Ahad, 13 Mei 2012

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Mommy Masih <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 01 Jul 2011 03:36 AM PDT

Hampir 2 minggu melahirkan
Lochia dah berhenti pada hari ke-6 dan semalam, ianya datang semula
Contraction pun datang semula
Macam tau tau yang akaun syarikat dah siap dan saya ada masa berbaring…hihihi

Saya ke klinik untuk cek jahitan sebab bukan-doktor (diri sendiri) lihat dari cermin macam ada yang terbuka (sedikit)
Suami bawa saya ke Klinik Uma Kuala Kangsar
Lamanya klinik ini..

Bukan, bukan lama di dalam klinik
Tapi sungguh 'lama' keadaan klinik ini

Kata suami, dia bawa saya kemari sebab doktor disini wanita
Nampak pintu di belakang saya?
Serta kerusi dan meja itu?
Itulah meja konsultasi dengan doktor!

Fuh…lama sungguh klinik ini bertahan
Macam ada satu peribahasa eh peribahasa ke
Yang mengatakan 'Untuk membandingkan kehebatan bukanlah sejauh mana anda boleh pergi tapi sejauh mana anda boleh bertahan'
Ehehe…valid kah guna kata kata itu untuk klinik ini?

Dr Uma ialah doktor yang baik dan lembut
Katanya luka saya dijahit dengan cantik
Dan ianya dalam proses penyembuhan dan tiada apa apa yang serius, alhamdulillah

Saya gabra tengok gambar infected scar di link ini

Saya sihat, bila sakit saya baring
Bila rasa sihat, saya ajak suami keluar
Dapat pergi farmasi pun jadilah, sekejap alasan nak beli shampoo sekejap ubat kutu..ekeke

Mengambil udara luar itu penting bagi saya
Balik dari klinik, kami singgah Lembah (satu tempat di tepi sungai Perak)
Sat na, acik Sue korek gambar lama..ekeke
2 keping gambar Mei 2007
Cerita lama neh!
Gambar gambar lain di link ini

Masa tu Cik Sue kita belum ada anak anak
Tinggal fikir macamana nak diet tanpa mengurangkan kuantiti nasi yg dimakan setiap hari je..ekeke

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Pelbagai kraftangan ada dijual di Lembah
Tudung saji, tudung orang you name it..ekeke

Saya pun tak tahu nama mereka
Ada gadget Badang (yang makan muntah jin) menangkap ikan
Ada bola takraw, ada beg, ada kipas

Saya jalan jalan cuci mata sampailah ternampak mereka dibawah!
Alahai comelnya macam memanggil manggil "belila kami buat letak baju kotor ke menyorok dari anak ke apa ke"

Duit yang baru dikeluarkan untuk membayar makcik urut digunakan untuk membeli laundry basket
Ada 3 saiz jadi mommy siap siap jawapan "Yang besar untuk baju mommy & daddy, yang sedang untuk Iki & Dzakwan dan yang kecil utk baju kotor baby Alya"
Harga ketiga tiga laundry basket ini ialah RM200

Lepas beli bakul, kami singgah makan sbb suami teringin makan laksa lembah di tepi lembah
Maksudnya taknak bungkus makan dirumah tapi nak makan di tempat kejadian..hihi

Oh, makan laksa dengan cendol depan wanita berpantang nampak ye…ekeke

Selain itu, kami ke Lembah kerana mokcik Sue teringin burger
Tak tahu kenapa selera omputih tak jadi kebelangan ini…ekeke

Harini ada pasar petang/malam di pekan Kuala
Kirim pada mertua kebab pita tapi tak dijual
Tak mengapa, esok boleh cari di pasar malam yang lain pula..hihi

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Sg Siput-Kuala Kangsar
  2. Acik Luna Masih Disitu
  3. Masih di Jakarta
  4. Di Penang, Masih
  5. Muah – Tudung Mommy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan