Ahad, 4 September 2011

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Razif lawat tentera <b>di Gerik</b> | Darul Iman

Posted: 03 Sep 2011 01:53 PM PDT

KUALA TERENGGANU 2 Sept. (Utusan) – Seramai 370 anggota tentera serta 10 pegawai dari 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Pantai, Seberang Takir yang ditugaskan di Kem Sri Banding Gerik, Perak dikunjungi Exco kerajaan negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman di kem itu baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Takir berkesempatan berbuka puasa bersama anggota tentera yang diketuai Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Nasharuddin Mohamad.

Kesemua 380 anggota tersebut adalah dalam tugasan mengawal sempadan Malaysia-Thailand mulai 15 Julai lalu dan dijadual tamat pada 10 September ini.

Dalam kunjungan itu juga, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan barangan kepada anggota-anggota tentera terlibat sempena Hari Raya Aidilfitri

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan