Ahad, 13 Mei 2012

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


ABPH VS ANUGERAH CALON PUPOLAR UMNO <b>PASIR SALAK</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 10:02 AM PDT

CANTAS-MENCANTAS!!! , potong double line & langgar lampu isyarat …. itu memang kerja ahli dan pemimpin UMNO khususnya..

Gambar "CALON KEGEMARAN" yang digantung oleh sebuah cawangan UMNO pada mensyuarat agung cawangan minggu lepas telah mengundang "BERANG" ramai ahlinya.

DULU..KINI..DAN SELAMANYA… mereka memang begitu di pasir salak ni. PRU 12 team Ramlee dan Tajuddin bercakaran itu sejarah yang tidak akan dilupakan…sekarang PRU13 mereka bacakor&begigit lagi kome… masing-masing ade DREAM TEAM tersendiri. Dato T dan ahli perniagaan Fauzi dan Ketua Pemuda Azwan.Tetapi dalam masa yang sama Fauzi dengan team Zainul. Mereka seolah-olah meminggirkan penyandang Dun Kg.Gajah Dr.Wan Norashikin menggantikan gambar Fauzi Naib Ketua Bahagian.

Di samping " Gandingan MantOp " ini secara senyap satu pasukan yang menggelarkan diri mereka "Dream Team" juga sedang bergiat hebat meloloskan diri mereka untuk menidakkan Dato T dan Dato Dr. Wan, dan pasukan ini di ketuai oleh Dato Zainol Padzi yang juga EXCO Kerajaan.

Persoalannya :

Apakah "Gandingan Mantap" ini telah mendapat restu dari Dato T sendiri selaku Ketua Bahagian? Kalau benar, apakah rasionalnya Dato T menggugurkan penyandang kini? Apakah rasa dendam perlantikan Dr Wan ke Anggota MKT atas pilihan Presiden masih menghantui dirinya?  Atau apakah Dato T sudah bersedia untuk bergerak sendiri tanpa bantuan Wanita, kerana Wanita UMNO masih di bawah pimpinan Dato Ainon Khairiah, dan Dato Ainon adalah ibu mertua kepada Dato Dr. Wan.

Semua orang dari Sg. Manik sampai ke orang Kg. Gajah tahu mereka bercakaran, yang lawaknya walaupun bercakaran sesama sendiri, tetapi sekiranya terdapat majlis di Pasir Salak mereka akan hadir dan masing-masing buat-buat tak tahu solah-olah tiada ape yang berlaku.

Kalau boleh semua program perasmian di Pasir Salak ni semua Dato T yang nak rasmi. Sekiranya bukan beliau yang rasmi mesti kaum kerabat (isteri@anak) Dato  T yang akan menggantikan beliau.Cume satu je majlis yang belum pernah di rasmikan oleh Dato T iaitu BACAAN TALQIN.. huhuuhu.Tapi belum sempat dia baca talqin kite bacakan dulu talqin untuk Dato T & UMNO!!!!

petikan : blog  gajahmenta & paspasirsalak

Related posts:

Filed Under: Dari blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan