Isnin, 21 Mei 2012

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Malang Nasib Rakyat <b>Bukit Gantang</b> Kerana Berpemimpinkan Nizar <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 12:49 AM PDT

"Begitu malang nasib rakyat di Bukit Gantang kerana memilih Nizar Jamaluddin sebagai pemimpin".

Demikian keluhan rakyat di Bukit Gantang apabila ditanya mengenai sejauhmana Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Difahamkan, sepanjang Nizar menjadi pemimpin kawasan itu, batang hidungnya memang susah nak nampak.

Sebulan sekali pun belum tentu lagi.

Yang menariknya, Nizar hanya menghantar van yang mempunyai wajahnya tersengih-sengih macam kerang mengambil alih tanggungjawabnya untuk mendengar keluhan rakyat.

Sungguh membanggakan sekali bagi Nizar agaknya apabila mengabaikan kebajikan rakyat di kawasannya dan sibuk mengendeng hal ehwal masyarakat di kawasan lain.

Inilah yang dinamakan pemimpin tak tahu malu.

"Cuba anda fikir nasib kami di sini, dalam sebulan, sepanjang dia (Nizar) jadi Ahli Parlimen 34 kali saja dia balik dan jenguk kami di kawasan… itu pun bukan dia bermalam di sini.

"Nizar hanya setakat jenguk sekejap dan lepas itu lari entah ke mana… macam ini ke lagak seorang pemimpin dan kalau waktu-waktu lain hanya nampak van yang ada muka dia tersengih merayap ke kawasan tetapi orangnya tiada," kata seorang pengundi kawasan itu kepada Peraktoday.com

Inilah bukti yang disampaikan sendiri oleh rakyat Bukit Gantang yang begitu kecewa kerana terSALAH pilih pemimpin.

Difahamkan lagi, Nizar bukan sahaja mengabaikan nasib rakyat malah sanggup membohongi masyarakat yang pernah mengundi beliau di kawasan terbabit.

Nizar sebelum ini pernah disoal oleh beberapa penduduk berikutan sikap beliau yang jarang pulang ke kawasan selain tidak membela nasib mereka.

Namun, ini jawapan yang diberi Nizar kepada penduduk Bukit Gantang ketika itu:

"Saya kini akan melebihkan masa di kawasan DUN iaitu di Pasir Panjang".

Apabila rakyat Pasir Panjang pula bertanyakan soalan yang sama, Nizar menjawab begini pula:

"Saya akan lebihkan masa di kawasan Parlimen iaitu di Bukit Gantang".

Sungguh pandai pemimpin PAS ini menipu rakyat.

Seorang rakyat kawasan Bukit Gantang yang ditemui memberitahu, Nizar sememangnya pemimpin yang tidak boleh dipercayai.

Malah katanya, rakyat di Bukit Gantang kini berasa kecewa dengan sikap beliau yang tidak habis menipu dan sentiasa memutarbelitkan fakta.

Selain itu, masyarakat di kawasan terbabit juga kesal dengan tindakan Nizar yang tidak pernah mengakui kelemahan dan kesalahan diri malah sanggup memalitkannya kepada UMNO.

"Kami menolak habis-habisan Nizar sebagai pemimpin di sini, rakyat Bukit Gantang bukanlah bodoh untuk menerima setiap pembohongan yang dia lakukan.

"Cuma kami nasihatkan masyarakat di kawasan lain, janganlah percaya dengan dakyah-dakyah bohong Nizar Jamaluddin… dia memang pandai berkata-kata, bijak memberi janji-janji manis yang akan membuatkan kita khayal dalam angan-angan yang dicipta Pakatan Rakyat.

"Hakikat sebenarnya adalah jauh lebih teruk dan sebab itu rakyat di sini menderita. Memang malang nasib kami kerana mempunyai Ahli Parlimen seperti Nizar Jamaluddin," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen