Selasa, 18 September 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA <b>NEGERI PERAK</b> SIRI-2

Posted: 17 Sep 2012 05:05 AM PDT

Hampir seminggu Pakatan tidak dapat menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.
Saya selaku pengundi di negeri Perak merasa sangat marah dan benci dengan apa yang berlaku. Saya tidak menyangka ketiga tiga Adun ini sanggup 'menjual tubuh' mereka kepada BN.Majoriti rakyat negeri Perak sangat marah dengan  apa yang berlaku.Kerajaan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan angkuhnya oleh BN. Semua orang tahu Najib Dan Zaid Hamidi adalah 'Master Plan' disebalik rampasan kuasa terancang ini. Oleh sebab itu, dua watak ini menjadi watak yang paling dibenci pada ketika itu.
Pada waktu itu,seluruh rakyat Malaysia berduka. Namun BN gembira. Mereka gembira dengan kuasa. Sejarah tercatat kerana 3 Adun Pakatan yang hilang seminggu rupa rupanya berpakat dengan Najib untuk menumbangkan kerajaan sah di Perak.Entah berapa juta bayaran yang mungkin mereka terima.Inilah yang menjadi kepercayaan ramai orang, iaitu mereka dibeli. Dato Nasaruddin Hashim yang sudah masuk PKR dilihat juga kembali ke pangkuan BN. Pelik sungguh. Entah dimana harga diri mereka. Sanggup mereka mengkhianati pengundi pengundi mereka.Saya yakin ke empat empat Adun ini akan dihukum oleh rakyat diatas pengkhianatan besar yang mereka lakukan. Mereka sudah tidak ada masa depan dalam politik Perak.
Perak terus dilanda kebingungan. Kini BN ada 28 kerusi. Pakatan juga 28 kerusi. 3 lagi Adun adalah adun bebas. Jadi siapa sebenarnya memiliki majoriti di Perak?ketiga tiga Adun PR yang melompat itu sebenarnya sudah membuat perjanjian bertulis bahawa sekiranya mereka lompat parti,maka kerusi dun mereka akan kosong secara automatik.Maka speaker pun mengeluarkan notis kekosongan 3 kerusi Dun iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kepada SPR. Namun SPR dengan bodohnya membantah. Mereka mendakwa tiada kekosongan berlaku. Pakar undang undang merasa pelik, bagaimana SPR boleh mengatasi suara speaker dewan?Tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya. Tapi kini SPR sudah canggih. Maka isu ini kini dibawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat.
Seterusnya Kenapa BN mengambil 2 orang bekas EXCO bermasalah ini?adakah demi kuasa , BN sanggup mengutip sampah sarap dari luar?Ramai orang melihat 2 orang bekas EXCO ini sanggup melompat parti kerana ingin mengelakkan hukuman mahkamah ke atas dakwaaan rasuah  mereka. mereka mungkin tidak ada cara lain. hanya BN mungkin yang bisa menyelamatkan mereka. Rakyat Malaysia tertanya tanya, sejak mereka melompat menjadi Wakil Bebas, perbicaraan kes mereka tidak lagi kedengaran. tidak seperti dulu,sentiasa mendapat liputan meluas.Entah apa sudah jadi kita pun tak tahu. Mungkin hakim pun dah buat buat lupa. Hee Yit Foong pula keluar parti kerana masalah peribadi. Kononnya tidak puas hati.Beliau keluar kerana agenda peribadi yang tidak dapat ditunaikan.
Nizar merayu untuk membubarkan Dun. Namun Sultan menolak. Sultan terus melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan masih banyak perkara yang masih menjadi persoalan. Pertama, Tiada undi tidak percaya terhadap nizar di sidang dun. Justeru Nizar kekal sebagai menteri besar selagi undi tidak percaya tidak dilakukan. Kedua, status ketiga tiga adun yang melompat juga masih kabur. Speaker sudah mengosongkan kerusi mereka,namun SPR menolak padahal ini adalah kuasa mutlak speaker untuk menentukan kekosongan mana mana kerusi. Semuanya kalut. Maka Nizar pun membawa kes ini ke mahkamah bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.
Mulanya rakyat marah kepada BN. Kini rakyat kecewa pula dengan istana. BN dilihat cuba berselindung dibalik istana. Nizar pula digelar derhaka kepada Sultan kerana tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Padahal Nizar bertindak mengikut undang undang. Propaganda Nizar sebagai penderhaka raja,boneka DAP terus dimainkan bagi membuatkan rakyat benci kepada Nizar. Namun BN silap. Liputan meluas terhadap Nizar mengharumkan lagi nama beliau diseluruh negara. Secara tiba tiba Nizar menjadi popular. Rakyat Malaysia bersimpati dan sayang kepada beliau. Kini beliau muncul sebagai icon baru bagi PAS.Kemana saja beliau pergi, beliau akan disambut ribuan umat manusia yang ingin melihat beliau dari dekat.
Pakatan Rakyat berjaya mencuit sentimen rakyat. Rakyat benci BN.Rakyat Perak nyata terus bersama Nizar. Nizar berkali kali mendesak untuk membubarkan Dun. Serahkan semula mandat memilih kepada rakyat,bukan mahkamah. namun BN enggan. BN takut. Tun Dr Mahathir sendiri meramalkan BN bakal 'kalah teruk' sekiranya pilihanraya mengejut dibuat di Perak. Jadi BN akan cuba mengelakkannya dengan apa cara sekalipun

Sambutan Hari Malaysia Ke-49 Peringkat <b>Negeri Perak</b> Disambut <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 09:01 AM PDT

Lebih 20,000 hadirin daripada pelbagai lapisan masyarakat meraikan Sambutan Hari Malaysia ke-49 peringkat negeri Perak yang disambut penuh gilang gemilang di Dataran Ipoh, malam tadi.

Bertemakan "Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera", sambutan tersebut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama-sama isteri kira-kira jam 9.30 malam.

Turut hadir ke majlis sambutan itu ialah  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan, barisan Exco, Pegawai-pegawai Daerah serta tetamu kehormat yang lain.

Acara dimulakan dengan 'final touch up' yang dilakukan oleh Menteri Besar di mural yang disediakan oleh 20 pelajar dari Kolej Cosmopoint yang dinamakan Mural 1 Malaysia sebagai gimik perasmian.

Zambry ketika berucap menjelaskan ribuan tetamu yang hadir pada majlis sambutan itu merupakan penterjemahan kepada semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

"Kita datang tidak kira dari jauh mahupun dekat untuk membuktikan semangat cintakan negara dan sebagai bukti buat kita sebahagian rakyat bukan sahaja di Semenanjung malah di bumi Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, penubuhan Malaysia 49 tahun yang lalu merupakan usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang besar.

"Jika dahulu kita dilingkungi bangsa-bangsa di Semenanjung, namun kita mempunyai bangsa unik, majmuk daripada pelbagai kaum dan etnik seperti Kadazan, Dusun, Iban yang menunjukkan Malaysia kaya dengan khazanah budaya," jelasnya.

Pada majlis malam itu, hadirin telah dihiburkan dengan deklamasi puisi bertajuk Keranamu Malaysia karya Ahmad Sarju yang disampaikan oleh Azmi Ismail, Samantha dan Vineswary sebagai mewakili tiga kaum utama di Malaysia.

Pasukan pancaragam Wind Orchestra dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) turut tidak ketinggalan mendendangkan 2 buah lagu medley serta sebuah lagu daripada tema filem Pirates of the Carribean.

Selain itu, beliau turut berkesempatan melancarkan aplikasi pintar Jom Terokai Perak yang merupakan inisiatif KPerak dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Perak 2012.

Merupakan aplikasi pertama di Malaysia, ia bertujuan untuk memudahkan pelancong untuk menemui tempat-tempat menarik dengan mudah dan pantas.

Zambry juga turut menyempurnakan majlis penutup Perak Art Festival yang diadakan pada 14 September lalu.

MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA <b>NEGERI</b> PERAKSIRI-1

Posted: 16 Sep 2012 04:54 AM PDT

Pilihanraya umum 8 mac 2008 menjadi saksi tumbangnya Negeri Perak ke tangan pembangkang. Di samping negeri Perak, negeri Pulau Pinang,Kedah dan Selangor turut berjaya dirampas oleh Pakatan Pembangkang. Manakala PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan kemenangan yang lebih besar.
pada PRU ke-11 pada tahun 2004, Barisan Nasional menang 52 kerusi Dun manakala pembangkang 7 sahaja .Pada PRU ke-13 , Perak dilanda tsunami politik. BN hanya mampu bertahan di 28 kerusi Dun sahaja. Manaka PAS menang 6, PKR 7 dan DAP menang 18 kerusi. Lalu kerajaan campuran PKR-PAS-DAP ditabalkan. Dato Seri Nizar Jamaludin dari PAS dilantik sebagai Menteri Besar.
Memerintah dengan majoriti tipis (beza 3 kerusi) adalah sangat berbahaya. Kerajaan sebegini terdedah dengan pelbagai dugaan. Pihak lawan akan sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan dengan pelbagai cara. Memandangkan pembangkang baru sahaja memegang kuasa, jadi ada diantara mereka yang tidak kuat ketahanan diri. Jadi ada yang mudah diperangkap dan dibeli. Siapa yang tidak kelabu mata jika ditawar wang berjuta juta?Wakil rakyat PAS di Kelantan selalu dirayu dengan wang. Pernah seguni wang dibawa datang kerumah. Namun kerana kekuatan iman dan roh perjuangan, PAS berjaya bertahan sebagai kerajaan walaupun hanya dengan majoriti satu kerusi!
Kerajaan Nizar diserang bertubi tubi. Beliau dikritik disana sini. Tuduhan beliau sebagai boneka DAP adalah biasa didengar. Kritikan ke atas pembelian kereta camry dibuat sehebat hebatnya walaupun Nizar sudah memberi penjelasan yang logik tentang itu. Tapi kita tahu itu semua kritikan politik. Kenapa politik? sebab tidak ada siapapun yang mengkritik kerajaan Sarawak dibawah BN walaupun mereka menggunakan kereta Volvo,Roll Royce yang nyata lebih mahal dan membazir.
Akhirnya kerajaan Nizar disentak dengan penahanan dua orang EXCO kononnya terlibat dengan rasuah dan habuan seks. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi (PKR-Behrang) dituduh rasuah bersabit projek perumahan bernilai ratusan juta ringgit di Bandar Seri Iskandar. Mereka diperangkap dan mereka terpaksa mengaku kerana bukti bukti sudah ada. SPRM sudah ada bukti kukuh termasuk rakaman perbuatan mereka.Maka sejak itu mereka mula naik turun mahkamah. Nizar mula diasak disana sini berhubung kedua dua EXCO tersebut. Mereka mendesak agar EXCO tersebut dilucutkan jawatan. Namun Nizar berpendapat jawatan mereka akan terlucut sekiranya mahkamah mensabitkan mereka bersalah kelak.
Semenjak itu bermulalah isu lompat parti di Perak. BN mendakwa sebilangan adun Pakatan bakal menyeberang menyertai mereka. Nizar pula membuat kenyataan yang sama bahawa beberapa Adun BN sudah memberi isyarat untuk menyeberang ke Pakatan. Serangan psikologi semakin sengit dan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. Akhirnya secara tiba tiba Dato  Nasarudin Hashim (BN-Bota) mengumumkan keluar parti untuk bersama sama dengan PKR kerana hilang kepercayaan dengan Barisan Nasional. Negara terkejut. BN tergamam. Satu ceramah besar besaran di adakan di Bota dimana Dato Nasarudin sendiri berucap menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.
Seminggu sesudah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang menyaksikan kemenangan besar PAS, Negeri Perak dikejutkan dengan kehilangan 2 EXCO yang sedang berdepan kes mahkamah. Isteri mereka menangis dan mengadu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka gagal dihubungi meskipun melalui SMS. Mereka hilang hampir seminggu tanpa khabar berita. Ini diburukkan lagi dengan ghaibnya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang). Negeri Perak terus berkocak. Kerajaan Nizar dalam bahaya. Ramai wartawan bertanya adakah Nizar akan membubarkan DUN bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Nizat tetap yakin bahawa kerajaannya masih kukuh untuk terus memerintah.
BERSAMBUNG. NANTIKAN SIRI KE-2

07 di kuala kurau - Google Blog Search

Isnin, 17 September 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Senarai Homestay <b>di Seri Iskandar</b> Perak | Coretan Anuar

Posted: 16 Sep 2012 09:59 PM PDT

Pada ketika ini ramai orang sedang mencari Senarai Homestay di Seri Iskandar Perak disebabkan Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan mengadakan Konvokesyen ke 12 pada 21 Oktober 2012..
Walaupun kedudukan Pak Ya Homestay terletak kira-kira 13 KM dari UTP, tetapi Pak Ya Homestay turut terkena tempiasnya.. Ada sahaja panggilan telefon kami terima berhajat  untuk menyewa Pak Ya homestay.. 


Seperti kebiasaannya kami mengamalkan konsep "First Come, First Serve".. Jadi secara rasminya Pak Ya Homestay telah pun mendapat tempahan sehari sebelum majlis konvokesyen tersebut berlangsung iaitu pada 20 Oktober 2012..
Ramai pemanggil yang kecewa apabila mengetahui berita tersebut.. Tapi nak buat macamana, Saya hanya memiliki sebuah Homestay sahaja.. Apabila Homestay tersebut telah di tempah, kira dah tak ada rezeki untuk pemanggil yang seterusnya..
Untuk tidak menghampakan para pemanggil yang bertanyakan tentang Homestay kepada ayah mertua saya.. Jadi, disini saya senaraikan beberapa pemilik Homestay di Sekitar Seri Iskandar yang boleh anda hubungi..
Manalah tahu ada rezeki anda untuk mendapatkan tempat penginapan untuk menghadiri majlis Konvokesyen tersebut nanti.. 
2. SERI ISKANDAR HOMESTAY


  • RM 120.00 SEMALAM (BOLEH RUNDING)
  • KESELESAAN MENGINAP KETIKA MELAWAT ANAK DI IPTA/IPTS, UTP, UITM,KPM,IKBN SERI ISKANDAR
  • ROMBONGAN PENGANTIN DI KAWASAN PERAK TENGAH


KEMUDAHAN:
  • 2 BILIK - 1 KATIL KELAMIN BERHAWA DINGIN), 2 KATIL
  • BUJANG (KIPAS)
  • TV
  • WI-FI
  • DAPUR YANG LENGKAP
  • MESIN BASUH
  • PETI AIS
  • TOASTER

HUBUNGI : ZAMAL 019 - 5591881

3. HOMESTAY BANDAR UNIVERSITI SERI ISKANDAR





  • Sewaan Harian: RM 140
  • Area: Bota
  • Size: 1400 sq.ft.
  • Bedrooms: 3
  • Bathroom: 2
  • Furnished: Fully furnished
  • Property Type: Single storey
  • Rumah teres 3 bilik berkonsepkan Homestay
  • Terletak Di No.36, Jalan Bandar U 33, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Bota, Perak. 



Berdekatan dengan UiTM, UTP, IKBN, SMKA Sultan Azlan Shah, Bank Islam, 7 eleven, SM Teknik, Mini Super Market,Restauran dan lain-lain kemudahan yang diperlukan.(Semua dalam jarak lebih kurang 2 hingga 5 km)
Sesuai untuk yang menghantar anak di Pusat Pengajian Tinggi, menghadiri konvo dan sebagainya.
Dilengkapi dengan 2 katil kelamin, 2 katil bujang berkembar, Penyaman udara(Bilik utama), Sofa, Meja makan, Kipas dalam semua bilik dan ruang tamu, TV, Peti sejuk, Water heater shower, Rice Cooker, Keetle dan dll kelengkapan Dapur.
Parking muat untuk 2 kereta. Sewa harian adalah RM140.00 (2:00 T/hari check in dan 12:00 T/hari check out). Lebih masa caj tambahan akan dikenakan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: En.Musa: 0133646312
(Kaji selidik daripada pelanggan,semua berpuas hati)

4. TRONOH SERI ISKANDAR HOMESTAY





  • RM 150.00 SEMALAM
  • "KESELESAAN SEPERTI BERADA DIRUMAH SENDIRI"

KEMUDAHAN:
  • 2 BILIK 
  • 1 KATIL KELAMIN (BERHAWA DINGIN)
  • 2 KATIL BUJANG (BERHAWA DINGIN)
  • LANTAI PAPAN (LAMINATED WOOD FLOORING)
  • TV (WITH ASTRO) - (SPORTS/CARTOON/ENTERTAINMENT)
  • DAPUR YANG LENGKAP
  • MESIN BASUH
  • PETI AIS
  • MICROWAVE
  • EXTRA TILAM (TOTO)
  • BUAIAN UNTUK BABY
  • EXTRA KIPAS

PERSEKITARAN:
  • 1Km daripada UTP
  • 2Km daripada UiTM
  • 3Km daripada IKBN
  • Berhampiran dengan Kedai Makan - (Kedai Mamak/KFC/Masakan Melayu)
  • Berhampiran dengan Bank - (Bank Rakyat / Bank Islam)
  • Berhampiran dengan 7-Eleven


Diurus Oleh: WIA Management & Services
012-5007410 (Lin) / 012-5007411 (Wan)

5. U HOMESTAY SERI ISKANDAR



Alamat:
No. 7A,
Jalan PP3, Bandar Universiti Seri Iskandar,
31750 Seri
Iskandar, PERAK

Pengurus:
En. Hazri @ 012-569 1381

Harga:
RM60/malam - Bilik Berhawa Dingin
RM50/malam - Bilik Biasa


Info ini diperolehi daripada melalui hasil carian google.. Semoga info ini berguna kepada anda yang sedang mencari Homestay di Sekitar Seri Iskandar Perak.

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Zambry: MCA kekal bertanding <b>di Gopeng</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 17 Sep 2012 01:11 AM PDT

BN negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.

"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng di Ipoh, hari ini.

Berdasarkan kaji selidik dan pelbagai program melibatkan rakyat serta semangat kesepaduan antara komponen BN terutama Umno di Gopeng, BN yakin kerusi itu boleh dirampas semula daripada pembangkang, katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.

Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.

Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya.

"Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong dengan majoriti 7,368 undi.

Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi DUN Sungai Rapat.

"Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada…jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan pihak pembangkang," katanya.

DUN Sungai Rapat kini disandang oleh Datuk Hamidah Osman yang mengalahkan calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 636 undi pada pilihan raya umum lepas.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=46906

Zambry: MCA kekal bertanding <b>di Gopeng</b> Bernama 5 - Dialog Rakyat

Posted: 17 Sep 2012 05:09 PM PDT

BN negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.

"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng di Ipoh, hari ini.

Berdasarkan kaji selidik dan pelbagai program melibatkan rakyat serta semangat kesepaduan antara komponen BN terutama Umno di Gopeng, BN yakin kerusi itu boleh dirampas semula daripada pembangkang, katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.

Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.

Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya.

"Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong dengan majoriti 7,368 undi.

Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi DUN Sungai Rapat.

"Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada...jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan pihak pembangkang," katanya.

DUN Sungai Rapat kini disandang oleh Datuk Hamidah Osman yang mengalahkan calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 636 undi pada pilihan raya umum lepas.- Bernama

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Reception : Dalila & Hazeem, 01 September 2012 {<b>Lekir</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 02:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Oklah, dari saya merapu lebih pnjg lg sy nak kongsi gambar disekitar mjls persandingan Dalila & Hazeem di Lekir, Perak. Tempat ni sy mmg tak pernah sampai pun. Ni lah pertama kali sampai. Main redah je....Hehe.

Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : 7 AUG 1989 - 4 DEC 1991

Posted: 17 Sep 2012 01:50 AM PDT

KD LEKIR - 22ND CORVETTE SQUADRON


Kapal Diraja Lekir dinamakan bersama nama pahlawan Melayu Hang Lekir di mana beliau adalah salah seorang daripada 5 pahlawan Melayu bersaudara  di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke 15. Kapal yang berat 1580 tan ini dengan kepanjangan 97.3 meter merupakan kapal korvet  yang berupaya untuk menangkis sebarang ancaman udara, permukaan dan bawah permukaan.

Skuadron Korvet ke-22 terdiri daripada KD KASTURI dan KD LEKIR. Kedua-duanya dinamakan, bersempena dengan lagenda ulung kepahlawanan Melayu dahulu kala, HANG KASTURI dan HANG LEKIR ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka pada kurun ke 15.

 KD LEKIR dibina oleh Blohm Voss (HDW) Shipyard di Kiel, Jerman Barat pada 14 Mei 1983. Kapal ini dilengkapi dengan Meriam 100m/55 DP sebagai senjata utama turut dilengkapi dengan MM40 Exocet Surface to Surface Missile
Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 oleh Panglima Tentera Laut kedua Laksamana Madya Dato' Mohd Zain bin Mohd Salleh.

Pegawai Memerintah pertama KD Lekir ialah Kdr Ramly Bin Abu Bakar N/400228.



Saya berkhidmat di KD Lekir dari 7 Ogos 1989 sehingga 4 Disember 1991. KD Lekir berpengkalan di Lumut, Perak. Sebagai anggota TLDM adalah suatu kebanggaan jika dihantar bertugas disebuah kapal yang serba canggih, kerana KD Lekir adalah merupakan kapal TLDM yang tercanggih ketika itu. Pegawai Memerintah KD Lekir ketika itu ialah KDR Noor Azman Hj Othman TLDM N400404.


Sepanjang 2 tahun lebih berkhidmat dengan KD Lekir, kapal banyak terlibat dengan tugas-tugas rondaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di samping terlibat dalam beberapa siri latihan dalam negeri dan juga luar negeri. Kapal juga terlibat dalam lawatan operasi ke Surabaya, Hong Kong dan Korea Selatan dan juga Australia dan New Zealand.


KD Lekir juga terlibat dalam tugas pengawasan di kawasan pelantar Minyak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak seperti di Miri dan juga Bintulu.
Antara latihan yang sering disertai KD Lekir ialah Ex-Starfisih, iaitu latihan bersama negara-negara FPDA (Five Power Defence Agreements) yang melibatkan kapal-kapal tentera laut dari Malaysia, Singapore, British, Australia dan juga New Zealand.
KD Lekir adalah merupakan kapal terakhir aku bertugas dalam TLDM sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996 setelah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM.... Selepas KD Lekir aku dihantar bertugas di SKTLDM Kuantan dari 1991 hingga 1995 dan tamat Perkhidmatan pada Januari 1996.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


HardCore&#39;x Raya.. Subang - <b>Bagan Datoh</b> - Gong Badak

Posted: 26 Aug 2012 07:30 PM PDT

Walaupun dah hari raya yang ke-9, Gua rasa masih belum terlambat untuk Gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H.. Maaf zahir dan batin seandainya terdapat salah dan silap pada kata-kata Gua sama ada secara zahirnya mahupun kekasaran tutur kata dari segi penulisan Gua di dalam blog ini.

Tahun ni Gua beraya di Bagan Datoh bermula pada Ramadhan hari yang ke-28 sehinggalah Syawal hari yang ke-2. Malam raya ke-3 tu Gua balik ke Subang.. 1st time Gua berada di KL pada hari raya ke-3.. Memang sunyi dan lengang.. Pagi raya ke-3 Gua terus melaksanakan projek mencari side mirror vios Ummi yang pecah masa bulan puasa hari tu. Lebih 10 kedai sparepart Gua redah. UMW distribution center pun tutup lagi, PH Auto kat Seapark pun tutup lagi, Kedai sparepart kat Subang perdana, takda stock.. Yang ada pun Altis punya je..Gua redah pulak ke area Sungai buloh dengan harapan Service center bukak.. Tapi malang sebab tutup lagi.. Redah pulak area Rahman Putra, pastu Bandar Baru Sungai Buloh sampai la ke Paya Jaras.. Semua takda stock.. Gua dah give up. Gua ingat nak cungkil je cermin Avanza Gua tu, pastu lekatkan kat Vios. Last-last jumpa jugak cermin tu kat Subang 2. Itupun mahal kan main.. Sampai RM65.. cermin Ikea lagi murah... Last-last pukul 6 petang baru Gua dapat gerak dari Subang ke Kuala Terengganu. Sampai pun dah pukul 1:15 pagi.. Gua berada di Gong Rosmah Kuala Terengganu sehinggalah hari raya ke-7.. Gua banyak habiskan masa dengan tidur je sebab bilik Gua kat rumah mertua Gua tu dah pasang aircon.. Sejuk je 24 jam...Petang raya ke-7 Gua memulakan perjalanan balik ke KL jam 5 petang.. Jem bukan main.. Pukul 9 baru sampai Kemaman. Kalau Gua direct ni, mau 2-3 pagi baru sampai.. Last last Gua tidur rumah Opah Ummi kat Bukit Mentok, Kemaman. Pagi-pagi raya ke-8, lepas subuh Gua gerak balik ke KL.. Belum start jem lagi.. 3 jam lebih Gua dah sampai KL.. Alhamdulillah.. Semuanya selamat..
Hari ni, Raya ke-9 Gua dah masuk opis.. Busannnnn...

