Ahad, 9 September 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Cerita koboi dan Indian <b>di Jelapang</b> « Helen Ang

Posted: 07 Jun 2012 02:26 AM PDT

Jun 7, 2012 at 5:26 pm

Sejarah Kristian dan gereja di Timur, Asia Barat dan Dunia Baru (benua Amerika) menceritakan kisah berdarah zaman-menzaman (sila baca 'Superior' Christians wiping out 'inferior' cultures).

Orang putih menindas dan membunuh tetapi oleh kerana mereka yang menang maka merekalah yang berpeluang menulis sejarah.

Contohnya, liputan media antarabangsa tentang mangsa serangan pengganas Arab ke atas Menara Berkembar di New York pada 11 Sept 2001 cukup berbeza dangan liputan terhadap mangsa mengeboman di Afghanistan dan Iraq oleh bala tentera Barat.

Perbezaan ini juga diperlihatkan dalam budaya popular yang menggambarkan koboi sebagai wira manakala 'Red Indian' digambarkan sebagai orang jahat.

Ctrl-Alt-Del dan Esc

'Red Indian' adalah pribumi. Orang putih adalah pendatang dan penceroboh.

Bukan sahaja orang putih dengan sebegitu angkuh menjejak kaki di bumi 'Indian', malah mereka pergi dengan membawa budaya penjajah mereka yang bergalaskan senapang dan meriam.

Malang tak berbau kerana Red Indian – yang tidak pernah terdedah kepada sifat lidah bercabang "White Man speak with forked tongue" – ditelan ancaman 'tamadun' agresif Barat.

Cuba bayangkan adegan popular dalam filem-filem koboi yang menunjukkan Red Indian mengepung gerobak. Imajan 'circling the wagons' menggambarkan 'Red Skin' sebagai penyerang yang buas dan keluarga peneroka Barat sebagai mangsa.

Orang putih boleh berjaya menerapkan dakyah mereka kerana bukan Red Indian yang memiliki studio-studio di Hollywood atau menjadi tuanpunya suratkhabar dan media.

Hakikatnya tanah siapa yang dirampas? Suku kaum mana yang dibunuh beramai-ramai? Budaya dan cara hidup siapa yang dihapuskan kerana dianggap "low class" dari kacamata orang putih?

Bukankan babak-babak 'circling the wagons' itu menjungkarbalikkan kebenaran?

DAP dan PSM di Jelapang

Sebuah rencana FMT semalam melaporkan PSM dan DAP kedua-duanya mahu bertanding kerusi Jelapang yang dipegang oleh Hee Yit Foong, Adun 'bebas' timbalan speaker DUN Perak.

PSM bercadang meletakkan seorang calon India.

Sementara itu, pengerusi DAP Ngeh Koo Ham pernah dilaporkan berkata, "Jelapang state seat with 90% Chinese voters will have its interest best served by the DAP".

Seperti diketahui umum, warlord DAP James Ngeh dan sepupunya David Nga Kor Ming (yang mengata MB Perak "hitam metalik") adalah evangelis Kristian.

Biar kita kaji timbal balik para penyokong DAP pada rencana FMT yang disebut tadi.

Kata orang Convent ini (screenshot #1 bawah): "we should do … what will take PR to Putrajaya".

PSM yang kebanyakan ahlinya golongan kelas pekerja dituduh orang Convent ini bernama 'Rk Sandhu' (screenshot #2) sebagai parti yang bersikap ala Hindraf, yakni merujuk kepada tekad Uthaya untuk bertanding di Seri Andalas.

Rk Sandhu juga menegur PSM kononnya cuba mensabotaj usaha Pakatan untuk menawan Putrajaya.

#1

#2

#3

Berbalik kepada cerita koboi dan Indian.

Rk Sandhu yang beriya-iya supaya Jelapang mesti diserahkan kepada DAP telah mendakwa (screenshot #3) bahawa PSM mementingkan diri sahaja serta mengorbankan kebaikan rakyat melalui hasrat parti sosialis tersebut yang mahukan calon mereka diberi laluan.

DAP 2.0 adalah waris kepada peninggalan orang putih (Anglophile). Kan David dan James – warlords DAP Perak itu – putih melepak. Dear Leader lagi putih gebu tofu.

DAPster memandang rendah kepada sesiapa yang tidak fasih bahasa Inggeris (lihat screenshot Inderjit bawah).

Inderjit adalah lepasan Penang Free School — sekolah Inggeris yang ditubuhkan orang putih yang mengKristiankan Pulau Pinang (baca SINI).

Soalnya calon PSM atau calon DAP yang lebih berwibawa?

Ada DAPster yang menghina calon PSM dengan mempersoalkan maruahnya.

Mengikut profil Facebooknya, Mun-Keong Foong seorang ahli jaringan universiti orang putih. DAPster-DAPster memang bangga berkiblatkan Barat.

Mun-Keong Foong ini nampaknya juga amat bertuah kerana memiliki alat perkasas yang mampu mengukur integriti.

Mun-Keong Foong telah mempertikaikan integriti Saras.

Mun-Keong Foong seorang tipikal DAPster. Bagi DAPster, hanya orang mereka yang berada di pihak benar.

PSM mempunyai dasar di mana seseorang yang dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihanraya mesti berkhidmat di kawasan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Cuba kita banding.

Perlembagaan DAP menetapkan bahawa seseorang hanya layak dicalonkan untuk bertanding PRU selepas menjadi ahli parti selama dua tahun.

Hannah Yeoh – yang dicop "excellent candidate material" oleh puak Anak Bangsar Malaysia – hanya menyertai DAP dalam bulan Januari 2007. Ini bermakna Hannah sempat menjadi ahli DAP selama 14 bulan sebelum belangsungnya PRU12.

Perkara perlembagaan DAP

DAP mempunyai dua set peraturan, satu untuk ahli "low class" dan satu untuk kroni evangelis Kristian mereka. Walaupun Hannah tidak menepati syarat, dia masih diberi pengecualian.

Seorang lagi kroni evengelis Kristian, iaitu Teo Nie Ching yang lebih kurang perangainya macam Hannah suka 'Occupy Masjid' pun diberikan pengecualian syarat keahlian minima dua tahun ini.

Mun-Keong Foong bertanya, "Can you guarantee Sara would not jump ship?'

Hullo brader! Namanya "Saras', bukan "Sara" (nama orang putih).

Saras ditahan di bawah EO.

Saras adalah naib pengerusi PSM. Partinya ada track record yang baik. Saras mempunyai latar sebagai seorang aktivis.

Apa track record yang lu punya calon bidan terjun DAP ada? Teo Nie Ching orang Johor menyertai DAP dalam Januari 2008. Maksudnya Teo Nie Ching menyertai DAP hanya dua bulan sebelum PRU pada Mac 2008!

Bukan itu sahaja, Teo Nie Ching yang orang Batu Pahat (satu pekan dengan Kim Guan Eng), yang baru menjadi ahli DAP dua bulan telah dipayung-terjunkan untuk bertanding Parlimen Serdang.

Mun-Keong Foong itu tahu tak Serdang letaknya di Selangor? Apa service record Teo Nie Ching ada di Serdang tatkala dicalonkan oleh DAP untuk bertanding?

Adakah Lim Kit Siang mempunyai track record di kawasannya? Beliau melompat dari Kota Melaka (1974) ke Petaling Jaya (1978) balik ke Kota Melaka (1982) kemudian ke Tanjong (1986-1995), kalah di Bukit Bendera (1999) dan selepas itu berpindah ke Ipoh Timur (2004/8).

Saras orang Jelapang.

DAPsters nyata koboi-koboi yang begitu trigger-happy.

Simply shooting from the hip. Pernah dengar tak perpatah Melayu 'senjata makan tuan'?

Senjata DAPster ialah mulut berbisa mereka. Hayatilah satu lagi peribahasa — Kerana mulut badan binasa.

(Semasa saya ditahan di markas FRU pada hari kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan di Perak, tak nampak pun kelibat orang DAP. Yang menunggu kami keluar selepas disoalsiat polis – waktu itu sudah dekat senja – hanyalah ahli-ahli PSM.)

Berkaitan:

Hari saya ditangkap polis / Pakatan tak kenang budi kaum India

YB Jelapang mengkhianat atau dikhianati DAP?

Tamak betul mereka ini

Entry filed under: DAPster. Tags: , , , , .

BUBUR LAMBUK FREE <b>DI</b> MYDIN <b>JELAPANG</b>, DS DR - sekupangdua

Posted: 04 Aug 2012 01:48 AM PDT

Dato Seri Dr Zambry Kadir sekarang berada di Mydin jelapang, perghh Banyak bubur lambuk sedang diagihkan oleh beliau. teman difahamkan banyak yang terlibat dalam mengacau bubur lambuk bermula pagi tadi, antara yang terlibat tmasuk PBBSI ataupun persatuan Budak Bas Stand Ipoh ataupun kita kenali dia orang ni Otai bebudak Bas Stand, hehehehe Kawan-kawan teman semua tu... hahaha berpeluh ketiak bila rokers otai pun turut masak bubur lambuk... 
Masih banyak lagi bubur disini yang masih belum diagihkan, bukan satu tapi setakat tiga ke empat pun boleh bawak balik, perghhh ingatkan susah sangat nak dapat bubur lambuk, tak payah tunggu lama bro mesti dapat, mai la jangan tak mai

<b>JELAPANG</b>: JHO LOW TERKAYA <b>DI</b> DUNIA?

Posted: 29 Aug 2012 04:33 PM PDT

Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan
7:47PM Ogos 28 2012

Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.
http://www.malaysiakini.com/news/207349

Siapakah Jho Low. Baca di sini: http://www.malaysiakini.com/news/139261

Tiada ulasan:

Catat Ulasan