Rabu, 1 Februari 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


KERENGGA: PANAS !! Ustaz Kazim bakal calon UMNO <b>di Manjoi</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2011 12:00 AM PST

Satu berita yang amat baik seandainya ia benar.. Gua baru dapat maklumat mengenai penyenaraian awal calon PRU13 bagi UMNO untuk negeri Perak..
Antara nama yang menarik perhatian gua ialah Ustaz Kazim Elias yang telah tersenarai untuk bertanding di negeri tersebut..
Kalau ikut info yang gua dapat, Ustaz Kazim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Manjoi.. Ini kerana, pengaruh Ustaz Kazim memang kuat disitu..
Lagipun, Ustaz Kazim mempunyai satu Pondok pengajian yang bernama Al-Barakah di Kampung Manjoi.. Jadi bertambah menonjol imej Ustaz Kazim di kawasan tu..
Gua tak mahu sentuh mengenai nasib YB Nazri yang jadi Adun Manjoi sekarang ni.. Mungkin dia akan ditukarkan untuk bertanding di tempat lain atau mungkin dia tak dicalonkan langsung.. Tunggu je lah nanti..
So.., Najib memang nakkan winnable candidate untuk UMNO di PRU yang akan datang.. Dan kalau letakkan Ustaz Kazim ni di Manjoi, InsyaAllah UMNO akan menang besar disitu..
Gua cadangkan.., letakkan sekali Ustaz Kazim dikawasan Parlimen yang ditandingi oleh Nizar Jamaluddin.. Biar Nizar DAP tu kalah teruk ditangan Ustaz Kazim...
Full content generated by Get Full RSS.

Naiktaraf segera Klinik Kesihatan <b>Manjoi</b> – Perak Today

Posted: 25 Jan 2012 08:03 PM PST

Klinik Kesihatan Manjoi perlu segera dinaiktaraf oleh Kementerian Kesihatan agar lebih 30,000 penduduk Gugusan Manjoi dapat menikmati rawatan dan khidmat penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Selain ruang yang sempit, pesakit juga terpaksa menunggu lama kerana hanya dua doktor bertugas di klinik itu dan apabila jumlah pesakit terlalu ramai, mereka terpaksa duduk di bawah khemah yang disediakan di perkarangan klinik.

Klinik yang terletak di Jalan Masjid itu menyediakan rawatan pesakit luar kepada penduduk Gugusan Manjoi selain menawarkan khidmat rawatan ringkas, pemeriksaan pergigian, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta, mereka tiada pilihan kecuali terpaksa berhadapan dengan masalah itu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Salah seorang penduduk Gugusan Manjoi yang hanya ingin dikenali sebagai Baizura berkata, masalah kesesakan di klinik kesihatan itu menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan di tempat lain bagi menjimatkan masa.

"Pesakit terpaksa menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor dan keadaan klinik yang sempit membuatkan kakitangan tidak dapat bertugas dengan selesa," katanya.

Seorang warga emas yang enggan dikenali berkata, orang ramai juga menghadapi masalah meletak kenderaan kerana klinik kesihatan itu tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.

Tambahnya, walaupun bumbung atap zink dipasang beberapa bulan lalu, orang ramai yang menunggu di bawah khemah akan terkena air apabila hujan kerana dipasang terlalu tinggi.

"Dengan penduduk melebihi 30,000 orang, sudah tiba masanya Gugusan Manjoi mempunyai klinik kesihatan yang lebih besar, moden dan selesa berbanding dengan klinik yang ada sekarang.

"Jika klinik ini dinaiktaraf kelak, saya berharap agar Kementerian Kesihatan dapat meletakkan sekurang-kurangnya dua atau tiga doktor bertugas pada sepanjang masa supaya tempoh menunggu yang berjam-jam itu dapat disingkatkan," katanya lagi.

Sementara itu, Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang dihubungi Perak Today bagi mengulas masalah itu berkata, beliau sudah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kesihatan agar membina sebuah klinik kesihatan baru samada di tapak sedia ada atau mencari tapak yang bersesuaian di sekitar Gugusan Manjoi.

Beliau katanya, sering menerima rungutan daripada penduduk yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

"Kementerian Kesihatan boleh membina klinik aneka yang baru seperti yang terdapat di Buntong dan Jelapang.

"Jika tanah di tapak klinik sedia ada terhad, bangunan itu boleh dibina secara bertingkat contohnya empat atau lima tingkat yang turut dilengkapi dengan kemudahan lif.

"Saya berharap agar kementerian itu dapat menimbang dengan sewajarnya masalah yang dihadapi penduduk Gugusan Manjoi yang begitu memerlukan sebuah klinik kesihatan baru, moden dan selesa dibina di kawasan mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda Umno Ipoh Barat: Kedai Raykat 1Malaysia <b>di Manjoi</b>

Posted: 23 Dec 2011 06:53 PM PST

[unable to retrieve full-text content]... perspektif agama tidak seharusnya ditafsirkan secara sewenang-wenangnya kerana Perlembagaan Negara telah memperuntukan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di negara ini ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan