Ahad, 4 September 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kerajaan akan perinci pembinaan kolumbarium <b>di</b> Taman <b>Ipoh</b> <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 07:42 PM PDT

Kerajaan negeri akan memperincikan pembinaan kolumbarium di Taman Ipoh Ipoh berikutan timbul pertikaian di kalangan penduduk dari beberapa taman perumahan iaitu Taman Kemuncak, Taman Kaya, Taman Perak dan Taman Tambun.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau akan meminta laporan berkenaan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum sebarang keputusan dan tindakan lanjut dibuat.

"Kerajaan negeri perlu mendapatkan laporan mengenai pembinaan kolumbarium itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kita tidak mahu isu berkenaan berlarutan dan pada masa sama kita juga perlu menghormati kepentingan awam serta penduduk setempat.

"Pandangan yang dikemukakan mereka (penduduk) juga perlu diambil kira kerana ia membabitkan kepentingan kedua belah pihak," katanya.

Sebelum ini, penduduk di beberapa kawasan perumahan terbabit menyuarakan ketidak puasan hati mereka berhubung pembinaan kolumbarium yang hanya 50 meter dari kawasan perumahan mereka sejak Julai lalu.

Mereka turut menuntut supaya MBI memberi kata putus mengenai projek berkenaan dengan segera.

- PERAK BN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan