Isnin, 21 Mei 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2012 09:39 PM PDT

Tanah Merah - Taiping - Kuala Sepetang - Bukit Merah
26 & 27 April 2012

Berhenti rehat di Puncak Banjaran Titiwangsa, merasai kedinginan dan kesegaran udara yang nyaman. Sampai saja ke Kuala Sepetang para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama dibawa belayar memerhati flora dan fauna hutan paya laut. Dengan menggunakan 2 bot laju, lancar membelah ombak untuk ke Kuala Sanggar. Di sini peserta dapat melihat pelbagai jenis burung hijrah dan tempatan. Helang menjunam menangkap mangsa, kawasan ternakan kerang, perkampungan nelayan, Chalet Terapung dengan alunan karaoke lagu-lagu mandarin yang dimainkan pengunjungnya. Satu kumpulan lagi bersama En Wan yang saya bawakan khas dari Kuala Lumpur untuk menjelajah Hutan Eko Pelajaran Paya Laut Matang dan menjamu selera di Resoran Mee Udang Mak Jah. Peserta diberikan Pek Aktiviti dan taklimat tentang penyesuaian kepada persekitaran berlumpur dan berair masin. Bagaimana tumbuhan meneruskan kemandirian spesis masing-masing.
Sedapnya makan mee Udang Kuala Sepetang
Saya amat terpegun dengan jati diri orang Kelantan yang tetap mengatakan mee udang di Kg Teh, Kelantan lebih sedap lagi.
Kumpulan ini mengakhiri hari pertama dengan aktiviti melihat kelip-kelip yang turut disertai oleh Puan Pengetua Pah Fatimah dan En Shafie.

Aktiviti hari pertama diakhiri dengan lawatan ke Night Safari, Taiping.
Seronoknya tengok mereka semua bergambar dengan saudara-saudara yang lama tidak berjumpa seperti seladang, orang utan, buaya, badak air.

Peserta bermalam di empat buah homestay di Taman Jana Setia, Kamunting, Perak. Dari riak muka dapat ditelah bahawa mereka semua tidur nyenyak malam tadi.

Tempat kami bersarapan pagi berdekatan dengan kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan, Lain kali nak mandi pagi di sini lah.

Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Kilang Arang Kayu Kampung Dew. Ingat 5 proses itu
1. Memasukkan kayu bakau
2. Api besar
3. Api kecil
4. Penyejukan
5. Punggah kayu arang

Saya memohon maaf kerana ketika melawat ke kilang beras petugas yang memberi penerangan tidak dapat menyampaikan maklumat kepada kesemua peserta. Moral of the story ialah mesti ada pembesar suara dan akan melatih petugas ini dalam memberi penerangan yang lebih menyeluruh.
Selepas itu terus pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah, En. Khairul sudah menunggu kedatangan kami dengan tag tangan tiket  masuk ke taman tema air itu. Kenapa tak ada gambar aktiviti extreme  




Ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Pah Fatimah, Cikgu Wan Latifah, Pemandu Bas, Peserta yang mesra dan seluruh warga SMKDPR2 yang telah menjayakan misi ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen