Sabtu, 4 Jun 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Yob Tualang Sekah: TEROK BEBENOR UMNO BATU GAJAH..

Posted: 13 May 2011 10:33 PM PDT

Parlimen Batu Gajah dan tiga DUN yang berada di dalamnya, kesemuanya berada dalam tangan DAP. Jelapang, Menglembu dan Tronoh, kesemuanya merupakan kubu kuat DAP. 

Kecuali Jelapang di mana wakilnya Hee Yit Foong mengambil keputusan untuk meninggalkan DAP, sekaligus menjadi salah seorang yang meruntuhkan penguasaan Pakatan Rakyat di Perak, kedudukan wakil-wakil DAP yang lain, nampaknya tidak tergugat langsung.

Secara keseluruhan, Parlimen Batu Gajah dan ketiga-tiga DUN di dalamnya tidak ditandingi oleh UMNO. Komposisi pengundi di ketiga-tiga DUN dan Parlimen Batu Gajah tidak berpihak langsung bagi membolehkan UMNO meletakkan calon.

Parlimen Batu Gajah sahaja, Melayu hanyalah 10.2%, manakala di DUN Jelapang, Melayu hanya 6.3%, di Tronoh, Melayu hanya 21.11% dan di Menglembu, Melayu hanya 4.27%.

Atas dasar itu, kerusi-kerusi berkenaan diserahkan kepada MCA untuk ditandingi mewakili Barisan Nasional. Namun prestasi MCA yang sangat teruk terutama selepas teraju kepimpinan dipegang oleh Chua Soi Lek, menyebabkan kesemua calon MCA kalah teruk. Mujur juga tidak hilang wang deposit!

Agak menarik apabila nama Yusoff Kassim, Ketua Bahagian UMNO Batu Gajah meniti di bibir dan 'seronok' diperkatakan. Bukan kerana kepimpinannya dan kecemerlangan UMNO Batu Gajah, tetapi kerana 'buat kerja' yang ditunjukkannya.

Terlalu banyak cerita tentang menyapu projek di Batu Gajah yang dikaitkan dengan Ketua Bahagian UMNO ini. Malah cerita tentang anak lelakinya yang bergaya ke hulu ke hilir dengan kereta mewah, turut mendapat tempat serta menjadi bahan bualan.

DAP dan Pakatan Rakyat sangat tahu tentang hal tersebut, tetapi mereka sekadar menutup mulut kerana Yusoff Kassim dianggap 'tentera' terbaik mereka untuk terus berkuasa di Batu Gajah. Tanpa kesalahan yang dilakukan oleh Yusoff Kassim, DAP dan Pakatan Rakyat akan kehilangan modal untuk berkempen dan mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak terlepas pandang hal ini. Menyimpan cerita sebegini sebagai menjaga maruah UMNO Perak yang tercalar gara-gara terdapat segelintir pembesar UMNO Negeri yang berperut gendut dan bertembolok besar. 

UMNO Negeri kena berani bertindak tegas dengan menyerahkan pembesar-pembesar UMNO mengotorkan imej agama dan negara kepada pihak berkuasa,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen