Rabu, 1 Februari 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


MAZHA 2010: Pusat Transformasi Luar Bandar pertama <b>di Gopeng</b>

Posted: 12 Jan 2012 01:48 AM PST


Najib lancar Pusat Transformasi Luar Bandar pertama di Gopeng bulan depan

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang pertama di Gopeng, Perak pada 18 Februari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, RTC Gopeng merupakan pusat perintis setelah kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Mei tahun lalu.

"Lebih 12,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis perasmian tersebut. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah pameran agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan oleh lima kementerian dan agensi masing-masing," katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, di bawah RTC sebanyak lapan inisiatif sedang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dengan agensi yang berkaitan bagi membangunkan kawasan luar bandar.

"Kementerian dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan tonggak utama yang menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC. Ia turut disertai oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

"Inisiatif-inisiatif tersebut ialah latihan kemahiran penduduk luar bandar, penubuhan kios informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, perkhidmatan keselamatan makanan dan farmaseutikal serta kemudahan pembiayaan kewangan," katanya.

Dalam pada itu, tambah jurucakap tersebut, sehingga kini terdapat 15 program latihan telah dilaksanakan di RTC Gopeng dan kawasan sekitarnya.

"Antaranya, latihan yang terdapat di situ ialah keusahawanan, persembahan produk, pembungkusan, teknik fertigasi dan baik pulih penghawa dingin," katanya

Tambahnya, pelaksanaan program-program tersebut diharapkan dapat menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkahwinan Fiza dan Lan <b>di Gopeng</b> - digitaldarkart creative works

Posted: 03 Jan 2012 06:32 PM PST

Archives

Full content generated by Get Full RSS.

RTC <b>Gopeng</b> Merintis Transformasi Luar Bandar | BLOG MOA

Posted: 24 Jan 2012 04:19 PM PST

Oleh Nurul Halawati AzhariKUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Penduduk luar bandar dalam lingkungan 100 km dari Gopeng kini tidak perlu ke bandar-bandar utama untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan atau untuk mencari peluang meningkatkan pendapatan, mencari pekerjaan, menambah ilmu keusahawanan dan sebagainya.Semuanya boleh dilakukan di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas dan akan dilancarkan dengan rasmi pada 18 Feb ini.

RTC bukan sahaja bertindak sebagai wadah penting dalam memudahkan pelbagai urusan penduduk luar bandar tetapi juga menjadi pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan serta ruang niaga.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ibrahim Mohamad, RTC Gopeng diwujudkan khusus demi kemudahan semua penduduk dalam lingkungan 100km dari pusat berkenaan.

Antara agensi Persekutuan yang menawarkan perkhidmatan di RTC Gopeng ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Klinik Kesihatan dan Agro Bank.

Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan pihak swasta seperti Kontena Nasional yang menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk dan khidmat syarikat DURIA untuk pemprosesan produk buah durian. Ia juga boleh menjadi pusat kunjungan sekeluarga; KFC Holdings dan Mydin juga membuka operasi di sana.

PRASARANA SEDIA ADA

RTC ialah satu daripada mekanisme di bawah Program Transformasi Luar Bandar dengan KKLW dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetuai pelaksanaan program RTC di seluruh negara.

Selain RTC Gopeng yang merupakan perintis, RTC Kota Baharu (Kelantan) juga telah beroperasi sepenuhnya. RTC akan diperluas dengan penambahan empat buah lagi RTC yang bakal dibuka di Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis(Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor).

Ibrahim memberitahu Bernama bahawa RTC bukanlah sebuah prasarana baru sebaliknya ia dilaksanakan dengan menambah baik bangunan-bangunan sedia ada milik MOA.

"Bagaimanapun, setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Khidmat yang ditawarkan bergantung kepada lokasi dan kesesuaiannya," jelas Ibrahim.

INISIATIF UTAMA RTC

RTC akan dilaksanakan melalui lapan inisiatif utama – latihan kemahiran bagi penduduk luar bandar; penubuhan kios maklumat 1Malaysia; pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan; pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian; kemudahan pembiayaan kewangan bagi penduduk luar bandar; khidmat keselamatan makanan dan farmaseutikal; dan jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.

Kesemua maklumat mengenai inisiatif ini lebih mudah diperoleh dengan kewujudan lima kiosk maklumat dan orang ramai boleh mendapatkannya di pusat berkenaan, yang dirancang menjadi pusat maklumat setempat.

Kios maklumat 1Malaysia misalnya akan berfungsi sebagai pusat maklumat setempat untuk pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Terdapat juga kiosk KKLW yang memberi maklumat Infodesa dan agensi-agensi KKLW. Kiosk Jobs Malaysia untuk perkhidmatan peluang pekerjaan dan peluang majikan mendapatkan pekerja.

Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian-Makanan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembangunan komuniti perniagaan makanan pertanian.

Di Kiosk Portal 1Malaysia Pengguna Bijak pula, pengguna boleh berbincang menerusi forum interaktif isu-isu kepenggunaan. Misalnya forum harga semasa Pricewatch dan perkhidmatan aplikasi SMS pengguna.

Selain itu pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat agensi awam menerusi Kiosk MyEG.

LATIHAN DAN KEMAHIRAN

Sebagai satu daripada kementerian yang menjadi pelaksana RTC, KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan kawasan sekitar bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup.

Antara latihan yang ditawarkan ialah keusahawanan, motivasi keusahawanan, pembungkusan dan penjenamaan, persembahan produk, pengurusan makanan ternakan, teknik fertigasi, kemahiran baikpulih pendingin hawa dan kemahiran teknologi kimpalan.

"Latihan-latihan ini akan diselia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Contohnya tahun lalu, 15 kursus latihan dan kemahiran dijalankan di RTC Gopeng," kata Ibrahim.

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Program RTC ini akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Feb. Dianggarkan seramai 30,000 orang akan mengunjungi pusat berkenaan.

Orang ramai dijemput hadir ke sambutan pelancaran ini yang akan berlangsung dari 16-19 Feb. Terdapat pelbagai pameran yang diatur sempena perasmian RTC berkaitan agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan akan dijalankan oleh pelbagai agensi.

Ibrahim berharap dengan kemudahan yang disediakan, penduduk luar bandar dapat menggunakannya sebagai peluang dalam meningkatkan pendapatan, mencari peluang pekerjaan, menambah ilmu keusahawanan dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan