Sabtu, 24 Mac 2012

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Najib Tiba <b>Di</b> Perak Untuk Lawatan Kerja

Posted: 16 Mar 2012 09:33 PM PDT

BERUAS – Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan kerja sehari ke Perak hari ini dengan menghadiri program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas, di sini.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada kira-kira 10 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Najib dijadual menghadiri majlis Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di Padang TNB, Batu 7, Kuala Woh di Tapah.

Pada sebelah petang, Najib akan merasmikan pembukaan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hwa 2, di Menglembu.

Sejurus selepas itu, beliau akan menghadiri program mesra rakyat bersama masyarakat India di Kg Kacang Putih, Buntong.

Perdana Menteri dijadual mengakhiri lawatan sehari ke Perak dengan menghadiri majlis makan malam bersama-sama Persatuan Agama-agama Cina negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PM terkejut | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 17 Mar 2012 10:22 PM PDT

IPOH: 18 Mac – Perdana Menteri melahirkan rasa hairan dan terkejut dengan kenyataan Kerajaan Indonesia bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke negara ini hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

NAJIB diberikan taklimat mengenai model bangunan sekolah oleh Guru Besar SJKC Wan Hwa 2, Chan Kwai Hong (kiri) dan ketika hadir pada majlis perasmian pembukaan bangunan baru sekolah ini di Menglembu di sini, semalam.

Datuk Seri Najib Razak berkata, perkembangan terbaru itu bertentangan dengan semangat persefahaman yang sudah dicapai antara beliau dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

"Kita harap pihak Indonesia kembali pada semangat persefahaman yang terpatri (perjanjian) antara saya dengan Presiden Susilo. Pada masa itu semua syaratnya telah dibincangkan dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan persefahaman yang dicapai.

"Juga, tidak ada apa-apapun yang dibangkitkan pada waktu itu. Jadi, saya pun hairan mengapa pada saat ini selepas ditandatangani persefahaman itu, dibangkitkan macam-macam perkara," katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wan Hwa 2, Menglembu, yang dibina dengan kos RM9 juta, di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan Kementerian Sumber Manusia bertemu pihak Indonesia bagi menyelesaikan isu itu, Najib berkata, kerajaan akan cuba mencari penyelesaian terbaik mengenainya.

"Kita akan cuba cari penyelesaian tetapi saya terkejut selepas pemimpin tertinggi kedua-dua negara bersetuju, perkara seperti ini timbul. Saya difahamkan bahawa itulah persefahamannya (yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia) dan ia akan dilaksanakan dengan lancar," katanya.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak masuk akal, beliau berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak berlandaskan persefahaman yang dicapai dalam rundingannya bersama Presiden Susilo sebelum ini.

Pada 26 Jun 2009, Indonesia membekukan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan beberapa kes dera oleh majikan yang mencetuskan kemarahan rakyat republik itu tetapi ditarik balik pada 1 Disember lalu, susulan kesepakatan dicapai antara Najib dan Susilo dalam pertemuan di Lombok dan Bali dengan Indonesia dijangka memulakan penghantaran ke negara ini mulai bulan depan.

Kedua-dua negara kemudian menandatangani protokol bagi meminda perjanjian persefahaman (MoU) Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Bagaimanapun, isu pembantu rumah kembali hangat sejak beberapa hari lalu berikutan kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman bahawa pembantu rumah yang bakal dihantar akan melakukan satu tugas khusus saja sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700.

Namun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, kelmarin menafikan kenyataan bahawa pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar hanya perlu melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Beliau berkata, perkara itu tiada dalam rangka perjanjian persefahaman kedua-dua negara, sebaliknya pembantu rumah akan melakukan tugas am atau tugas khusus seperti menjaga bayi atau orang tua berdasarkan keperluan majikan dengan pihak Indonesia perlu memberikan latihan, termasuk dalam bidang tugas khusus berkenaan kepada pembantu rumah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan