Rabu, 30 Mei 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


GRRRRR...!!! DUKE KEMBALI KE BUMI <b>JELAPANG</b> PADI...AMARAN

Posted: 29 Apr 2012 09:02 PM PDT

Posting ini dibuat untuk kesekian kalinya di Kedah. Aku telah kembali ke sini semalam dan aku akan terus berada di bumi Kedah ini untuk bermastautin di sini selamanya, insyaAllah.
Kembalinya aku di sini, aku mengharapkan agar rakan-rakan aku di sini sudi menerima aku kembali sebagaimana dulu. Duke tetap Duke. Walau di mana pun aku berada, aku tak pernah lupa asal usul aku.
Aku ke KL sebelum ini atas urusan kerja dan perjuangan. Dan aku kembali untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Aku harap rakan-rakan semua terus sudi untuk bersama aku di dalam perjuangan kita ini...
Dulu, aku bertanggungjawab mengumpul blogger pro-BN lebih 30 orang untuk bersatu dan kini aku harap mereka masih bersatu seperti dahulu. Aku bersama rakan-rakan lain akan terus berjuang mengembalikan kegemilangan UMNO/BN di Kedah. 
Kami dan UMNO berkhidmat untuk rakyat Kedah. Dan kami akan terus berjuang merampas Kedah kembali dari PAS.
Ya. Kembalinya aku mungkin adalah satu mimpi buruk buat PAS Kedah. Akan ku kupas satu persatu isu-isu rakyat di Kedah. Akan aku bongkarkan segala kekhilafan perjuangan PAS di Kedah. Akan aku dedahkan setiap inci kezaliman PAS dan Pakatan Haram di Kedah..insyaAllah..!
Ingatlah Allah sentiasa bersama mereka yang memiliki perjuangan yang benar dan kebenaranlah yang aku hadiahkan kepada seluruh rakyat Kedah.
Buat rakan-rakan di KL dan Selangor, insyaAllah, akan aku bantu setiap isu di peringkat nasional. Kalau ada apa-apa, harap hubungi aku dan insyaAllah aku akan sampai di sana bersama perjuangan yang panas membara. Tali persaudaraan antara kita takkan putus selamanya, insyaAllah. Aku sayang kawan-kawan aku semua...aku hargai semuanya, terima kasih...
Sekian dulu kali ini. Dan ini adalah amaran pertama aku untuk PAS dan Pakatan Haram di Kedah untuk hari pertama aku kembali ke sini. Harap maklum dan aku nasihatkan PAS supaya jangan tersilap langkah selepas ini. Buruk padahnya....Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Komen