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


BEN ASHAARI: Qhaliff dan daddy <b>di Teluk Intan</b> dah ..

Posted: 16 Sep 2012 01:22 AM PDT

Sejarah tempat ni .. Dari mula nikah , mengandung dan akhirnya, Qhaliff muncul pasti akan bergambar kat tempat ni .. hehe ..

Tujuan utama sebenarnya selain nak bwk org tua aku jalan jalan ialah nk ke sini yakni umah abang ipar aku .. haaa .. Raya kan .. hehe ..

Ramai gak orang area ni time cuti .

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selamanya...Cinta: Makan kenduri <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 16 Sep 2012 07:45 PM PDT

Assalamualaikum,

Last Sunday hubby dapat jemputan kenduri kawin bekas kawan kerja dia di Teluk Intan, aku pun dapat jemputan kenduri kawin anak kawan kerja pada hari yang sama jugak di Kalumpang..tapi aku buat keputusan ikut hubby ke Teluk Intan..kami pi berkonvoi 5 buah kereta dengan kawan2 hubby yang lain..meriah la sikit kan..kami bertolak dari TM pukoi 10.30am dan sampai ke kenduri kawin tu pukoi 11.30am..kira awai la tu pasai tetamu lain pun tak berapa ramai lagi..aku memang suka sampai kenduri awai2 ni coz nasik & lauk pauk masih panas dan tak banyak tangan yang ambik lagi..kira fresh lagi lah tu..hehe..

Lepas pi kenduri tu, hubby ajak aku ke open house kawan kerja dia di Felda Soeharto pulak..open house di last day Syawal rupanya..makan lagi..aku agree ja lah coz rezeki jangan ditolak katanya..aku pada mulanya dah plan dengan hubby nak shopping barang2 dapuq di Giant Teluk Intan tu tapi hubby last minute cakap kita pi Jusco Rawang lah coz dia nak beli something..jeng, jeng akan dibuat special entry nanti ya..aku angguk laju ja la..bab jalan2 ni serah kat aku lah nu..

Terima kasih.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


al-Husseyn: Suasana menyambut perayaan Hari Merdeka <b>di Ipoh</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 03:07 AM PDT

Hari ini selepas solat Jumaat, aku ajak anak aku pusing bandar Ipoh sekecap untuk ambil gambar sebagai kenangan suasana menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara di bandar Ipoh.

Berikut adalah shot pertama aku kat masjid tadi. Tengok tak ada sebiji keta pun yang pasang bendera sebagaimana yang sudah-sudah....

Ini semasa aku parking keta kat Masjid Jalan Dairy, Ipoh

Masuk ke Jalan Tiger Lane...aku tak berapa ingat apa nama barunya.Aku lebih mesra dengan nama yang aku sebut tu sebab dah biasa dari budak-budak dulu.

Anak aku pandu keta, aku snap ajer...budak ni pula kalau bawa keta macam orang gila, entah apa yang dia nak kejor... aku merungut sebab nak ambil gambar! Tapi sempatlah juga aku rakamkan sambil lalu ...


Memang patutlah pun....

Melintasi sebuah kediaman yang besar megah tersergam indah....tapi aku rasa memang patut pun. Korang tahu ceritanya tak? Ha! ha! Mungkin uncle Seekers anak Pak Belalang Modern tu boleh cerita satu masa nanti.Tapi aku rasa, bila PR perintah nanti mesti pasang punya!

Di kedua-dua gate masuk keluar tak mandang pun

Kediaman seorang kerabat diraja

Masuk pekan, tengok pejabat Utusan Meloya tak pasang bendera.Cuma tumpang bendera MBI yang dipasang pada tiang leterik sepanjang jalan.Rasa kesian, ungkin nak jimat duit sebab nak bayar saman.Masih lagi menunggu berapa juta nak kena bayar kat Nizar.Dengar-dengar 50 juta? Entahlah, Ringgit Malaysia atau Rupiah?

Kesian...hanya mampu menumpang bendera MBI sahaja...

Kemudian belok ke Cowan Street...errr aku minta maaflah kat korang. Aku orang tua! Aku cuma tau nama hok lama tu juga... aku tak berapa nak kisah pasal nama baru. Maksud aku jalan ini yang kat Pasar Bulat lama tu.Tentu korang tau bila sebut Pasar Bulat kan? Aku ambil gambar sekitar tempat itulah gambar-gambar yang di bawah nih!

Deretan kedai setentang Jubilee Park Lama tu

Kena saman pasal tak pasang bendera kah?
Kalau boleh memang Umno nak buat macam tu!

Kemudian kami lalu kat Pasar Besar Ipoh dan meluncur terus sambil aku merakamkan gambar-gambar berikut.

kat panggung lama Lido

Macam tak caya, hari ini kita nyambut Hari Merdeka kan?

Kemudian kami terus pergi ke Little India kat pekan lama.

suasana sunyi sepi tengahari ni...

Samy Vellu tentu tak tekata bila lihat orang
India dan tak sokong MIC lagi dah...

Sampai rumah aku snap gambar ikan aku kat dalam kolam tu.Ikan-ikan nampak lebih meriah berenang dalam kolam.Sempat dengar depa bersembang ...


Sambutan kali ini hambar di mana-mana sekali pun, bukan hanya di Ipoh. Biarlah Pakatan Rakyat yang uruskan samabutan perayaan ini mulai tahun-tahun tyang akan mendatang; boleh tak?

Ha! ha! Najib dan Rosmah khabarnya dah banyak hari tak masuk tandas sebab marah asyik keluar yang kuning ajer... diaorang nak yang biru juga! Ha! ha!ha!

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Strong 1000pax crowd at Changkat Kruing!

Posted: 10 Sep 2012 08:48 PM PDT

A ceramah was held last night at Changkat Kruing, a small settlement at Pantai Remis organized by Cawangan DAP Changkat Kruing Utara & Desa Tun Sambathan. The speakers at the ceramah we're YB Dato' Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, YB V.Sivakumar, YB Sivasubramaniam, Prof.Hew 'Superman', Sdri.Wong May Ing, and other local DAP branch leaders.

Enthusiastic crowd gathered as early as 7.30pm. There was also a voter's registration booth set up to register new voters. Although it was a weekday, still it didn't hinder people from gathering at the ceramah.

There were also some slide shows  from YB Sivasubramaniam whereby people could see pictures of the issues raised during his speech.

The ceramah ended at about 10.45pm and although it was getting late, the crowd stayed till the end, some with their families. This shows that the support for Pakatan Rakyat is penetrating further into rural areas as well.

Please click HERE for more pictures of the event.

DAP Perak

Media Admin.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Misai Merah: "Sharizat tanding <b>di Menglembu</b>. Shapie Apdal di <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 11:45 PM PDT

Kawan saya sms kat saya suruh baca dalam blog Umno The Antics of Husin Lempoyang dalam posting Shahrizat dan Shafie Apdal bertanding di mana?Antara lain Hussin Lempoyang tulih ;

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya  

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."Baca di sini.


Ada pulak orang melawak kat saya,"Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertanding di mana?"Depa jawab bertanding di Baling!