Sabtu, 4 Jun 2011

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Parti Sosialis Malaysia Semenyih: 3-5-2011 Sengsara Kem <b>Kamunting</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 11:40 AM PDT









Hari ini saya dijemput menjadi ahli panel Forum Siapa dibelakang ISA dan juga melancarkan buku Sengsara Kem Kamunting tulisan Sairi Sungip

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) hari ini melancarkan buku yang ditulis Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib, bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA.

Pelancaran buku tersebut telah diadakan di Dewan Seminar Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall.

Di samping pelancaran buku, turut diadakan diskusi yang bertajuk 'Siapa di belakang ISA? yang dibarisi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan aktivis sosial, seni dan penulis yang juga merupakan bekas tahanan ISA, Hishamuddin Rais.

'Sengsara Kem Kamunting' dedah derita tahanan ISA
Wednesday, 04 May 2011 17:12 MS FiSab
Share17
]

KUALA LUMPUR – Buku 'Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA' telah dilancarkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) pada malam Selasa 3 Mei 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSACH). Buku ini ditulis oleh bekas tahanan ISA yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Abu.

ADUN Teja, Perak, Chang Lih Kang dijemput untuk mengulas mengenai buku tersebut. Beliau kagum dengan penulis buku ini yang mempunyai ingatan kuat dengan menceritakan dengan terperinci setiap peristiwa yang berlaku ke atasnya sepanjang penahanan di Kem Kamunting. Secara berseloroh, beliau berpandangan buku yang ditulis oleh Saari Sungib ini memberi panduan persediaan yang lengkap untuk 'bakal' tahanan ISA.
Setiap peristiwa yang dinukilkan membuktikan bahawa ISA digunakan untuk memelihara kepentingan politik pemerintah dengan pendedahan taktik-taktik kotor SB (Special Branch) menggunakan 'mental torture' supaya tahanan menyokong pemerintah, mengubah pendirian daripada menentang pemerintah atau membenci pembangkang dengan pelbagai cerita bohong yang direka. Chang mengharapkan buku 'Sengsara Kem Kamunting' mampu menjadi penyuntik semangat dan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk melawan ISA.

Buku tersebut merakamkan imbauan pengalaman penulis dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002. Ia mengenang apa yang dilalui semasa berada di bawah tahanan pegawai polis cawangan khas (SB) selama dua bulan sebelum penulis dihantar ke Kem Kamunting. Penulis berkongsi perihal apa yang dilalui, dirasai, direnungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang dihayati, khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib sama dipenjarakan atas motif politik. Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman penulis dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama ditahan di bawah ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ia mengisahkan bagaimana kempen mogok lapar berakhir.

Majlis pelancaran buku tersebut diserikan lagi dengan forum yang bertajuk: 'Siapa di belakang ISA?' yang dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi GMI), menampilkan tiga ahli panel iaitu S Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia), Hishamuddin Rais (Aktivis Sosial, Seni dan Penulis) dan Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai). Setiap ahli panel mengupas dengan menarik yang membawa kepada kesimpulan bahawa ISA menjadi alat untuk menjaga kepentingan individu atau pihak tertentu atas nama keselamatan negara

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen