Isnin, 16 April 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Mengarusperdana Latihan Pertanian Masyarakat <b>di</b> RTC <b>Gopeng</b> <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 01:05 AM PDT

Inisiatif latihan kemahiran penduduk luar bandar yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah  menyediakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLPKP).

Program yang ditawarkan ini bertujuan untuk menggalakkan generasi muda di RTC Gopeng, Perak melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian dengan kehendak industri bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor pertanian negara.

Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompentensi kemahiran (Compentency Based Skill Training) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Pensijilan PLPKL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Terdapat 9 buah pusat bertauliah yang menawarkan Program Latihan Pertanian Kebangsaan antaranya adalah Kolej Pertanian Malaysia,Bukit Tangga, Kedah(Kampus Utama); Kolej Pertanian Malaysia Cawangan Jalan Langgar, Alor Setar Kedah; Sekolah Pemasaran FAMA, Sungai Petani, Kedah; Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang; Institut Verterinar Malaysia, Kluang, Johor; Pusat Latihan NATC- MARDI, Serdang, Selangor; Institut Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu; Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Sekolah Teknologi Perikanan Tangkapan, Tg. Manis, Sarawak.

Bidang latihan kemahiran pertanian yang ditawarkan adalah Tanaman, Ternakan (Ruminan), Akuakultur, Teknologi Perikanan Tangkapan, Pemprosesan Makanan dan Pemasaran Hasil Pertanian.

Pensijilan yang ditauliahkan kepada pelatih yang berjaya ialah Sijil Kemahiran Tahap 1 dan tahap 2 dengan tempoh latihan 6 bulan, Sijil Kemahiran Tahap 3 selama 12 bulan dan 12 bulan ditambah dengan 3 bulan latihan Industri bagi Sijil Kemahiran Tahap 4.

Permohon boleh menggunakan aplikasi dalam talian dengan membeli nombor unik ID di kaunter atau ATM (Auto Teller Machine) BSN  atau SMS banking sehari selepas iklan disiarkan. Capaian maklumat dan borang permohonan melalui aplikasi dalam talian dilaman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my.

Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran pemantapan jati diri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja. Perlaksanaan program-program tersebut diharapkan dapat menyediakan tenaga kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan bagi masyarakat di RTC Gopeng amnya.

from your own site.

Pabila Penaku Menari: 100 gerai pameran <b>di</b> karnival RTC <b>Gopeng</b>

Posted: 14 Mar 2012 08:54 PM PDT

GOPENG - Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Karnival Florikultur dan Herba yang bakal diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Basri Jasmo berkata, karnival tersebut menyediakan 100 gerai pameran yang menjual pelbagai produk tanaman bunga-bungaan dan herba pelbagai spesies.

"Tumpuan diberikan kepada tanaman orkid yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat florikultur tempatan.

"Seramai lebih 20 pengusaha dari sekitar Perak dan Lembah Klang akan mempamerkan pelbagai jenis orkid bermutu tinggi bagi jualan kepada orang ramai," katanya dalam sidang akhbar di RTC Gopeng di sini semalam.

Basri memberitahu, peminat orkid berkenaan turut berpeluang mempelajari teknik penjagaan terbaru tanaman berkenaan secara percuma menerusi Klinik Orkid kelolaan  Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan beberapa organisasi swasta.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti lain seperti pertunjukan wayang pacak, jualan buah-buahan segar dan pertandingan futsal turut diatur sepanjang karnival berkenaan.

"Penganjuran Karnival Florikultur dan Herba merupakan salah satu daripada 10 program berskala besar yang diatur RTC Gopeng sepanjang tahun ini bersempena Tahun Melawat Perak 2012," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan