Selasa, 13 September 2011

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


JENDELA KAMILA: Syawal, kenangan <b>di</b> Jeti <b>Bagan Datoh</b>

Posted: 04 Sep 2011 02:44 PM PDT



sempena pulang beraya di kampung halaman suami, Bagan Datoh, kami tidak melepaskan peluang berkunjung ke jeti. seakan tidak lengkap kepulangan kami jika tidak mengunjungi jeti yang terkenal dalam kalangan penduduk Bagan Datoh itu. namun, sayang sekali jeti yang mempunyai panorama indah dengan garis mentari yang terbit dan terbenam di kaki langit tidak dimanfaatkan oleh para penduduknya untuk mengusahakan "sesuatu" yang bermakna untuk para pengunjung. jeti ini dibiarkan "sepi" tanpa apa-apa hasil produk penduduk, dan yang paling sendu apabila persekitaran jeti juga tidak dipelihara dengan baik. oh, kalaulah jeti ini dikendalikan dengan pengurusan yang sempurna, alangkah. moga Syawal akan datang, jeti Bagan Datoh akan berubah wajah, begitu harapan saya, pasti harapan besar anak kelahiran Bagan Datoh, suami saya juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan