Rabu, 23 Mei 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Kerajaan lulus RM150,000 bina gelanggang futsal <b>di</b> Bandar <b>Seri</b> <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 09:39 PM PDT

Kerajaan negeri akan terus menyediakan kemudahan riadah dan bersukan di kawasan taman perumahan dan kampung di seluruh Perak dalam usaha mengurangkan masalah sosial di kalangan golongan belia.

Terbaru, kemudahan gelanggang futsal bernilai RM150,000 akan disediakan untuk kegunaan golongan belia sekitar Taman Fasa 2H, Bandar Seri Manjung seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini.

Kemudahan gelanggang futsal itu kata Zambry, boleh dimanfaatkan untuk kegiatan riadah dan bersukan terutamanya di waktu malam.

"Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas RM2 juta untuk mengupayakan generasi muda dan belia di Perak dengan menganjurkan pelbagai program bersesuaian.

"Selain bantuan daripada Jabatan Belia dan Sukan, kemudahan riadah dan rekreasi juga disediakan seperti gelanggang futsal dan sepak takraw di kawasan taman perumahan dan kampung.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan peruntukan RM150,000 untuk kegunaan belia di sekitar kawasan perumahan Seri Manjung yang dianggarkan mempunyai lebih 20,000 penduduk.

"Kemudahan riadah ini sangat penting untuk golongan belia bersukan di khususnya di waktu petang atau malam agar mereka dapat menghindar diri daripada terjebak dengan kegiatan sosial seperti penagihan dadah," katanya lagi.

Sementara itu, beberapa remaja yang ditemui berasa gembira dengan pengumuman Menteri Besar yang juga Adun Pangkor untuk menyediakan gelanggang futsal di kawasan kediaman mereka.

Shahmin Sazali, 16, berkata kegiatan bersukan di waktu lapang dapat mengeratkan hubungan dengan rakan yang lain selain baik dari segi kesihatan.

"Sudah pasti saya gembira dengan kemudahan futsal yang akan dibina di sini kerana sebelum ini, saya dan kawan-kawan terpaksa ke Stadium Manjung untuk beriadah dan bersukan.

"Apabila kemudahan ini dapat digunakan kelak, ia pasti lebih memudahkan kami untuk beriadah di waktu lapang," katanya lagi.

Rakannya, Mohd Hairi Azri Mohd Ridzuan, pula berkata dengan wujudnya kemudahan itu, masalah sosial di kalangan belia seperti melepak di kafe siber dapat dikurangkan sebaliknya masa yang terluang diisi dengan aktiviti bersukan yang lebih berfaedah.

"Kegiatan bersukan seperti bermain futsal bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi dapat menghindar remaja terjebak daripada aktiviti kurang sihat seperti melepak.

"Golongan belia Bandar Seri Manjung ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas peruntukan RM150,000 untuk membina gelanggang futsal bagi kegunaan kami di sini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan