Ahad, 8 April 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Sejarah : Banyak yang pertama <b>di Taiping</b> - TAMAN TUANKU <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 04:24 AM PDT

SEJURUS memasuki sempadan Kuala Kangsar - Changkat Jering melalui Lebuh Raya Utara-Selatan Plus, suasana sekeliling mula bertukar mendung dan dingin. Pemanduan dari Kuala Lumpur sejauh 270 kilometer itu mengambil masa kira-kira 3 jam 5 minit ternyata memenatkan.

Namun, semua itu terus dilupakan sejurus memasuki tol Changkat Jering, Taiping yang menjadi susur keluar tol selatan melalui lebuh raya dari Kuala Lumpur.

Wartawan Horizon teruja untuk meneruskan perjalanan kembara bagi mengetahui lokasi menarik yang terdapat di Taiping.

Suasana aman dan damai yang segera menyapa setiap tetamunya, ternyata sesuai bagi mereka yang ingin lari sebentar daripada kesibukan hidup di kota.Sesuai dengan nama Taiping yang bermaksud aman selamanya dalam bahasa Hakka.

Taiping terletak di atas permukaan muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut.

Ia merupakan lokasi paling kerap menerima taburan hujan di negara ini iaitu sekitar 4,000 mm setahun. Lantaran itu juga keadaan muka buminya sentiasa lembap terutama di Taman Tasik Taiping. Namun begitu, keadaan tersebut tidak menyebabkan Taiping dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah barat.

Sesuatu yang paling menarik mengenai Bandar Warisan itu ialah landskapnya yang masih mengekalkan ciri-ciri peninggalan sejarah. Bangunannya bercirikan seni bina kolonial seperti utilitarian, neo-classical, palladian dan minnan. Mengikut sejarah, Taiping dulunya dikenali sebagai Klian Pauh. Bandar itu menjadi tumpuan setelah penemuan bijih timah oleh Long Jaafar.

Kemakmuran dan kekayaan menerusi lombong bijih timah menyebabkan British telah membangunkan Taiping menjadi sebuah bandar pentadbiran yang serba lengkap. Namun pada 1937, kedudukannya sebagai ibu negeri telah berpindah ke Ipoh.

Rekod tertua Taiping


MUZIUM Taiping yang diiktiraf sebagai muzium tertua di negara ini dibina pada tahun 1883.

Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan rekod 31 perkara yang terdapat di sana merupakan yang tertua di Malaysia. Daripada muzium, tasik zoo, landasan kereta api sehinggalah pejabat pos dan telegraf pertama di Malaysia. Di sinilah bermulanya landasan kereta api tertua iaitu menghubungkan Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang).

Begitu juga dengan muzium tertua yang dibina ketika zaman penjajahan British, zoo tertua (Zoo Taiping), pusat pemetaan atau pejabat topografi pertama negara dan sebagainya. Oleh kerana itu, Taiping antara lokasi tarikan di Perak sebagai destinasi pelancongan. Ketua Bahagian Pelancongan, Pendidikan dan Seranta MPT, Hanim Ramly, memberitahu, Zoo Taiping dan Safari Malam merupakan tarikan utama pelancong dari luar dan dalam negara bertandang ke Taiping.

"Pengunjung yang singgah ke Taiping pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Zoo Taiping dan Safari Malam yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah," ujarnya. Tambahnya, pengunjung yang mengunjungi zoo itu berpeluang mempelajari dan menyaksikan kira-kira 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi dan kurungan terbuka.

"Di sini pengunjung diberi kebebasan untuk mengambil gambar dan melihat haiwan-haiwan yang jarang kita temui dengan lebih dekat dalam habitat semula jadi mereka.

"Selain itu, pihak zoo turut menyediakan pakej pendidikan dengan harga murah untuk murid sekolah dan mahasiswa yang datang secara berkumpulan melawat zoo ini," katanya.

Zoo terbuka

Sementara itu tambah Hanim lagi, bagi kumpulan pelancong dewasa mereka diberi pilihan mengupah seorang renjer zoo sebagai pemandu pelancong untuk memberi penerangan lengkap mengenai haiwan yang ada di zoo.

REKREASI di Tasik Taiping pasti mengimbau nostalgia lama dihampar dengan tasik indah dan pepohon menghijau.

Lokasinya yang terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut, memberi ruang kepada para pengunjung untuk 'bermesra' dengan alam. "Kawasan seluas 13.7 hektar daripada 40.5 hektar kawasan tasik telah dipilih pihak MPT untuk dijadikan zoo yang satu-satunya terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

"Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut," katanya.

Tasik terindah

Pemandu pelancong bagi syarikat R2 Travel and Tours, Anis Sabhee berkata, lokasi yang paling menarik dan hampir dilupakan ialah kewujudan landasan kereta api pertama Malaysia antara Taiping dan Pelabuhan Kuala Sepetang (dulu Port Weld) yang dibina pada tahun 1885. Ketika itu katanya, kerajaan British telah membina landasan tersebut untuk memudahkan mereka mengangkut bijih timah ke Pulau Pinang dari Taiping.

"Pengunjung dapat menyaksikan beberapa monumen binaan landasan dan batu tanda serta bangunan usang sebagai bukti kewujudan infrastruktur yang dibangunkan British di sini.

"Kesemua ini dapat disaksikan di celah-celah bangunan dan kawasan penempatan penduduk di Port Weld atau jeti Kuala Sepetang," katanya.

Kunjungan ke Taiping tidak sah jika anda tidak ke Taman Tasik Taiping yang dibuka pada tahun 1880. Merupakan tasik bekas lombong ia dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka di negara ini.

Inilah stesen kereta api Port Weld yang dibuka pada tahun 1885 untuk memudahkan pengangkutan bijih timah.

Berada di taman itu, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang indah, dihiasi pokok-pokok angsana berusia ratusan tahun. Ia tidak mungkin dapat diperoleh di mana-mana lokasi lain kerana usia ratusan tahun itu tidak mampu ditukar dengan 1,000 pokok bunga sekali pun.

Selain 10 kolam besar, tasik tersebut juga lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.

Selain itu, Bukit Peranginan Maxwel atau Bukit Larut (1870) juga menyamankan. Untuk sampai ke puncak yang ketinggiannya 1,250 meter dari paras laut, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

Di samping kesemua tarikan wajib itu, banyak lokasi lain yang boleh diteroka pelancong.

Bagaimanapun, sedikit komentar membina penulis, dengan kekayaan warisan dimiliki Taiping pihak berkenaan seharusnya melipat gandakan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong luar.

Jika Melaka mampu mengajak pelancong asing singgah menghayati kesan sejarah lampau, kenapa tidak Taiping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan