Rabu, 30 Mei 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air <b>negeri Perak</b>

Posted: 23 May 2012 12:00 AM PDT

Negeri Perak merupakan negeri yang keenam memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan airnya selepas Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang.

Saya berharap negeri-negeri yang masih belum memuktamadkan penstrukturan semula dapat menyegerakan proses ini  supaya rakyat di negeri-negeri tersebut dapat menikmati bekalan air yang mencukupi, berkualiti dan berterusan serta pada kadar yang berpatutan. 

Skim penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Perak melibatkan pengambilalihan liabiliti berkaitan air negeri Perak oleh Pengurusan Aset Air Berhad berjumlah RM999 juta, satu jumlah yang besar yang diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad supaya Kerajaan Negeri dapat dilepaskan dari bebanan hutang berkaitan dengan air.

Sebagai balasan, aset air dengan nilai yang sama dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad untuk tempoh 45 tahun untuk membolehkan Lembaga Air Perak beroperasi secara asset-light dan memberi tumpuan untuk meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan kepada para pengguna air di negeri Perak.

Di samping itu, penyediaan perbelanjaan modal (CAPEX) masa hadapan akan dipikul oleh Pengurusan Aset Air Berhad.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PerakpajakasetairRM999jlupushutang/Article

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/24/nation/11350556&sec=nation

http://www.sinchew.com.my/node/248273?tid=1

 

Tiada ulasan:

Catat Komen