Isnin, 16 April 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Banjir <b>Di Kampar</b> Pulih Sepenuhnya

Posted: 16 Apr 2012 04:03 AM PDT

Banjir Di Kampar Pulih Sepenuhnya

KAMPAR – Keadaan banjir di daerah ini kini pulih sepenuhnya dan baki 56 mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Abdul Aziz Salleh, berkata mereka yang terdiri daripada 18 keluarga dari Kampung Batu 20 dan Kampung Baru Kuala Dipang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 11 pagi tadi.

Operasi tamat dan pusat tersebut ditutup hari ini berikutan keadaan di kampung yang terbabit pulih seperti biasa, katanya kepada pemberita hari ini.

Hujan lebat pada Rabu lalu menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri sembilan buah kampung menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Mangsa Banjir <b>Di Kampar</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 01:05 AM PDT

13/04/2012 16:05:00

Jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan di Kampar meningkat kepada 1,166 orang berbanding 1,145 mangsa, semalam.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir, 862 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar manakala selebihnya di Dewan Pulau Bergading.

Antara kampung yang dilanda banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat Rabu lalu menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terbabit.

Beberapa kawasan masih ditenggelami air ekoran hujan lebat malam tadi.

Sementara itu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Sungai Segar yang menempatkan 39 mangsa banjir di Ijok, Selama, ditutup pagi tadi.

Kesemua mangsa telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan