Rabu, 25 Julai 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


CERAMAH PEMBOHONGAN UMI HAFILDA <b>DI LENGGONG</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 11:25 PM PDT


P/S: INILAH WATAK PENGIKUT UMNO, MENJAJA KEBURUKAN ORANG LAIN DEMI MENDAPAT HABUAN YANG DIBAYAR UMNO....DEMI MENGEJAR NAMA DAN 'FULUS' SANGGUP MEMANGGIL MAHATHIR AYAHANDA, MENGAMPU UNTUK MENCARI TEMPAT DALAM PRU 13 NANTI, WATAK INILAH YANG BAKAL MENJADI WAKIL RAKYAT UMNO...SANGGUP MEMBUKA KAIN DIKHALAYAK...ORANG SEPERTI INILAH YANG SERING DILABEL SEBAGAI PEJUANG OLEH UMNO...DAH KERING DAH KENA JILAT...

PAKDOE ALLAN

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Rumah Banglo Satu Tingkat <b>Di Batu Gajah</b>, Perak | Coretan Anuar

Posted: 07 Jul 2012 10:48 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekarang ini saya berada di Batu Gajah Perak (rumah Ayah Mertua saya).. Sambil pergi meronda-ronda dekat Pekan Batu Gajah, ternampaklah iklan rumah Banglo satu tingkat yang  pernah menjadi idaman saya sebelum ini.. 
Pada kira-kira dua tahun yang lepas, saya dan isteri berharap sangat dapat memiliki Rumah Banglo Satu Tingkat Di Taman Desa Permai, Batu Gajah, Perak ini.. 



  • Single Storey Bangalow House
  • Keluasan Tanah 50 'x 80'
  • Jenis A (3 ruangan) - Build-up 1134 Kaki Persegi.
  • Jenis B (4 bilik) - Build-up 1251 Kaki Persegi.

  • Pembeli Mempunyai Pilihan Untuk Perubahan Reka Bentuk dan Susun Atur
  • Kualiti Bahan Bangunan & Design
  • Rekabentuk yang luas dan praktikal
  • lokasi yang strategik
  • Berhampiran dengan kemudahan Awam
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Pinjaman Sehingga 95% (Pemohon yang layak sahaja)
Taman Desa Permai, Batu Gajah terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan infrastruktur dan kemudahan awam seperti sekolah, kedai, pasar raya dan kemudahan sistem pengangkutan. Di samping itu, ia terletak berdekatan lebuh raya Ipoh-Lumut dan stesen keretapi komuter ke Rawang.


Dari stesen Keretapi ini, kita boleh menaiki keretapi express untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Masa perjalanan dari sini ke KL Central dengan menaiki keretapi Express cuma 2 jam sahaja.. 


Semasa saya berhasrat untuk membeli rumah ini, saya dan isteri bertugas di Mukah Sarawak.. Jadi, dengan adanya rumah ini secara tidak langsung akan memudahkan perjalanan kami dari Batu Gajah ke KLIA.. 


Dari Batu Gajah-KL Central (2 jam).. Dari KL Central-KLIA (tak sampai satu jam).. Total perjalanan ke KLIA cuma mengambil masa 2 jam setengah sahaja.. Berbanding 4 jam sekiranya menaiki kereta.. 

Bagi pendapat peribadi saya, rumah ini memang berbaloi untuk dimiliki, disebabkan harganya sangat berpatutan.. Ketika fasa 1 rumah ini dibangunkan, harganya cuma RM148,000 sahaja.. Pada ketika itu, bukannya senang nak dapatkan rumah Banglo satu tingkat dengan harga di bawah RM150K...



Ketika di peringkat pembinaan Fasa 1, saya berkesempatan melihat pembinaan tersebut dijalankan.. Saya dapati rumah ini dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat (warna merah)... Ini menunjukkan pemaju menjaga standard dan kualiti rumah-rumah yang mereka bangunkan di taman tersebut..



Gambar Rumah Banglo Satu Tingkat, Lot tengah


Apabila dah berminat.. saya pun telah membuat tempahan untuk membeli seunit rumah di taman tersebut.. Rumah yang kami tempah tersebut adalah rumah Lot Tepi untuk  pembangunan pada fasa yang ke 4.... Kebetulan pula pada ketika itu tinggal dua unit lot tepi sahaja yang masih ada.. Jadi kami telah menempah salah satu daripadanya.. 


Dapat Fasa ke 4 pun jadilah.. Asalkan berjaya mendapatkan rumah tersebut..;)


Masa tu saya fikir berbaloi membeli rumah banglo lot tepi ini disebabkan rumah yang saya ada sebelum ini adalah
rumah tengah.. Lagipun harga yang ditawarkan untuk rumah Lot tepi di  sini, bagi saya memang sangat berbaloi dengan keluasan tanah tambahan yang diberikan..  


Kalau tak silap saya, rumah Corner Lot yang telah kami tempah tersebut berharga RM178,000 untuk keluasan tanah dalam lingkungan 85' X 80'.. Iaitu berbeza sebanyak RM30K daripada harga "rumah tengah"..


Rumah di sini dibangunkan secara berperingkat, mengikut Fasa.. Apabila telah selesai pembangunan rumah untuk Fasa 1, pemaju akan membangunkan rumah pada Fasa yang ke 2, seterusnya Fasa ke 3 dan akhir sekali adalah Fasa yang Ke 4.. 


Jadi pihak pemaju memberitahu saya, supaya menunggu kira-kira 2 tahun sehingga tiba giliran membangunkan rumah untuk Fasa yang ke 4..


Setelah dua tahun berlalu, pemaju baru sempat untuk membangunkan rumah ada Fasa yang ke 3.. Sedangkan harga rumah Banglo satu tingkat ini telah dinaikkan sebanyak RM20k..


Harga "Rumah tengah" telah dinaikkan kepada RM168,800




Sebelum ini rumah Banglo tersebut berharga RM148,800.. Tapi sekarang harga rumah Banglo tersebut telah menjadi RM168,800.. 


Ini merupakan harga untuk "rumah tengah".. Harga untuk rumah Lot tepi saya tidak pasti pula berapa.. Saya menjangkakan harga rumah lot tepi tersebut tentu boleh mencecah sehingga RM200,000.. huhuhu.. 


Saya rasa agak terkilan juga di atas peningkatan harga rumah tersebut.. Rasa terkilan disebabkan tidak berjaya membelinya pada harga dua tahun yang lepas.. 


Nak buat macamana, dah terpaksa menunggu giliran.. Dan saya percaya apabila Fasa ke 4 dibangunkan nanti, berkemungkinan besar harga rumah Banglo satu tingkat ini akan naik lagi..


Jadi saya memohon pendapat daripada anda.. 


Adakah wajar saya membeli Rumah Banglo satu tingkat tersebut (Lot tepi), sekiranya harganya melebihi RM220K?


Ps: Lepas ni saya dah tak sanggup untuk membeli rumah baru.. Jadi mulai sekarang saya kena belajar dengan AbangEnsem macamana nak beli rumah terpakai..


Pss: Apa agaknya yang sedang berlaku di antara Eyriqazz Vs Denaihati

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas <b>Kuala Kurau</b> Perak <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 07:08 AM PDT

Publish date: May 7, 2012 2:08 pm
Contact Name: Pn Hjh Siti Sehah / Tn Hj Bakri
Price: RM200
Region: Perak
Location: Kampung Parit Abas,Kuala Kurau,Perak
Phone: 60122853237 / 0175755230
Tags: , ,

Rumah Untuk Disewa-Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak-kawasan kampung rumah batu di Kampung Parit Abas Kuala Kurau Perak
Tuan Rumah: Melayu, Ada 2 bilik dan 1 bilik air. Mempunyai ruang tamu yang luas.
Dari luar jalan utama/besar hanya 500meter. Dekat pekan, dekat bank BSN dan RHB, dekat sekolah rendah kuala kurau, dekat masjid kuala kurau, Kedai-kedai pakaian, barang runcit dan pasar pagi/malam
Disekitar rumah- dekat surau 15m, dekat kedai runcit 10m, kedai jeruk 15m, kedai ikan masin 15m dan rumah jiran-jiran berdekatan.
Kuala Kurau merupakan kawasan berdekatan laut dan berdekatan dengan pusat pelancongan iaitu kuala gula.

Berminat-hubungi segera Pn Hajah Siti Sehah 60122853237 / Tn Hj Bakri 0175755230

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Selasa, 24 Julai 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


SERABUT...: Ronda <b>di Pangkor</b>

Posted: 12 Jun 2012 11:52 PM PDT

Pangkor Island / Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.

Nota keyboard: 2 hari 1 malam rasanya tak cukup untuk menikmati keindahan pulau ni, lebih-lebih lagi bila drive dari JB ke Lumut pergi dan balik...hmmmm penat woooo so tak dapat nak cerita banyak :D

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Sektor Hartanah <b>Di Ipoh</b> Tidak Ketinggalan, Semakin Berkembang <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 10:39 PM PDT

Kerajaan Perak akan memastikan pembangunan sektor hartanah di bandar raya Ipoh dapat diseimbangkan dengan harga bersesuaian yang mengikut pasaran dan kemampuan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberitahu bahawa apa yang kerajaan laksanakan adalah untuk memastikan supaya sektor hartanah terus meningkat dan masih dapat mengekalkan harga berdasarkan kemampuan rakyat.

"Sektor hartanah di Ipoh tidak ketinggalan sebenarnya malah harga hartanah di bandar raya ini semakin meningkat.

"Walaupun hasrat kerajaan untuk terus mengembangkan sektor hartanah, namun  kita akan pastikan harga itu tidak terus keterlaluan kerana salah satu faktor rangsangan dan faktor permintaan bergantung kepada aspek harga suasana.

"Atas sebab itu kita kena mengimbangkan antara permintaan dengan harga kerana bagi kita apa yang paling penting adalah harga yang berpatutan dan juga bilangan rumah ataupun hartanah yang dapat diwujudkan," katanya.

Dalam pada itu, sebagai bukti pembangunan pesat dalam sektor terbabit menurut Zambry, permintaan hartanah kawasan utara Perak dilihat semakin berkembang berdasarkan permohonan tanah di sekitar Parit Buntar penuh.

Katanya lagi, iklim permintaan terhadap sektor hartanah di kawasan sempadan Perak terutama Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai semakin tinggi.

"Saya ingin maklumkan bahawa pemohonan tanah di Parit Buntar sudah tidak ada maksudnya tanah milik kerajaan negeri sendiri sudah tiada berikutan permintaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan ini begitu tinggi sekali.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan wujudnya permintaan di atas setiap pengeluaran dalam industri hartanah dalam usaha untuk mengelak dari berlakunya ketirisan," katanya ketika hadir di Majlis Penyempurnaan Pembinaan Struktut Bangunan The Haven pagi tadi.

Pembinaan Kondominium Mewah, The Haven dibina di Ipoh dengan berkonsepkan hotel bertaraf lima bintang.

Terletak di seberang Tasik Rockhaven, tersergam tiga blok bangunan kondominium The Haven Lakeside Residence yang menjadi saksi keindahan alam semula jadi.

Suasana damai memang dapat dirasakan sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kawasan kediaman elit setinggi 26 tingkat ini.

Tiga blok yang dibina pula seakan-akan mengepung tasik bekas lombong dengan sebuah tugu batu kapur setinggi 56 meter berusia 280 juta tahun di pinggir tasik.

Projek yang dimajukan oleh Superboom Project Sdn. Bhd itu menelan belanja RM270 juta itu bakal siap pada tahun 2013 ini menawarkan 497 unit kediaman eksklusif yang dilimpahi dengan gaya hidup mewah.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Warga emas meninggal dunia dalam samun <b>di Kuala Kangsar</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 11:19 AM PDT

KUALA KANGSAR: Seorang warga emas ditemui mati dengan kedua-dua tangannya diikat selepas disamun empat lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Seri Melati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa Mohamad Ali Samsuddin, 61, ditemui mati di rumahnya dalam kejadian samun pada jam 3.30 pagi tadi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Ghaffar berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu baru sampai di rumah selepas selesai menguruskan perniagaan pasar mini mereka yang terletak 3 km dari rumah mereka.

Tiba-tiba, empat lelaki menyerbu masuk lalu mengikat mangsa, tetapi isterinya Rajiah Kamaruddin, 62, sempat menyelamatkan diri dengan meminta bantuan penduduk berhampiran menghubungi polis, katanya.

Katanya polis yang mendapat laporan berhubung kejadian itu dapat menangkap seorang lelaki berumur 47 tahun di rumah tersebut.

Mangsa ditemui rebah di lantai dan didapati sudah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya terikat dengan kesan cedera di bawah dagunya.
Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun itu.

Beliau berkata, lima jam kemudian polis memberkas dua lagi lelaki berumur 30-an di pekan Kuala Kangsar, manakala seorang lagi lelaki menghilangkan diri.

Pasangan suami isteri itu turut kehilangan barang kemas bernilai RM20,000 yang dilarikan oleh seorang lelaki yang masih menghilangkan diri.

- BERNAMA

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Allied Health Science <b>Bukit Merah</b> School | Best pharmacy - best life

Posted: 20 Jul 2012 09:31 AM PDT

July 20th, 2012    Posted by: admin

allied health science bukit merah school

22 Apr 2012 action of hytrin terazosin hytrin url allied health science bukit merah school

CONSIDERING A CAREER IN NURSING We OfferDiploma in NursingLAN KN 6533Duration 3 years course Intake Starting in May 2008 Entry Requirements Male Female

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Nizar dinasihat jangan bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Bukit Gantang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2012 02:00 AM PDT

IPOH - Mohammad Nizar Jamaluddin dinasihatkan supaya melupakan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata adalah lebih baik mantan Menteri Besar Pakatan itu berbuat demikian berikutan adanya 'petanda' dan isyarat yang menunjukkan sokongan terhadap Nizar sudah beralih arah.

Katanya ramai pengundi yang dahulunya mengundi Nizar kini mengembalikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

"Lupakanlah, sia-sia saja dia bertanding..rakyat sudah tahu tembelang dia'' katanya kepada media di majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, petang tadi.

Rosli yang juga ADUN Trong berkata, perubahan sokongan itu dapat dilihat apabila ramai penyokong pembangkang khususnya PAS sudah mulai menemui beliau dan mengikrarkan sokongan kepadanya.

Menurut beliau, ramai penyokong tegar PAS dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang menyatakan kekesalan mereka kerana menyokong Nizar kerana banyak janji yang dibuat langsung tidak dapat ditunaikan.

"Nizar adalah pemimpin yang suka berceramah daripada mengutamakan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat,'' kata Rosli.

Beliau menceritakan bagaimana dalam dua insiden dimana dua penyokong tegar PAS berpatah hati kerana tidak diberikan pembelaan .

Dalam insiden pertama, seorang wanita penyokong PAS telah datang mengadu masalah penyakit kulit yang dihidapi anaknya, katanya.

Menurut beliau, berikutan pengaduan itu dia telah menyelesaikan masalah wanita berkenaan dengan mambawa anaknya mendapatkan rawatan perubatan dihospital pakar, Ipoh.

Katanya lagi, dalam insiden kedua seorang penyokong tegar berbangsa India meluahkan rasa kecewa dengan janji yang tidak ditunaikan PAS dengan memberi jaminan untuk menyokong BN di masa akan datang.

Ditanya mengenai ceramah ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Taman Damai dalam Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini, Rosli berkata, jika dibandingkan dengan program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah diadakan di sini tidak lama dulu ternyata tidak ramai orang yang datang.

"Orang dari luar kawasan Parlimen Bukit Gantang dilihat lebih ramai yang datang mendengar ceramah Anwar ,'' katanya.

Menurut Dato' Rosli lagi, tidak ada perkara baru yang dicakapkan oleh Anwar Ibrahim, asyik-asyik menabur janji seolah-olah 'bulan akan jatuh keriba'.

"Dia berjanji jika pakatan pembangkang memerintah, harga barang-barang akan diturunkan, yang turun hanya buah kelapa sahaja dan ini adalah realiti pasaran,'' ujarnya. - PerakNews

Isnin, 23 Julai 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Indahnya <b><b>di Lekir</b></b>... - ~ ...MYSharil...I Shoot Photo and I Write <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 05:11 AM PST

Indahnya di Lekir...

Gambar ini aku rakamkan pade jam 7 malam di batu 11 Lekir Sitiawan...da hampir 7 tahun aku menetap di manjung, rupenya banyak lokasi yang menarik dan indah untuk dinikmati dari aspek dunia fotografi...

shiloute

Pemandangan Senja Sunset di Batu 11 Lekir

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Berseronok Ronok <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b> | blog saye ade macam awak <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 06:32 AM PDT


Assalamualikum..^^

aku tahu entry ni bakal terkujatkan  jari jemari. hahhakk  beku, keras, dan kejungg.. yela.. da lama tak buat entry. secara lansunggnya memang da lama tak update blog.^^

rindunya nak laga lagakan jari jemari atas keyboard ni. berebut tak tau nak picit  hurup mana satu. hee.. jahat jahat!

aku tahu time aku gi Pangkor ni dah lama da.bulan jun. lama dah kan^^ hehe tapi aku gigih jugak nak cerita kat korang. hehe. ni la yang dinamakan "agi hidup agi ngelaban" eh?

sudah sudah.. nak teruskan cerita aku ni.. tapi korang kena pegang dagu. atau garu la kepala tu. takot takot aku cerita ni korang tak paham. sebab aku ni jenis taip entry tak da preview ke baca balik. aahha tak da tapis tapis. standby ye tangan kat dagu  atau kepala. atau anggota yang patut terlibat je.-.-'

aku bercuti pun bukan la..seorang je. hehe dengan kawan kawan. yang semuanya duduk perak. aku ni je yang duduk kat johor. betul betul travel tak hingat mak ayah kat kampung, ngehehhe. tapi aku dah mintak izin tau. mak dan ayah siap hantar aku kat stesen bas lagi. siap mintak restu tau.-.-'

sampai sampai kat sana aku buat senamerobik sikit. haha tetibe je kan. yela. nak longgar longgarkan otot yang ketat dok tido makan tido makan balik dlaam bas tu dekat 8jam. aku tak tahula ape yang lama sangat. yang aku pelik tu masa balik cepat pulak aku sampai. 5 jam je dah sampai.

tapi masa nak pergi perak tu. pakcik bawak bas tu belanja aku makan. aishhh malunya... tapi makan jugek~~.alhamdulillah jimat sikit duit. boleh shopping lebih kat perak nanti^^

sampai je dekat Medan gopeng aku makan. lapar gila ok. makan sweet corn pun ok gak sambil tunggu kawan kawan sampai jemput untuk pergi terus ke Bota umah kawan yang lagi satu.. hehe. malam tu bermalam kat umah dia.. terima kasih sudi bagi tumpang tido ye^^\


keesokkan harinya.. bangun awal gila. bangun maksud aku celik mata je tapi golek golek lagi atas tilam toto.. eehhe ni semuanya akibat tak lena nak tido sebab tak sabar sabar nak sampai pangkor^^. aku ingat aku sorang je macam tu. tapi semua kawan kawan pun macam tu jugekkk~ heheh

pagi tu semua dah siap sedia da. tak sabar nak pergi pangkor. 




tiba je kat pangkor terus beli tiket cuma RM10 je feri dan balik.murahh je ingatkan mahal sangat. heee

petang tu terus plan nak pergi snorkling. walaupun masa tu ada yang bagi harga mahal. tapi bila ada harga lagi murah. kitorang grab la cepat cepat^^RM15 je. siap jalan jalan peri pulau kasih sayang la, pulau kacau daun la. aaahhha beach boy tu pandai buat  cerita-.- tapi still seronok  ^^

snorkling???? tak pernahh pun!! excited giler.. sawan laut da sampai. aa

sampai ke lewat petang, dapat tengok sunset^^

  time snorkling ni best giler tak sangka dapat ,merasa pengalaman seperti ini. eehhe^^

 jalan jalan kat tepi pantai waktu malam memang  best tau^^ sejuk je rasa^^

  malam tu kitorang  makan.. ikan siakap dengan tomyam dan nasi puteh.makan laici kang  dan ABC. memang  ngam!!

 setelah aku cerita semua ni kat korangg.. aku masih tak percaya yang aku da sampai da kat Pangkor tu.waaaaaaaa siyezz akirnya dapat jugak oliday denan kawan kawan.. siyez best^^

bila da sampai pantai,pulau dan pangkor. ehhe meman tak sah kalau tak amek  gambar kan. lai best pada waktu pagi^^













.gamabar last sebelum meninggalkan bumi pangkor. hhee gelak besar dengan beach boy ni. memang nak dijadikan rezeki. dia belanja kitorang makan pagi tu^^
dah la semalam petang penat ajar aku snorkling dengan berenang sampai pandai. tapi tak pandai pandai.akibat kebebalan yang terlalu tebal-.-"
\

seronok travel dan jalan jalan ke negeri orang tau^^ nasib baik la ade kawan yan duduk dekat Perak.dapat la menumpan tidor. thanks pada kawan kawan yang baik hati sudi menumpangkan aku tidor selama aku 5 ari kat sana.^^mmmuaahhhhh

korang jom la pergi sana. best!!!!!!!!!!!!
nak g ajak aku tau^^ hehe

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


NiteDrEaMingOfLiFe: CUti-cuti <b>di LUMUT</b>

Posted: 19 Jul 2012 09:07 AM PDT

Assalamualaikum :)

Baru-baru nie Shiety pergi LUMUT :)
Saja nak share ngan korang ...
Gambar-gambar teristimewa di LUMUT ..
Marilah tengok ea >>>>










































































Saja Shiety selitkan gmba shiety ..
untuk kenangan jugakkan :) kekkee


Klik NAK BACA LAGI utk artikel full... thanks for reading ! Do drop some comments!

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


misbahul munir: HIMPUNAN HIJAU KE 2 <b>DI TELUK INTAN</b>

Posted: 23 Jul 2012 06:09 PM PDT

Himpunan Hijau ke 2 akan diadakan sempena Sambutan Badr Al Kubra PAS Negeri Perak yang akan diadakan di Kg. Bahagia, Teluk Intan pada 05 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan.

Tarikh tersebut dipilih sempena malam nuzul Quran dan keesokannya pula tarik Perang Badar.

 YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan turun dalam program tersebut. Program yang lebih bersifat menaikkan semangat  dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS dijangka dihadiri ribuan penyokong PAS seluruh Perak khususnya sebelah Selatan. 

Pada program tersebut juga beberapa bekas pegawai kerajaan akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Tuan Guru dan orang ramai.  

Program bermula buka puasa, dikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih. Datuk Seri Presiden pula akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Perak yang hadir selepas Solat Sunat Tarawih. Turut juga akan menyampaikan ucapan malam itu ialah YB Datuk Seri Ir Hj Nizar dan PJ Perak.


Setiap tahun PAS Perak malahan PAS Pusat anjurkan majlis memperingati Perang Badar dengan tujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh Islam yang kuantitinya lebih ramai. Semangat inilah yang perlu diambil, dengan jumlah yang minoriti tetapi berbekalkan iman, jihad, pengorbanan dan ukhuwah berjaya menewaskan jumlah musuh yang jauh lebih ramai dan siap dengan perlengkapan senjata.

Orang ramai tidak wajar melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama Presiden dan seterusnya mendengar amanatnya.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


HOK SENGOTI: BUFFET RAMADHAN TERBESAR <b>DI IPOH</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2012 07:33 AM PDT

Ingin menikmati buffet Ramadhan terbesar dan murah di Ipoh? De' Polo Cafe Lan's Catering menyediakan perkhidmatan buffet Ramadhan terbesar di Ipoh untuk Ramadhan tahun 2012/1433 H ini. De' polo Cafe Lan's Catering ini terletak bersebelahan padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz ataupun lebih popular dengan panggilan Padang Polo.
Harga yang ditawarkan ialah untuk DEWASA RM 24.90, manakala Kanak-kanak RM 14.90. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, adalah percuma. Untuk menempah, Lan's Catering boleh dihubungi melalui  talian 05-3120515, 018-5899767, 016-5688229 ataupun 019-5087767. 
DI sini juga disediakan kemudahan surau yang selesa serta beberapa gerai pakain dan perabut. Selamat mengunjungi Buffet Ramadhan Terbesar di Ipoh.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


UMNO Bahagian Parit Serah Kepada Presiden Tentukan Calon <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 11:08 PM PDT

UMNO Bahagian Parit memberi kuasa penuh kepada Presiden parti untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, berkata keputusan itu selaras dengan usul sebulat suara yang dibahaskan dalam mesyuarat perwakilan Bahagian Parit yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, dekat Parit petang, semalam.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi memastikan semua calon yang dikemukakan bagi mewakili BN di Parlimen Parit, Bota dan Belanja menang besar mengalahkan calon pembangkang.

"Kita harus mencari cara yang terbaik bagi memenangi ketiga-tiga kerusi di Parlimen Parit pada PRU13 akan datang.

"Justeru, UMNO Bahagian Parit memberikan kuasa mutlak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menentukan calon di ketiga-tiga kerusi dalam kawasan Parlimen Parit.

"Kita akan akur terhadap pilihan pucuk pimpinan tertinggi parti dan berikrar akan memastikan semua calon berkenaan menang di kerusi yang dipertandingkan nanti," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia.

Turut hadir Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Bota, Nasaruddin Hashim; Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit, Asmah Laily Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed.

Menurutnya, UMNO Bahagian Parit tidak mahu lagi kejadian dahulu (bertukar kerajaan) berlaku lagi di Perak dan berazam untuk terus mempertahankan kerusi yang dimenangi BN.- Noraini Mahamad

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Sejarah – <b>Chemor</b> | The Best Offer, Deals & Discounts

Posted: 24 Mar 2011 01:02 AM PDT

Pekan Chemor terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak.

Bandar yang berhampiran ialah Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Ipoh.

Ramai orang Sumatra, Indonesia tinggal di sini. Beberapa keluarga Tun Adam Malik, bekas Menteri Luar Indonesia berada di sini. Peranan beliau cukup signifikan dalam menamatkan Konfratasi Malaysia-Indonesia.

Sekitar tahun 70′an, banyak terdapat lombong bijih timah di Chemor. Chemor juga terkenal dengan tanaman ubi kayu sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu. Selain bijih, pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting bagi penduduk Chemor ketika itu. Disepajang jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini telah bertukar kepada kilang, pussat perniagaan dan taman perumahan.

Penternakan Khinzir juga banyak terdapat pada masa dahulu, sehingga timbul cerita yang mengaitkan asal nama Chemor diambil dari bahasa cina 'Che-Mo' yang bermakna 'bulu khinzir'. Oleh itu orang cina tidak menggunakan nama Chemor sebaliknya menggunakan panggilan 'Che-Bo' yang bermaksud permata.

Kebanyakan taman perumahan baru disekitar pekan Chemor, Kuala Kuang, Tanah Hitam ketika ini, dahulunya adalah merupakan bekas-bekas ladang sayur dan kandang khinzir.

Pada pertengahan tahun 80′an kilang-kilang perusahan telah mula bertapak di Chemor terutamanya di kawasan Klebang dan Khantan Baru.

Sehingga awal 80′an , Chemor tersenarai sebagai salah satu kawasan hitam di Malaysia. Beberapa pos kawalan tentera ditempatkan di sekitar jalan keluar masuk ke Chemor, salah satu pos terletak di Kampung Che' Zainal iaitu di simpang jalan ke Tanah Hitam dan Ulu Chemor.Operasi memburu pengganas komunis kerap dilakukan di ladang getah dan bukit-bukau sekitar Chemor. Waktu itu penduduk Chemor pernah beberapa kali mengalami perintah berkurung. Konvoi-konvoi kenderaan tentera melalui pekan Chemor, kampung Che Zainal ke Ulu Kuang atau Tanjung Rambutan adalah pemandangan biasa bagi penduduk kampung dan mendapat sorakan daripada kanak-kanak ketika itu. Budak-budak kampung yang tinggal berdekatan dengan pos kawalan juga sering lepak di pos dan mendapat hadiah resen.

Sekolah Rendah Kebangsan Hj. Mahmud Chemor pada masa lalu dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Chemor, manakala Sekolah Menengah Aminuddin Baki Chemor, sekolah menengah tunggal di Chemor pada ketika itu mengambil nama tokoh pendidikan negara Allahyarham Aminuddin Baki yang berasal dari Chemor. Sehingga tahun 1984 sekolah ini tidak mempunyai aliran sains, pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (Tingkatan 3) terpaksa berhijrah ke sekolah lain seperti sekolah menengah Raja Chulan Ipoh dan sekolah-sekolah lain di Ipoh.

Sumber Wikipedia, ensiklopedia bebas
Carian Google wikipedia.org chemor