Ahad, 29 April 2012

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Kembara Mengejar Sejarah II : Kompleks Sejarah <b>Pasir Salak</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 04:00 PM PDT

Yooosshhhhhh…!!

Salam Sejahtera semua kengkawan..

Kite jumpa lagi diruangan kembara info sejarah "Kembara Mengejar Sejarah 2" di negeri Perak. Nampaknya..kita sudah semakin hampir dengan destinasi terakhir. Beberapa episod sebelum ni telah membawa kite ke Istana Kenangan, Istana Ulu atau Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Birch Memorial Clock Tower, Kellie's Castle..dan kali ini kitorg bakal meneruskan perjalanan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Sejarah tentang Pasir Salak sememey nye telah diketahui umum. Namun ape yang aku ingin kongsikan disini adalah perjalanan kitorg..our journey to Pasir Salak from Kellie's Castle, Batu Gajah. Dugaan tetap ada walaupun ride ini boleh dikategorikan sebagai 'short ride'..dengan cuaca panas pada hari tu..aku dapat rasakan, rakan2 yang mengikuti Kembara Mengejar Sejarah 2 ini langsung tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi terakhir. Terima Kasih kepada semua rakan2 diatas kerjasama untuk sama2 menjayakan ride ini.

Sebelum aku terlupa..sedikit info yang agak menarik untuk dikongsi bersama tentang jumlah 'traffic light" di bandar Ipoh. Menurut Haji Estimah yang juga merupakan orang tempatan negeri Perak ni ada bagitau kitorg semasa di Kellie's Castle..katanye " Ipoh memang banyak traffic light. Di bandar Ipoh sahaja..ada 32 tiang traffic light kesemuanya sepanjang laluan dari Ipoh ke Teluk Intan. Jadi, perjalanan kite pada awal2 tadi ke sini memang tak terlepas dengan halangan2 traffic light".

Alrite..itu cuma selingan jer.. :). Jom kite sama2 tayargolek ke destinasi seterusnya..ke Kompleks Sejarah Pasir Salak.

DSCN0611

Setelah puas berehat (diorg ler ;P) dibawah pokok..setelah amik gambiran kenangan bersama2 di Kellie's Castle..kitorg memulakan perjalanan ke destinasi ke-6 kire2 pukul 4.30ptg. Cuaca masih lagi panas..aku rasa ni panas selepas hujan lebat 1-2 hari sebelum hari ride.

 

 

DSCN0612

Mula menyusuri jalan yang cantik. Perlahan-lahan mengawal jentera kuda besi masing2..

DSCN0613

Sesekali, kitorg disajikan dengan view yang cantik..view gunung-ganang yang kebiru-biruan jika dilihat dari jauh.

 DSCN0614

Cuaca panas!! kite lupakan tentang cuaca panas..masih2 rileks..tenang..sabar dengan gaya tunggangan masing2. Harap2 perjalanan kitorg semua berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah yang lain sampai ler selamat tiba dirumah masing-masing.

 DSCN0615

..scenery yang cantik sepanjang laluan ini.

 DSCN0616

..inilah yang syioknye bile ride dalam keadaan santai. Puas melihat keindahan alam sekeliling. Memey aku harapkan diorg yang mengikuti ride ini dapat sama2 mempelajari tentang 'ride yang relax'.."enjoy with the ride". That's my target brader..!

Tengah masing2 syiok dengan 'feel' ride tadi..kitorg terpaksa berhenti sekali lagi.

 DSCN0617

..berhenti seketika disalah satu traffic light.

 DSCN0618

Sabar menunggu..takpe, kite berhenti bile lampu merah. Kene bagi contoh atau tauladan yang baik. Baru ler orang respect.. :)

 DSCN0619

Lega beb! bile motor dah mula bergerak..baru ler berangin skit badan.

 DSCN0621

Sampai satu ketika..dari view yang bergunung, kini bertukar ke sawah padi. Hijau skit mata memandang..

  DSCN0622

Signboard " Kompleks Sejarah Pasir Salak"..menunjukkan hanya kire2 16KM je lagi kitorg akan sampai ke destinasi yg dituju..wihuuu!

 DSCN0623

Menyusuri jalan kampung pulak. Tenang jer bile berada dikawasan kampung. Bahang panasade ler kurang skit. Kitorg memberikan jarak yang lebih jauh sedikti antara satu sama lain berbanding tadi..so lebih selamat.

Dipendekkan cerita..hampir 30 minit tayar bergolek, akhirnye kitorg selamat sampai di Pasir Salak.

 DSCN0625

"SELAMAT DATANG KE RESORT PASIR SALAK".

Waktu ni..aku ler antara yang paling 'last' sekali.Yang lain2 dah tak nampak dah. Gambiran pintu masuk wajib kene amik :D

  DSCN0626

..Jalan yang sunyi..memey sunyi betul. tak nampak pun seketul dua kenderaan lalu-lalang.

 DSCN0627

..dari jauh lagi aku perhatikan, semua mata tertumpu kat aku RED VERSYS. Tengok ler wajah diorg tu..seronok banget bile nampak motor beso lalu depan mata..hehe. Ini antara moment yang sempat aku capture.

 @ Kompleks Sejarah Pasir Salak.

"..aiii korang tak nak amik gambiran depan pintu masuk Kompleks  Sejarah Pasir Salak ke?" aku tertanya diri sendiri.

DSCN0628

Last2..RED VERSYS amik gambiran solo le nampaknye.

 

Tetapi..ape yang aku nampak, gate atau pintu masuk utama kompleks sejarah ni ditutup? Hmmm..memey nasib ride kali agak 'kureng' skit. Mana taknye, Istana Kenangan – tutup sebab keje2 naik taraf. Sama jugak dengan Birch Memorial Clock Tower..pun dalam proses naik taraf.  Skg ni pulak..Komplek Sejarah Pasir Salak atau org kampung aku panggil "Pasir Salak Historical Complex". Aku agak musykil sebab ape tutup? Adakah memey tutup untuk tujuan balikpulih? atau kitorg sampai lewat skit?

 

Walau bagaimanapun..aku tampal skit  info tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak

 

'Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British.

Perang Perak bermula dan terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British. Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W. Birch yang buta jiwa Melayu, tuli kepada bahasa Melayu dan naif dengan budi bahasa.

Oleh itu Jabatan Muzium dan Antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada dan menambah bangunan-bangunan kekal lain. Bangunan sedia yang ada di sana ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, tiga buah rumah kutai dan tebing sungai.

Bahan sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak

Bentuk rumah Kutai.

  1. Rumah Dato' Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Muzium Malaysia)
  2. Tugu Peringatan Pahlawan Perak
  3. Kubur Si Putum
  4. Kubu Dato' Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Warisan)
  5. Tugu Lela Rentaka I dan II
  6. Pentas Belotah
  7. Balai Penghulu (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  8. Tapak Birch Dibunuh
  9. Sampan Perak
  10. Rumah Kutai I
  11. Masjid Pasir Salak (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  12. Perahu Naga
  13. Rumah Kutai II
  14. Rumah Kutai Anjang Pelita (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  15. Terowong Sejarah (pameran berbentuk diorama bertemakan perjuangan patriotisme dan nasionalisme serta Galeri Keris)
  16. Sekolah Tok Pelita (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  17. Tugu Peringatan Birch
  18. Galeri Sejarah (Galeri Menteri-Menteri Besar Perak)

Sumber: Wikipedia

Kitorg terus parking motor betul2 bersebelahan dengan Sungai Perak.

DSCN0632

Santaikan diri..dah takde rezeki nak masuk beb..lepak kat sini jer laa :(

 DSCN0633

Ambil peluang untuk amik gambiran..

 DSCN0634

Motor disusun cantik..se'handsome' penunggang2 nyerrr..ciwahhh! hehehe. Iyo laaa..! :P

 DSCN0637

..bile dah selamat sampai ke destinasi, masing2 berkumpul..bersembang pasal motor..pasal perjalanan yang kitorg lalui tadi..dan mcm2 ler. Yang kene bahan pun ada..hehe. Itu ler yang nilai keakraban antara satu sama lain walaupun pada awalnye masing2 ade yang tak kenal. Sekang semua dah jadik kawan..seronok tak?? ;)

 

p/s: tengah lepak2 ni..kedai tu pasang lagu dangdut la pulakk aiih..:D

 

DSCN0635

..dengan rasminya Haji Estimah menjadi 'fan TAYARGOLEK.COM'. Amik berkat sejarah Sungai Perak..hehe

DSCN0636

Zoom skit lagi..tuddiaaaaaaa..!

Kite layan pulak view Sungai Perak..

 DSCN0638

Antara kedai makan/restoren yang ade disini. Sape2 yang kaki karok tu..jgn risau, kat sini pun ade. Skali Aziz RB tak mau karok daaa..apa daaa kata tauke Red Box..haha

 DSCN0639

Restoren terapung dari jarak dekat..

 DSCN0630

..aku ade dengar suare2 pakatan nak cuba campak aku kat dalam Sungai Perak ni..?? siap kata " kite tukar sejarah J.W.W Birch ke sejarah Han TayarGolek kene campak dalam sungai" kehkehkeh..siuttt jer korang ni..hahahaaaampeh

DSCN0629

3 orang penduduk kampung tengah layan naik motorbot @ Sg. Perak..

 DSCN0631

Air sungai yang tenang. Tapi jangan sangka air yang tenang tu takde……… :)

 DSCN0640

Sebahagian bilik di Resort Pasir Salak.

 

So ape nak buat skg ni?

Memandangkan Kompleks Sejarah tu tutup..rasanya ada baiknye kalo dapat skip sikit masa untuk berehat kat sini. Kitorg akan shoot ke Teluk Intan ke destinasi terakhir..then kat sana nanti boleh lepak lama skit sambil2 pekena air panas. Alhamdulillah..semua kata OK! Ini yang aku suke dengan 'kata sepakat' mcm ni. Senang nak organise :)

 

Ok beb..kitorg akan berehat selama 10 minit lagi. Lepas tu..tayargolek ke Teluk Intan atau org kmpg aku panggil "Diamond Bay" :D

 

Jumpa lagi di episod akhir selepas ini..

 

Ride Safe everyone..!

Adios,

-Han-

Tiada ulasan:

Catat Komen