Rabu, 30 Mei 2012

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Ko Youn dijangka bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Beruas</b> – Perak Today

Posted: 02 May 2012 02:01 AM PDT

Timbalan Presiden Parti Gerakan Negeri Perak, Datuk Chang Ko Youn tidak menolak kemungkinan bahawa beliau dijangka bertanding di kerusi Parlimen Beruas untuk pilihanraya umum akan datang.

Ko Young berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Beruas beliau berkata pengumuman tidak boleh dbuat selagi parlimen tidak dibubarkan.

Mengulas mengenai isu dimana berlakunya krisis dalaman di Parlimen Beruas, Ko Youn berkata beliau memandang perkara tersebut sebagai proses demokrasi.

"Kerja-kerja turun padang telahpun dilakukan dan parti komponen BN sebulat suara menyokong mana-mana calon yang dilantik untuk bertanding," ujarnya.

Menurutnya, isu mengenai perlantikan calon yang bertanding merupakan perkara yang berlaku di mana-mana kawasan.

"Apa yang berlaku pada pilihan raya yang lalu merupakan pengajaran kepada semua ahli gerakan dan kami akan lebih berhati-hati untuk kali ini," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Gerakan negeri sudah mengenal pasti calon-calon yang bakal bertanding  mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malah, jelas beliau senarai nama –nama calon telah dibentangkan kepada jawatankuasa pusat untuk dinilai sebelum keputusan dibuat.

"Nama telah dihantar ke pucuk pimpinan BN dan sekarang kita sedang menunggu maklumat lanjut mengenai cadangan tersebut," katanya.

Beliau berkata, dalam senarai calon yang bertanding itu terdapat beberapa senarai calon baru dan juga calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu.

"Akan ada muka-muka baru dan lama," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen