Ahad, 8 April 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


UtaraNews: 14 GRO Vietnam tawar seks ditahan <b>di Ipoh</b>.

Posted: 21 Mar 2012 02:00 AM PDT

IPOH – Sebuah pusat hiburan yang berselindung di sebalik perniagaan kafe ligat mempromosikan perniagaannya dengan mengedar risalah tertera gambar gadis seksi di sekitar kawasan Bercham dan Tasek.

Namun tindakan premis yang baru sebulan memulakan perniagaan itu membawa padah apabila diserbu sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, Khamis lalu.

Serbuan pada jam 10 malam itu berjaya menahan 14 wanita warga Vietnam berusia 20 an selepas mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menawarkan khidmat seks kepada pengunjung premis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sindiket pelacuran membabitkan warga asing sukar dikesan kerana licik menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaan pusat urut dan pub.

Menurutnya, tangkapan wanita asing itu adalah sebahagian usaha membanteras jenayah pelacuran dan perjudian yang semakin berleluasa di bandar raya itu.

"Masalah pelacuran membabitkan warga asing boleh dikatakan antara kes tertinggi dilaporkan namun, ia masih terkawal selepas aktiviti penguatkuasaan yang kerap dilakukan polis.

Siasatan awal mendapati warga asing berkenaan menggunakan dokumen perjalanan sah tetapi menyalahgunakannya," katanya selepas Perhimpunan Bulanan IPK Negeri di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, kerjasama dari orang ramai dapat membantu pihaknya membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan kediaman. - SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan