Isnin, 16 April 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


SILAT 24 JAM TANPA HENTI <b>DI</b> UITM <b>SERI ISKANDAR</b> PERAK <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 06:53 AM PDT

SEMUA ANAK-ANAK PERGURUAN SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG DIJEMPUT HADIR BAGI MEMBANTU MENCIPTA REKOD DALAM 
"MALAYSIA BOOK OF RECORD"
 SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2012
                                 TARIKH  : 14-15 APRIL 2012 
                                 TEMPAT : UITM SERI ISKANDAR, PERAK

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, persembahan yang julung kali diadakan itu bertujuan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records selain untuk menarik kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.


"Selain persembahan silat, kita merancang menjemput kumpulan gendang bagi mengiringi persembahan berkenaan supaya acara itu lebih meriah dan menarik.


"Kita juga turut menjemput peserta luar negara termasuk dari Thailand dan Jepun bagi membuat persembahan seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwando pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.


Menurut Zainol Padzi, program berkenaan dirancang bagi menyemarakkan semula aktiviti yang dapat memberi manfaat terutamanya di kalangan generasi muda di negeri ini.


Katanya, sejak dua tahun lalu, acara melibatkan seni mempertahankan diri itu hanya dibuat secara persendirian oleh institusi pengajian tinggi serta program persatuan.


"Justeru, tahun ini kita rancang satu program yang lebih besar melibatkan satu acara persembahan pelbagai seni mempertahankan diri bagi tontonan masyarakat dan menarik pelancong," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan