Sabtu, 4 Jun 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


ainlh.com: Karnival Upin dan Ipin <b>di Ipoh</b>~

Posted: 04 Jun 2011 03:09 AM PDT

Bersusun banner Upin dan Ipin sepanjang jalan di Ipoh ni. Rupa-rupanya ada Karnival Upin Ipin sepanjang 3 - 5 Jun 2011 oleh Les' Copaque Production Sdn. Bhd.. Tempat berlangsungnya karnival ni adalah di Stadium Indera Mulia Ipoh. Ha... hari ni dah mula la.
Pagi tadi, mira dan keluaga pergi pasar tani dekat dengan stadium. Jadi, dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan, ye dak? Hehe, mana taknya, pergi pasar tani tu pun lambat, sampai pun  nak dekat pukul  10 pg dan acara plak memang mula pukul 10 Pg. Banyak juga acara menarik. Tak larat nak tulis, Boleh tengok gambar kat bawah, hehe

Mira sempat juga tengok maskot upin dan ipin naik pentas. Huhu, adik-adik seronok, tapi malas nak berasak ke depan. Almaklumlah, ramai orang.

Dalam stadium tu ada banyak booth yang boleh dilawat. Kebanyakannya bertemakan e-learning atau e-education untuk kanak-kanak. Selain tu, barang-barang upin dan ipin pun ada dijual. Kalau nak jadi ahli Kelab Upin dan Ipin pon boleh juga, tapi kalau mira dah lepas kot umur syarat nak masuk. Huhuhu...


Dah habis tengok-tengok kat dalam, keluar pulak. Kat luar ada board boleh tinggalkan ucapan untuk upin dan ipin.


Menariknya lagi, di luar stadium tu ada replika Rumah Opah. Macam dalam cerita tu la. Satu lagi, ada sepasang kembar seiras yag digayakan sama macam upin dan ipin. Hatta stail rambut pun sama lo!

Dah selesai, kami pun menapak ke luar. Di luar pun macam-macam gerai ada. Ye lah, tempat besar macam ni, lagi macam-macam jualnya, tapi tu lah... duit yang bawak tak la besar mana. Huhu. Ok, orang Ipoh, kalau nak serbu karnival ni pun sempat lagi. Silalah~
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen