Rabu, 30 Mei 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Bahaya Banjir <b>Di</b> Chenderong Jika Tebing Sungai <b>Kinta</b> Tidak <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 01:32 AM PDT


Kenyataan Media YB V,Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 14/4/2012 di Chenderong. 
Bahaya Banjir Di Chenderong Jika Tebing Sungai Kinta Tidak Dibaik Pulih
Tebing Sungai  Kinta di belakang Chenderong berada dalam keadaan yang bahaya. Saya dimaklumkan bahawa terdapat tiga tempat di mana berlakunya tebing runtuh. Ini adalah kerana kadar hakisan yang melampau. Kuantiti air yang meningkat akibat hujan lebat baru-baru ini menyebabkan hakisan yang tidak terkawal di beberapa tempat sepanjang Sungai Kinta. Jika tebing runtuh dan tidak dapat mengawal keadaan , ini akan mengakibatkan banjir kilat di kawasan sekitarnya. 
Saya menerima aduan bahawa terdapat tebing runtuh yang agak buruk di belakang Chenderong. Saya bersama beberapa orang ahli Pakatan Rakyat telah membuat lawatan tapak kejadian itu. Tebing runtuh yang dikenal pasti ialah di KM6 dari Kampung Pisang, Batu Gajah. Air telah melimpah ke atas tebing dan menghakis tanah tebing  sungai itu secara luas dan mendalam. 
Saya difahamkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kinta telah dimaklumkan tentang kerosakkan tebing sungai ini. Laporan polis juga telah dibuat oleh orang-orang tertentu berhubung dengan kejadian tebing runtuh ini. Pihak JPS harus mengambil tindakan segera supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti  banjir di Kuala Dipang, Kampar.
Pihak JPS harus menyelesaikan  masalah Sungai Kinta dalam jangka pendek dan perlu mengkaji tindakan-tindakan jangka panjang supaya tidak berlaku banjir akibat tebing runtuh di kawasan ini. Kerajaan negeri harus menyediakan peruntukan yang memadai untuk kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan Sungai Kinta dengan lebih baik. Pihak JPS harus memastikan tidak berlaku banjir di sepanjang Sungai Kinta kerana kecuaian pihak-pihak tertentu. 
Saya bercadang untuk berjumpa  dengan Pengarah JPS Negeri Perak untuk membincangkan beberapa hal penting berhubung dengan masalah Sungai Perak. Antaranya ialah tindakan-tindakan yang  akan diambil oleh Pihak JPS untuk mengatasi masalah banjir di Sungai Kinta dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di</b> Taman <b>Kinta</b> <b>...</b>

Posted: 05 May 2012 08:59 AM PDT

0

Gopeng, 5 Mei 2012 – Saari telah diundang oleh PAS Kawasan Gopeng untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Taman Kinta, Gopeng.

Saari menyampaikan ceramah mengulas pentadbiran Umno-BN semasa mentadbir Selangor dengan membahagikan harta kekayaan negeri kepada syarikat kroni yang menyebabkan hasil negeri tidak sampai kepada rakyat

Antara penceramah pada malam tersebut terdiri daripada YB Sivakumar, YB Abdullah Sani, YB Chang Li Kang dan Saari

Sebahagian daripada penduduk Taman Kinta hadir mendengar ceramah yang disampaikan

Tiada ulasan:

Catat Komen