Ahad, 4 September 2011

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Pembangkang hanya tahu tuduh | peraktoday.com

Posted: 30 Aug 2011 12:48 AM PDT

Umno kesal dengan tindakan Pas yang menuduh skim pinjaman pelajaran oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai satu cubaan menggalakkan budaya berhutang dalam kalangan pelajar di peringkat awal.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan beberapa pemimpin Pas yang terus menjadikan pentas ceramah untuk memburukkan usaha kerajaan itu adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Ini satu tuduhan mengecewakan dan satu tindakan berterusan pihak pembangkang memburukkan kerajaan yang giat melaksanakan pelbagai usaha membantu rakyat.

"Jika PTPTN menggalakkan budaya berhutang, kenapa mereka (pembangkang) tidak ketinggalan mendapatkan pinjaman ini untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti sedangkan mereka kata ia tidak elok," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Pendahuluan Pinjaman PTPTN Peringkat Parlimen Pasir Salak di sini pada Jumaat.

Tajuddin berkata, anak pemimpin Cabang PKR Pasir Salak sendiri contohnya merupakan antara mereka yang mendapat manfaat dari skim pinjaman tersebut.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh menyediakan biasiswa kepada semua pelajar di negara ini kerana ia melibatkan perbelanjaan yang cukup tinggi.

"Bagaimanapun pinjaman PTPTN itu secara automatik akan ditukarkan kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian mereka nanti," katanya.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, langkah itu juga secara tidak langsung mampu mendorong pelajar untuk bekerja keras bagi mendapat keputusan cemerlang.

"Sehingga kini kerajaan telah mengeluarkan kira-kira RM43 bilion atau RM1 bilion setahun bagi membiayai skim PTPTN tersebut.

"Jadi pembangkang jangan cuba nak menjadi jaguh memperjuangkan nasib rakyat dengan membuat tohmahan dalam ceramah mereka memburukkan PTPTN, sedangkan dalam masa yang sama mereka turut meminjam dari tabung tersebut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan