Isnin, 21 Mei 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Dari Dalam Aku: Malam minggu <b>di Teluk Intan</b>.

Posted: 17 Mar 2012 10:45 AM PDT

haaa...Aku nak cerita tentang malam minggu di Teluk Intan. setiap hari Sabtu malam Ahad, di bandar Teluk Intan pasti ada Pasar Malam yang bermula sejak pukul 4.00petang sehingga 11.00 malam. Biasalah, dah namanya pasar malam,maka benda yang dijual sama seperti pasar malam di tempat yang lain. Namun yang menjadikan malam itu agak meriah ialah bilamana adanya kewujudan pasar Gerbang Malam sejak 2-3 tahun yang lalu.
Gerbang Malam nidibuka setiap malam dari puluk 7.00 hingga 10.00 malam. Namun apabila hari minggu ianya beroperasi sehingga jam 12.00 malam. Barangan yang dijual di gerbang malam lebih kurang sama dengan barang yang dijual di pasar malam kecuali makanan.
peniaga barangan mainan di Dataran Condong.
                                   antara basikal tua (antik ) yang dipamerkan di Dataran Condong.

Lebih meriah apabila pada malam minggu ini Dataran Condong yang terletak berhampiran pasar2 tadi akan dipenuhi oleh pengunjung yang dari pelbagai peringkat umur dengan aktiviti2 mereka sendiri seperti dari group berbasikal pixie dan basikal antik, group motor2 besar, group famili yang bersantai, peniaga mainan dan sebagainya. Yang menariknya pada waktu itu, Menara Condong  ini akan dihiasi dengan lampu yang akan bertukar warnanya bergilir2.Cer lihat vedio ini..

MMMM...memang meriah la sebab ini jer lah tempat yang boleh mereka kunjungi dengan percuma pada malam minggu. Bagaimanapun, adakalanya Dataran Condong ini akan turut menjadi tempat untuk sebarang acara yang bertema seperti hari kemerdekaan dan sebagainya.
Turut menjadi buruan dan popular ialah Popia Ronda yang memang terkenal di Teluk Intan. Rasanya memang sedap kerana disediakan terus dari motosikal secara langsung!. Mahu cuba, datanglah ke Menara Condong atau ke Teluk intan.
antara gerai2  makan di Bumbung Biru...
terdapat juga gerai barangan antik di Gerbang Malam...antara barangan yang menarik ialah koleksi duit syiling lama, handphone lama yang masih berfungsi,jam dan lain2.
gerai di tepi jalan turut mewarnai malam minggu anda di teluk intan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan