Selasa, 13 September 2011

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


KRENMAUT: Kembali ke <b>Tronoh</b>!

Posted: 10 Sep 2011 05:37 PM PDT

 Detroit (dan mengantuk)

Alhamdulillah.

Quick recap tentang perjalanan kembali ke Tronoh.

Flight dari Allentown jam 6am telah dijemput oleh Prof Pessiki seawal 330am. Banyak jasa beliau. Selain belanja makan lunch, dinner dan bawak ke rumah berkenalan dengan keluarga beliau- beliau juga yang menjemput saya dari airport. Akhir jasa beliau ialah menjemput saya ke airport dan menghantar sampai saya masuk ke dalam boarding area. Nak ikutkan, dia tidak perlu melakukannya semua itu.

Allentown ke Detroit tanpa masalah. Beg overweight saya dilepaskan begitu saja (limit 50 pounds tapi beg saya 63 pounds). Sampai di Detroit, masalah. Flight delay sampai 2 jam. Sebabnya - masalah dengan sistem satelit kapalterbang. Ianya efek kepada flight saya di Seoul, Korea. Penyudahnya, transit saya ketinggalan kapalterbang transit saya di Seoul. Flight seterusnya cuma ke Singapore dan dari situ ke KLIA. Diberi opsyen untuk bermalam di Seoul semalaman tetapi terlalu lambat. Keluarga sudah menunggu di Putrajaya (homestay).

Di Singapura, merewang di terminal transit selama 6 jam. Bagusnya, pelbagai gadget tersedia di situ untuk menghilangkan kebosanan mereka yang menunggu - free internet, skrin TV besar (bolasepak Premier League), restoran 24 jam dan juga charger telefon bimbit. Lebih bagus dari KLIA.

Sampai di KLIA, keluarga yang sudah sampai di Putrajaya pada malam sebelumnya, lebih baik saja tunggu di sana. Saya ambil teksi dan membayar RM65. Kami bermalam semalaman lagi di Putrajaya.

Esoknya, kami bergerak ke rumah orang tua saya. Saya mahu beraya. Saya 'memaksa' ibu saya memasak ketupat (segera) bersama dengan rendang ayam dan masa lodeh. Ini sekurang-kurangnya mengubat nikmat raya yang 'hilang' di  perantauan.

Dan hari ini, saya bangun pagi di Tronoh!

Tiada ulasan:

Catat Komen