Isnin, 21 Mei 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Jengka 19: Harian Metro: Mutakhir

Posted: 18 May 2012 07:34 AM PDT


Shah Rukh Khan dilarang masuk stadium selepas bergaduh

Posted: 18 May 2012 03:54 AM PDT

NEW DELHI: Persatuan Kriket Mumbai (MCA) mengenakan larangan ke atas penyanyi terkenal, Datuk Shah Rukh Khan daripada memasuki Stadium Wankhede Mumbai selama lima tahun kerana terlibat dalam satu pergaduhan.

Pihak persatuan itu membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan kerana mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu selepas satu perlawanan pada hari Rabu.

Bagaimanapun pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders itu mempertahankan tindakannya kerana marah melihat pegawai keselamatan MCA mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium.

Bintang bollywood itu menafikan yang dia berkeadaan mabuk pada masa itu.


Ini membawa kepada pertengkaran di antara pegawai persatuan dengan penyanyi tersebut yang berkesudahan dengan larangan selama lima tahun ke atasnya. - Bernama




Tujuh lelaki ditahan dipercayai terbabit kes bunuh

Posted: 18 May 2012 03:51 AM PDT

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki dan menemui beberapa barangan milik mangsa serta senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki di Jalan Bercham, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias hari ini berkata, kesemua suspek berusia antara 18 dan 49 tahun ditahan di Bercham semalam.

Katanya identiti mangsa belum dikenal pasti itu ditemui di tepi jalan oleh orang awam dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat mangsa dihantar oleh orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya kepada pemberita di sini.


"Pada mulanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.


Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan kecederaan di anggota badan mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras," katanya.

Azisman berkata, kesemua suspek ditahan reman seminggu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan