Ahad, 29 April 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Banjir Buruk <b>Di</b> Kampar | Kita Bertemu Kerana Ilmu

Posted: 13 Apr 2012 06:44 AM PDT


Kira² 1,145 penduduk dari tujuh buah kampung di Kampar, Perak diarahkan berpindah sejak pagi tadi setelah rumah mereka dinaiki air setinggi lebih tiga meter ekoran hujan lebat sejak petang Rabu hingga awal pagi Khamis pada 12 April 2012. Banyak harta benda yang rosak teruk kerana mangsa yang terlibat tidak sempat mengalihkan barangan ke tempat tinggi sebaliknya berjaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga masing².




VIDEO BANJIR DI KUALA DIPANG

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seramai 767 orang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar sementara 378 lagi di tempatkan di Dewan Pulau Bergading dekat Malim Nawar.

Beliau berkata hujan lebat yang turun sejak semalam menyebabkan banjir melanda di beberapa kawasan di negeri itu.

"Kira-kira 300 keluarga di sekitar Ijok di daerah Larut Matang turut terjejas dan dipindahkan akibat banjir," katanya.

Petikan mStar


Banjir buruk ini menyebabkan sebahagian rumah ditenggelami sehingga ke paras bumbung. Banyak kenderaan rosak dan tersadai di tepi jalan akibat ditenggelami banjir.

©Eriyza : Jarang sekali kedengaran banjir berlaku pada bulan April. Nampaknya hujan dan banjir sudah tidak lagi berlaku di musim tengkujuh sahaja.

Via : mStar

Tiada ulasan:

Catat Komen