Malaysia! (20 Jun 2011 – 9.30 pagi)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


HarbinSalamShoot: StreetPhoto:From Pekan <b>Behrang</b> Stesen To Pasar <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 12:04 AM PDT

ebin gambar yg kerusi 3 tuh,, best.. byk yg boleh diceritakan dgn gambar cmtuh..terbaek..yang anjing tuh pun sama..terbaek. aku rasa hang dh berjaya asah mata utk melihat dlm segi espek photog...usaha lagi kulaan.

tq bro..masih banyak kekurangan yg telah dikenal pasti..aku try improve outing 26.jun ni...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gambar & Video Panas Blogger <b>di Teluk Batik</b>, Perak | Admiral&#39;z Legacy

Posted: 06 Jun 2011 09:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dalam entry yang lepas : Gathering Blogger Perak di Teluk Batik Telah aku update tentang gathering ke-4 Blogger Perak. Secara jujur, itu adalah gathering paling menarik pernah aku sertai sepanjang bergelar blogger. ...

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Misteri Volkswagen Kuning <b>Di</b> Lebuhraya <b>Jelapang</b>

Posted: 29 May 2011 03:56 AM PDT

Hantu Volkswagen Kuning

Kepada yang dah tengok Filem Karak mesti nak tahu lebih lanjut lagi kisah Volkswagen Kuning kan? Cari punya cari aku jumpa la satu artikel ni kat facebook. Percaya atau tidak itu terpulang kat diri anda masing-masing. Aku disini hanya sekadar berkongsi pengetahuan am sahaja. Kalau ianya tipu maka tipu lah artikel ini.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Lebuhraya Jelapang

Rasanya ni bukan laluan balik ke kampung aku. Nasib baik. Hehe.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.