Ahad, 8 April 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

Posted: 18 Mar 2012 09:32 PM PDT

IPOH – Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan berasingan di negeri ini, semalam.

Ketua Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Hashim, berkata dalam kejadian pertama, seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hutan Melintang-Teluk Intan, malam tadi.

"Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Hazrul Hasan, 19, berasal dari Hutan Melintang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dalam kemalangan jam 11.20 malam itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah kereta dari arah bertentangan mengakibatkan pemuda itu tercampak ke atas jalan.

"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Hutan Melintang dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya.

Dalam satu lagi kejadian, Mustakim Saat, 23, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Kilometer 243.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke sini gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya berkenaan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan