Ahad, 21 Ogos 2011

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Teluk Intan</b> Belajar Dari Kekalahan PRU 12

Posted: 18 Aug 2011 02:07 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Teluk Intan Belajar Dari Kekalahan PRU 12

Oleh: Azlina Rosdy

TELUK INTAN, 18 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim berkata pihaknya telah mula merangka kerja selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan mengkaji segala kelemahan dan kesilapan.

Jelas beliau kelemahan dan kesilapan yang dikesan itu akan diperbaiki agar rakyat kembali memberikan sokongan penuh kepada parti.

Terangnya, berkat usaha keras UMNO Bahagian dan juga kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dapat dilihat semakin ramai masyarakat kembali menyokong Barisan Nasional (BN) terutamanya pengundi kaum India.

"Kita sedar PRU sudah semakin hampir dan banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan kita terus memerintah. Sebenarnya tugas-tugas utama bagi menghadapi PRU akan datang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri sendiri dan kini tugas UMNO Bahagian pula memainkan peranan untuk memantapkan lagi parti dan mendapatkan kepercayaan rakyat mengundi BN.

"Kekalahan semasa PRU yang lalu benar-benar memberi perangsang dan kesedaran kepada kita agar segera memperbaiki segala kelemahan yang ada. Isyarat telah diberi, sekiranya kita terus leka dan tidak mengambil sebarang iniasatif sudah pasti kita tidak mampu meraih perhatian rakyat di Teluk Intan ini," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai gerak kerja yang diatur menjelang PRU 13, Idris menjelaskan, ianya diatur mengikut peti undi bersama-sama agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, cara ini jauh lebih berkesan mendekati pengundi daripada mengadakan program besar-besaran yang impaknya tidak diketahui terutamanya di kawasan pembangkang.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua ketua bahagian dan ahli parlimen terus memberikan yang terbaik untuk parti agar hasrat mendapat majoriti dua per tiga tercapai.

"Saya berharap semua ketua bahagian dan ahli parlimen yang ada sekarang ini cubalah untuk 'memenangi' kerusi yang diduduki sekarang ini. Maksudnya buatlah kerja dengan baik dan boleh dinilai oleh rakyat. Sekiranya ahli parlimen yang ada sekarang ini berjaya menang di PRU akan datang, BN dah menang dan boleh memerintah. Bahagian-bahagian lain sekiranya menang merupakan bonus kepada parti kerana kita mahu BN mendapat dua pertiga majoriti.

"Saya berpendapat dan berharap agar jangan ada pihak dalam UMNO dan BN yang mempertikaikan siapa yang akan menjadi calon di PRU akan datang. Siapa yang terpilih, kita berikan sokongan penuh kerana sikap terlalu ingin memegang jawatan ini bakal merosakkan parti," ujarnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 18 August 2011 Pada 5:07 PM

House PK: HANGIT BERAPI!!! LAGI-LAGI CERITA KETUA UMNO BAHAGIAN <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2011 10:00 PM PDT

Cerita tentang Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan ini pernah tersiar dalam Perak Today. Apa masalah dia yang sebenarnya, aku sangat yakin orang UMNO Teluk Intan yang lebih arif dan lebih faham. Dan beberapa hari lepas, aku terima lagi SMS daripada orang tertentu yang sangat bimbang melihat situasi UMNO di Teluk Intan, khususnya di Changkat Jong.
tolong parpu kari tgk sikit ketua bahagian umno teluk intan perak ni....pru 12 dia kecundang dgn pas walaupun secara tradisinya dun changkat jong bn punya...untuk pru13 ni kalau dia jgk awal2 lagi akan hancur..yang kata dia kuat orang keliling dia je..dgr citer dia ni sungguh rapat dgn pm tapi di kawasan apa hal pun tak amik tahu...semua majlis dia di kl aje..ada jgk dgr maklumat kalau anjurkan majlis di kl sanggup habis puluhan ribu...orang miskin di kawasan tak pandang pun...malahan orang kampung pun tak kenal dgn dia...tolong la siasat parpu...
Aku tak tahulah kalau Idris Hashim masih lagi nak bertanding di Changkat Jong atau mana-mana DUN dalam Parlimen Teluk Intan. Ada yang kata, dia dah tak nak sebab dah sedar diri, dia tak dikehendaki dan digemari oleh pengundi. Ada pula kata, dia dah bertambah yakin untuk menang sebab indikasi yang ditunjukkan menerusi sokongan rakyat Perak kepada Zambry Abdul Kadir. Jadi dengan kata lain, dia mengharapkan sokongan kepada Zambry akan tempias juga untuknya.

PRU13 adalah zaman untuk UMNO-BN menang. Aku rasa, Pakatan pun takkan ulangi semula main letak calon macam PRU12. Dan aku cukup yakin, Pakatan pun tahu, diorang menang pada PRU12 bukan sebab diorang kuat tapi sebab rakyat menyampah sangat dengan Tun Don dan kitol menantu penyapunya.

Kalau Idris Hashim masih juga perasan dia akan menang di Changkat Jong, aku rasa dia macam letak tali gantung kat leher dengan sebelah kakinya sudah tergantung. Kalau masa PRU12, dia boleh tergolek dog kat Changkat Jong walaupun dia berjawatan Pengerusi PNS, kali ini juga keadaannya akan sama, bahkan lebih teruk lagi.

Sebabnya mudah, macam petikan emel yang aku siarkan di atas tu la...

Tapi masalah orang politik ni ialah, diorang sentiasa perasan diorang dikehendaki walaupun ayam itik pun pakat gelak duk tengok gelagat politik perasan diorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan