Sabtu, 24 Mac 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


&#39;SATU LAGI PENYELEWENGAN TANAH RAKYAT <b>DI NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2012 10:57 PM PDT





Sekitar awal 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa Teh Lenggong ternyata berbeza dengan teh – teh yang lain. Produk ini suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan penduduk Lenggong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 700 ekar dibangunkan melalui PKNK ini telah memberi peluang pekerjaan serta maanfaat yang besar kepada penduduk setempat.

Lawatan dan tinjauan oleh Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Negeri Perak serta rombongan pada baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang teh Lenggong yang telah usang.

Seluruh kawasan ladang teh yang dikatakan berkeluasan sekitar 700 ekar telah digondolkan dan rombongan difahamkan oleh individu yang berada disitu tanah ladang teh itu telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok 'eucalyptus'. Dari maklumat yang diberikan juga, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India. Penyelidikan melalui web seperti dibawah menjelaskan kenapa ianya diharamkan.




Oleh yang demikian, pihak Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak memohon Dato' Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) yang juaga merupakan ketua kerajaan pada masa ini supaya membuat penjelasan kepada rakyat negeri Perak keatas perkara berikut :

1. Apakah sebab ladang teh ini ditutup dan berapakah kerugian wang rakyat yang ditanggung oleh kerajaan Negeri Perak hasil penutupan ladang teh Lenggong ini

2. Bagaimana tanah ladang teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian?

3. Tinjauan rombongan mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran angagaran lebigh dari 1000ekar telah teroka. Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?

4. Bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan,Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam dikawasan ini kerana difahamkan ianya boleh menggangu sistem akeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong .

Haji Razman Bin Haji Zakaria

Pengerusi
Lajnah Pembangunan
Tanah & Wilayah PAS Perak.

Jika tidak Berubah lagi!!Tumbangnya UMNO <b>di Negeri Perak</b> Kedah <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 03:46 AM PDT

Oleh rmf

 Kepada orang atau pembodek UMNO,  bila baca tajuk tu, jangan pulak nk melatah, mengamok – Muhasabah diri.. lakukan yang terbaik juka rasa kekurangan tu  berlaku- Lupakan  seketika santai tu.. bewkerja la seperti Pro Kerajaan tanpa mengira masa jika perjuangan  untuk Parti  dah sebati dalam jiwa. tanpa mengira duit minyak, upah – Jika kekurangan  sumbangan keluarkan wang kocek anda.. demi Perjuangan UMNO!! Mampu?

Pro Kerajaan  masih lagi menaruh harapan kepada  orang orang UMNO agar melupakan seketika hasrat yang  meluap luap dalam jawatan dan kepentingan  tembolok mereka demi mengahdapi PRU 13 nanti- Pelbagai risikan Pro Kerajaan dilakukan secara berterusan di banyak negeri termasuk Perak sendiri

Biarpun JASA, BTN yang memberikan laopran tetapi Pro Kerajaan juga mempunyai nya- Walaupun kita tahu setengah daripada Pegawai JASA mengambil maklumat dari Pro Kerajaan. Ini lah realitinya, dimana menunjukkan bahawa kelemahan  barisan Askar yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Tun Faisal UMB.

Benar apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa DS Najib merupakan Jeneral Tanpa Askar- Kasian DS Najib yang mempunyai bala tentera yang beranbi bersorak sahaja.

Kepelbagaian andaian  terjahan  menyelinap masuk secara rahsia di peringkat akar umbi, penyamaran untuk melihat respon daripada pengundi. Perak akan menghadapi zaman kesukaran yang teramat!! Ini adalah kerana  UMNO tidak bekerja dengan rela hati tetapi hanya bekerja  semasa adanya program sahaja.. Bangun segera!!

Keputusan yang agak megecewakan, rata rata daripada keputusan yang diterima  semuanya mempertikaikan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berjawatan didalam bahagian, negeri dan pusat- Agihan sumber merupakan salah satu elemen penting yang dibangkitkan. Agihan yang berbentuk  jangka panjang bukan agihan sumbangan hanya untuk dua hari seperti hamper dan sebagainya.

Mereka inginkan apa yang telah dirasai oleh penjawat UMNO seperti anugerah tanah dan  yang bersifat jangka masa panjang. Dalam hal ini mereka meyebut beberapa nama merupakan petualang bermulut manis tetapi hati yang penuh ketamakan.

Selagi UMNO dan penjawatnya tidak berubah  maka saya akan dapat menjangkakan bahawa PRU13 nanti  UMNO akan menemui jalan  keluar bersama dan dikafankan oleh pengundi.  Sedarlah .. Sepatutnya di Perak sekarang ini telah melakukan pelbagai terjahan  under ground serta tindakan bersama  sama dengan semua pihak.

RU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata DaimBekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin – yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 – sekali lagi membuat analisis politiknya.

Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai. Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan