Selasa, 13 September 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Sebuah Catatan: Pejabat Baru <b>Di Ipoh</b>, Perak Dan ...

Posted: 08 Sep 2011 08:47 AM PDT

Alhamdulillah semalam aku dimaklumkan oleh En Ansor yang cawangan baru firma guaman kami akan dibuka di Ipoh Perak. Alhamdulillah.

Ini bermakna yang kami sudah ada 3 pejabat iaitu di Subang Jaya (opis aku & Roslina) , Ipoh (En. Ansor, insyaallah) dan di Cheras (Ibu Pejabat, En. Irzuan sendiri).

Ini juga bermakna yang azam aku tahun ini untuk mengambil pekerja serta membuka pejabat (cawangan) baru tercapai juga dengan kerja keras En. Ansor, Roslina dan En. Irzuan sendiri..serta rakan-rakan yang lain :) .

Aku?

'errr aku goyang kaki je sebab aku kan opis boy merangkap driver je'.

Hehehe :p

Cuma azam aku untuk membeli Harrier secara tunai belum terlaksana lagi.

TUNAI.

Diulang TU..NAI... .

Bukan Punai..ehehe :p

Tapi masih ada 3 bulan lagi untuk tahun ni berakhir, jadi aku harap azam aku tu terlaksana juga sebelum bulan Disember nanti. Insyaallah.

Tapi kenapa bulan Disember ek..sebab...

........................................hari lahir aku la..hehe

Aku kan lahir 29 Disember so kene la 'Ek' sikit.

KONON.

'Sudahlah kau HARITH...tak habis-habis berlagak bagus...'..kata Is.

'Tak ade la..kan aku cakap tadi..KONON je. Lagi pun aku cuma nak memotivasikan diri aku sendiri. Kalau bukan aku, siapa lagi Is.'

.....................................................................................

MMM

Kebetulan tadi aku mengadakan jamuan untuk rakan-rakan pejabat aku (Cheras) , aku tercari-cari juga staf baru bernama Zie, mana dia ya lama tak nampak.? Aku tanya Roslina..peguam bahagian korporat.

Dia menjeling aku..mencebik. 'Suke le tu'..katanya. Kemudian dia bertanya Aiman, peguam bahagian litigation.

'Zie dah berhenti la cik Harith. Bulan ni dia dah tak kerja lagi' ...jawab Aiman. Aku terkedu.

'Aaa, dah berhenti?..Adeiii aku baru je nak tekel Zie, dia dah berhenti pula. HUHU'..dalam hati je :)

Kemudian, Shima..ketua bahagian akaun cakap Zie rasa semacam tak sesuai untuk bekerja di pejabat guaman. Mungkin dia tak selesa atau kurang mahir selok belok kerja-kerja perundangan, jadi dia mengambil pilihan untuk berhenti biarpun baru 2 bulan bekerja.

'Lagi pun En. Ansor yang mengambil dia bekerja, kite orang pun tak tahu dia dari mana sebab tak rapat sangat..' sambungnya lagi.

Aku pandang je Aiman dan Roslina.

'Alah baru je cadang-cadang nak tekel...mmm'...kata aku lagi dalam hati.

Apa pun pada pandangan aku, tempoh 2 bulan memang singkat untuk menyesuaikan diri, lebih-lebih lagi di pejabat peguam. Bergantung pada bahagian kita. Bagi pejabat baru tidaklah sesibuk mana, cuma mungkin tak tahan mendengar bebelan pelanggan yang entah apa-apa. Belum hal pegawai bank lagi. Ehehe.

'Keje dengan aku la best..boleh sama-sama cuci mata ..ehehe'...cakap dalam hati je.

lagi sekali...KONON.

:P

.....................................................................................

*mmm esok JUMAAT...jadi esok aku tak masuk ke pejabat sebab setiap Jumaat aku akan bercuti bagi menghormati kebesaran hari Jumaat..lagi pun FRIDAY IS MAY DAY kan kan kan :p

Jika anda ingin menggunakan khidmat guaman berkaitan wasiat, setiausaha syarikat, penubuhan syarikat, urusan hartanah, pendaftaran harta intelek seperti cap dagangan (trademark) dan hakcipta (copyright), bankrupsi, saman sivil, kes jenayah, tuntutan gantirugi kemalangan, perjanjian usahasama atau korporat dan sebagainya (yang berkaitan undang-undang), sila hubungi aku melalui emel harithiskandar@gmail.com atau di talian 013 273 8845 untuk membuat temujanji di pejabat

Tiada ulasan:

Catat Komen