Ahad, 21 Ogos 2011

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: RANCANGAN PENGAIRAN <b>JELAPANG</b>, SETIU BERI <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2011 10:39 PM PDT

Oleh: Mohammad Ishak


Menteri Besar mencuba mesin mengetam ketika melawat projek tanaman padi berkelompok di Jelapang, Setiu.


Projek tanaman padi berkelompok di kawasan pengairan Jelapang, Setiu, mula menampakkan hasilnya sebagai pusat pengeluaran padi terbesar di daerah itu apabila pelaksanaan pelbagai projek kemudahan asas untuk petani giat dilaksanakan.

Projek yang dibangunkan pada 2009 membabitkan kos RM48 juta dengan keluasan 173.2 hektar sehingga ini disertai seramai 119 petani yang mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.


Antara komponen utama projek itu termasuklah empangan konkrik utama, taliair konkrik, rumah pam, parit tadahan dan jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, ketika melawat pembinaan projek itu semalam mahu projek pertanian berkenaan diberi perhatian oleh agensi pelaksanakan bagi mempastikan hasil pengeluaran padi dikawasan itu dipertingkatkan.

Katanya, Jabatan Pertanian juga diminta menukar benih padi sedia ada kepada jenis MR253 kerana ia dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran selain mampu bertahan jika diserang penyakit.

"Ketika ini petani yang mengusahakan tanaman berkenaan berhadapan dengan masalah serangan penyakit yang menyebabkan hasil tidak memuaskan," katanya ketika menyertai upacara menuai di pengairan Jelapang, Setiu.semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha'ari Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Md Yusof Maidin.

Ahmad berkata, kerajaan negeri mensasarkan hasil pengeluaran padi negeri akan mencapai tahap 100 peratus dalam tempoh sepuluh tahun apabila semua projek tanaman padi utama seperti di kawasan Projek Pembangunan Pertaanian Terengganu Utara (Ketara) di Besut, Jelapang di Setiu dan Pengkalan Berangan di Marang, beroperasi sepenuhnya mengikut jadual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan