Ahad, 21 Ogos 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Kes samun : Peniaga Maut ditikam dengan gunting

Posted: 07 Aug 2011 01:52 PM PDT

No of View :339

ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Loong (gambar kecil) yang mati dibunuh di Taman Buntong Ria, Menglembu, Ipoh 

 Dalam tempoh empat hari, negeri ini digemparkan dengan tiga kes di mana penjenayah bertindak membunuh pemilik rumah yang diceroboh mereka.

Kejadian terbaharu melibatkan seorang warga emas, Looi Kim Loong, 67, apabila dia ditemui mati dibunuh selepas dua penjenayah yang memecah masuk rumahnya menikam lehernya dengan sebilah gunting dalam kejadian di Taman Buntong Ria, Menglembu dekat sini semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian pukul 2.10 pagi itu, peniaga tersebut sedang tidur di dalam bilik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk melalui pintu depan.

"Dua lelaki kemudian masuk ke dalam bilik mangsa sebelum isteri dan anak Kim Loong yang tidur di bilik berasingan terjaga.

"Sebaik masuk, mereka dapati mangsa telah rebah dengan kesan tikaman di leher manakala dua lelaki itu telah melarikan diri. Kita sedang menyiasat barang yang disamun," katanya.

Cerita ini juga boleh di baca di SINI.

Nota Kaki : Macam2 saja kejadian ni..belum selesai kes ini http://www.mummynemo.com/2011/08/info-terkinikes-pembunuhan-rohani-kasim-suspek-pembunuh-adalah-jiran-mangsa/..sudah ada kes yang ini lagi http://www.mummynemo.com/2011/08/warga-emas-mati-disamun-di-tanjung-piandang-parit-buntar/…adeiii…harap2 tidak ada lagi kejadian selepas ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan